Terima kasih Ajami Hashim kerana mengajak para bloggers datang ke Istana Budaya untuk menonton preview Mahsuri: Teater Muzikal. Happyla jugak dapat bertemu beberapa bloggers yang datang, masing2 nak tahu blog masing2 eloklah, selama ni pun aku tak kenal sangat. Selalunya blog2 ni untuk golongan yang lebih muda, aku dah tua, tapi takpe nak jugak! Selepas menonton semua muka macam tak puas hati, jadi sudah tentunya semua nak balik cepat tulis blog, kalau sembang sambil minum2 kat warung best jugak atau nak kelas sikit gi Kopitiam kat Jalan Yap Kuan Seng, boleh sembang sampai pagi. Tapi aku ada kelas esok pagi. Nasib baik juga ada beberapa pelajar aku yang menonton Mahsuri, jadi bolehlah kita mengupas sikit, kaitkan dengan sabjek yang dipelajari. Skrang ni aku dah mengantuk, nak tidur tapi sebelum aku tidor dan esok terlupa dan sibuk plak, biar aku tulis sesuatu tentang Teater Mahsuri, sebab dah janji dengan member2 bloggers.
Sebenarnya ada beberapa benda yang aku cari dalam teater ni:
1. Darah putih. Macamana agaknya nak buat darah putih selain dari lampu putih yang dah biasa serta taburan konfeti putih yang selalu kita pakai untuk birthday atau perkahwinan, ulangtahun atau upacara kegembiraan, mungkin untuk masa kelahiran Mahsuri, tapi babak tu tak ada dan dipendekkan cerita. mahsurikan lahirnya saja sudah istimewa adanya. Mesti ramai orang nak tengok darah mengalir warna putih. Apalagi kalau cerita ini dah terlalu biasa, maka mestilah ada sesuatu yang luarbiasa dan menakjubkan!
2. Wanita kampung yang begitu cantik dan feminin, katanya tumit kakinya sama putih dengan tapak kaki, tapi aku tahu itu impossible nak cari pelakon Melayu macam tu, or may be not, mungkin pencariannya memerlukan waktu yang lama, atau pembedakan yang menyeluruh, Saleha pun lama mencarinya, kalau tak dapat yang macam tu, at least yang agak feminin lah! Mungkin seperti kata ramai orang, Vanidalah yang paling layak, tapai tak ada apa2 keistimewaan pun pada diri Vanida. Maka kalau ambil orang lain pun mungkin boleh menyerlah, terutamanya dengan nyanyian, kan kita ada ramai kononnya graduan AF, Audition, OIAM, Malaysian Idol dll, bagi je dia dua tiga lagu, tak perlu berdialog panjang2, Stephen Rahman pun lakonan hancur, tapi bleh nyanyi!
3. Mahsuri tu anak petani bukan anak nelayan, keluarganya miskin bukannya kaya, lagi pun masa tu belum ada Dasar Ekonomi Baru lagi. Yalah sampai maknya nak bagi semua harta yang ada, mungkin tanah bendang dan rumahnya, maknye pun baju bukan main glamornya! Ayah plak terlalu muda kata kawan saya. Rasanya berbeza rumah seorang nelayan dengan seorang petani atau pesawah dengan seorang penghulu dari atapnya, dindingnya serta ukiran.
4. Nak tengok baju Kedah untuk orang kampung, baju kebaya keringkam untuk otang atasan. Ramai orang pakai baju kebaya labuh dan baju kurung macam orang Johor plak.
5. Nak tengok tarian canggung, cinta sayang atau mungkin mek mulung, likey, hadrah atau cebisan manora. Nampak sangat macam tak tahu aje tarian tersebut, kenapa tak cari pakar2nye, pasti Istana Budaya ada ramai pakar tari-tari rakyat ini. Ada silat plak terlalu panjang, walaupun cantik, saya melihat kenapa lama sangat silatnya, ramai pula yang memakai seluar galembong randai
6. Bukankah nobat tu untuk raja-raja saja, permaisuri pun tak boleh menggunakan alat tersebut, tapi kalau gendang keling oklah ada serunainya, mungkin harus disesuaikan dengan babak2nya. Alangkah eloknya kalau Mahsuri menggunakan alat-alat muzik yang khas Kedah supaya simbolnya jelas kelihatan, tidaklah menjadi seperti apa-apa muzikal yang dibuat di Istana Budaya. Barulah ada sesuatu yang mengingatkan kita pada lagu dan muzikal tersebut. Aada bebarapa lagu yang sangat tidak sesuai seperti lagu yang langsung tidak menimbulkan kesedihan semasa pembunuhan Mahsuri
7. Bukankan Mahsura dibunuh di sebuah padang, Padang Maksirat, bukan diatas seketul batu yang dibina oleh pembuat landskap Indonesia dari Sungai Buluh, dengan sebuah pokok kertas yang bergoyang2 daunnya. Kemana hilangnya pokok kelapa yang ada sebelumnya, apakah tidak ada pohon2 lain disitu, setahu saya rumah mahsuri tu di Kangpung Ulu Melaka di Langkawi, bukan kawasan pantai, dekat dengan sawah. Tempat pembunuhan tu seolah -olah membuat rujukan dari filem semerah padi, dengan azannya segala, tetapi pada hari biasa tak adapun bunyi azan di surau. Masa Mahsuri dibunuh, rakyat jelata macam endah tak endah saja, tak ada reaction langsung, selepasnya juga tidak ada apa reaction dari segi set the mood serta lighting. very calm macam takada apa2
8. Oh Mahsuri ada keturunan kat Phuket, sebab tu anaknya diselamatkan, atau apakah keturunan yang ada adalah anak kepada suaminya dengan isteri kedua? Selama ni kita dengar Mahsuri mati dengan anak dalam kandungan, maka itulah dia tak disula, bukankan zina tu kena sula, seperti dalam semerah padi
9. Nak tengok orang berlakon, menyanyi dan menari, kan katanya muzikal. Rata2 ramai yang macam tak boleh berlakon dengan baik, melainkan beberapa yang tak perlu kita sebutkan, ramai juga yang tak boleh menyanyi. Saya rasa blocking juga bermasalah, level serta pertukaran set, terlalu banyak waktu gelap, perluke gelap tu untuk pertukaran set. Oh satu lagi penggunanan followspot yang nampak seperti dalam bangsawan plak. Ada adegan dream yang kononnya kontemporari macam tarian dalam Anugerah Juara Lagu, kalau ye pun buatlah betul, saya sebenarnya tertarik dengan adegan Mahsuri terangkat dari tidurnya, mengalami premonition yang sesuatu yang buruk akan terjadi di dalam kehidupannya, tapi executionnya nampak murahan. Rasanya pengarah perlu membuat keputusan samada ingin membuat sebuah persembahan bergenre apa, moden, experimental, bangsawan atau apa, lagu, pakaian, set dan sebagainya harus mengikut jalur dan benang merahnya sampai ke sudah, termasuk pilihan instrumen di dalam muzik
10. Tak nak tengok muzikal ala-ala Malaysia Truly Asia bunyinya, boleh tak? Tapi inikan Malaysia, mestilah ada identitinya. Ye lah tapi janganlah bunyinya same je dengan lagu malaysia Trully Asia nyanyian Adibah Noor dan Katijah Ibrahim! Ada juga satu lagu yang macam bunyi lagu hulla hulla lagu Hawaii, mungkin sebab ianya sebuah pulau, makanya ada irama yang sedemikian rupa. Tapi kenapa plak tak ada irama keroncong, itupun pulau jugak, tapi dah pascakolonial plak! Orang disebelah saya sekeluarga adalah keluarga biasa dari TTDI yang mempersoalnya banyak benda, maknanya bukan bloggers atau students saja yang sudah pandai menonton, tapi orang biasa juga sudah pandai menilai apa yang disogokkan, mereka dah menonton mamamia, PGl atau muzikal lain di Singapura atau di London atau di Australia. It's about timelah kita fikirkan perkara ini dan sekolahkan atay kursuskan pekerja teater kita supaya belajar lebih banyak, kerana penonton makin bijak, atau nanti teater kita dah tak ada orang nak menonton, 10 minit pun dah tak larat menonton. Tapi rasanya banyak benda yang tidak diperlunaskan dalam teater ini yang saya golongkan dalam kategori Sketsa Muzikal, bukan Teater Muzikal, kerana pengembangan penceritaan yang belum siap, umpama sebuah draft. Sebenarnya tak nak sentuh soal teknikal, kerana banyak yang masih belum siap, tapi bila nak siap, takkan tak ada teknikal rehearsal, kan ini preview, hidup tenggelamnya malam ini, kerana yang datang adalah bloggers dan wartawan, taktahulah kalau wartawan kita sudah dibeli dan sudah tidak menjadi kritikal lagi dan happy dengan sogokan2 yang diberikan. Hanya kerana Fauziah Nawi seorang selebriti, bekas pengajar AF dan pelakon drama tv. Kita perlu mengkritik dia untuk dia menjadi seorang pengarah muzikal wanita negara, dia dah banyak membuat teater muzikal Malaysia yang menarik, tapi kali ini kita hampa. Ada yang kata mungkin kerana dia tidak bekerja dengan kumpulannya dan ininsemua diluar kawalan dia kerana bekerja dengan orag luar dan dia tidak dapat mengawal pentas besar seperti IB. Dulu Fauziah selalu bising, bila dia nak masuk IB, sekarang dia dah masuk, tapi...........
# oh satu lagi, ini tambahan, ianya bukan idea saya yang original, pinjaman, mungkin boleh tukar nama muzikal jadi "Mahura"(kakak ipar yang dilakonkan oleh Sabera Shaik, pelakon teater Inggeris). Sebenarnya watak tu menarik, watak yang menghidupkan suasasana teater Mahsuri yang tawar tu.
#Setnya boleh disimplifykan untuk mendapat kelebihan dalam interpretasi makna dan simbol. Adakalanya terlalu banyak set yang dibina membuatkan ianya berserabut. Kata kawan saya banyak peluang yang tidak digunakan dan diampil untuk memanfaatkan moment-moment yang menarik, terutamanya ketika Mahsuri dibunuh, atau ketika Mahsuri difitnahkan, isnya terlalu simplistik. Maka itulah ia menjadi sebuah Sketsa Mahsuri dan bukan Teater Muzikal Mahsuri