Followers

Saturday, April 25, 2009

Pentas Pasar Minggu Kampung Baru




Kampung Baru sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur adalah seluas 225.89 ekar dan dibentuk oleh tujuh buah kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Pindah, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Atas A dan Kampung Atas B. Terdapat tiga kategori tanah milik Melayu wujud di Kampung Baru iaitu Tanah Simpanan Melayu, Tanah Simpanan Pertanian Melayu dan Tanah Melayu Diberi Milik. Kampung Baru mula dibuka pada tahun 1899 dan digazetkan setahun kemudian. Sebuah lembaga pentadbir khusus untuk Kampung Baru ditubuhkan serentak dengan pembukaannya sebagai Penempatan Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agriculture Settlement (MAS) serta bertanggungjawab kepada Residen British ketika itu dalam menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung. Kampung ini pada awalnya terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Kelang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur. Bandar ini ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan. Oleh itu Sultan Selangor ketika itu, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa telah memperuntuk sebuah kawasan di tepi Sungai Kelang untuk orang Melayu berpindah dan MAS diwartakan pada 1 Jan 1900.
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, MAS diwujudkan untuk memindahkan orang Melayu yang menghuni pinggir Sungai Gombak dan Sungai Kelang walaupun ketika itu mereka aktif dalam kegiatan perniagaan dan perlombongan.
Ini kerana British berpendapat orang Melayu wajar bergiat dalam sektor pertanian dan dengan menempatkan orang Melayu di sebuah kampung khas akan memudahkan anak-anak Melayu menerima pendidikan dan mengambil bahagian dalam pentadbiran.
Ini sekali gus memberi peluang kepada penduduk Melayu untuk menikmati sebahagian daripada kemakmuran Kuala Lumpur ketika itu yang kaya dengan bijih timah.
MAS telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kampung ini dengan kuasa yang luas antaranya melulus dan menetapkan perjanjian pemberian lot rumah dan pelan bangunan, menyimpan butiran pertukaran serta mengawalselia keselamatan dan kegiatan penduduk.
Selain itu MAS turut mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran hanya kepada orang Melayu untuk tinggal di sini dengan luas kawasan kediaman tidak melebihi setengah ekar seorang.
MAS turut berkuasa mengusir penduduk yang tidak patuh dengan peraturan serta mereka yang mampu memberi ancaman dan dianggap berbahaya kepada penduduk.
Menurut Shamsuri, anggota lembaga MAS pada peringkat awal terdiri dari kalangan pegawai tinggi penjajah dan kerabat diraja (Raja Muda Selangor pada asalnya menjadi Yang Dipertua) sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua.
Di bawah pemerintahan Jepun barulah beberapa orang penduduk Kampung Baru dilantik menganggotai lembaga itu.
Pada masa sekarang, tujuh orang wakil yang dipanggil ahli jemaah dari tujuh buah kampung di sini telah dilantik untuk menganggotai lembaga MAS. Ahli jemaah ini boleh dianggap sebagai penghulu di setiap kampung berkenaan.
Beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru turut digabungkan ke dalam Kampung Baru selain beberapa kampung setinggan, iaitu Kampung Limau, Kampung Cendana dan Kampung Paya Baru.
Namun disebabkan semua urusan pentadbiran tanah adalah hak lembaga tadbir MAS, ia tidak dapat memenuhi harapan tuan tanah yang berhasrat membangunkan kawasan ini kerana mereka tidak memegang apa-apa surat hak milik yang boleh diurusniagakan hinggalah pada tahun 1960-an.
Bagaimanapun Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris yang menjadi pengerusi MAS telah berjaya mengusahakan geran hak milik tanah bagi penduduk kampung ini.
Sejarah Kampung Baru ini jika ingin dihuraikan mungkin terlalu panjang apatah lagi pelbagai peristiwa dan cacatan yang amat bersejarah telah berlaku sejak dari awal penubuhannya.
Pada peringkat awal kebanyakan jalan-jalan yang terdapat di sini dinamakan dengan nama Inggeris dan pastinya ia dianggap sebagai pelik pada ketika itu apatah lagi Kampung Baru sendiri merupakan penempatan terbesar orang Melayu.
Sebagai contoh Jalan Raja Alang yang sangat terkenal dengan Bazar Ramadan sebelum ini dikenali sebagai Perkins Road. Hale Road yang dinamakan sempena seorang pentadbir British di zaman penjajah kini bernama Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di tengah-tengah Kampung Baru dikenali sebagai Princess Road manakala Jalan Dewan Sultan Sulaiman pula pernah dikenali sebagai Stony Road.
Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Kampung Baru merupakan kelab orang Melayu tertua di Malaysia dan semenjak penubuhannya pada 1909, ia telah menyaksikan pelbagai catatan dan peristiwa penting negara. Pada peringkat awalnya penduduk Kampung Baru sering mengadakan perjumpaan di sebuah pondok di sini yang dibina secara gotong-royong.




[27.jpg]

Kampung Baru is a Malay enclave in the heart of Kuala LumpurMalaysia. It is also one of the most valuable tracts of land in the capital and is estimated to be worth up to US$1.4 billion. But so far Kampung Baru elders have turned developers away, saying they want to preserve their ethnic Malay lifestyle. Colonial British administrators gazetted Kampung Baru as a Malay Agricultural Settlement in 1900 to allow the Malays to retain their village lifestyle within the city. Since then, Kampung Baru has become more than a village; it's glaring hold-out against development and modern-city living has turned it into a political symbol of Malay culture. It already held a special place for Malay politics during the pro-independence movement that grew up after World War II. Anti-colonial protests were held there, and founders of Malaysia's dominant political party, the United Malays National Organisation, held their early meetings there. New evidence revealed by the National Archives of Malaysia shows that UMNO has its origins at the Sultan Sulaiman Club in Kampung Baru. Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the documents were unearthed recently when some work was being carried out at the club. Kampung Baru, which sprawls over almost a square km (250 acres), also played a part in the May 13 Incident in 1969, where bloody racial clashes occurred between ethnic Malays and Chinese. The riots started after Chinese-led opposition parties marched through the village to celebrate their good showing in general elections of that year. New research (May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969) based on newly declassified documents at the Public Records Office in London, the book alleged that contrary to the official account which had blamed the violence on opposition parties, the riot had been intentionally started by the "ascendent state capitalist class" in UMNO as a coup d'etat to topple the Tunku from power. In recent years, Kampung Baru also played a central role in the Reformasi protests of 1998, when former deputy premier Anwar Ibrahimlaunched protests against then premier Mahathir Mohamad, calling for reforms to government and the judiciary. (www.wikipedia.org)


Pasar Minggu telah wujud sejak zaman sebelum penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu lagi dan Pasar Minggu adalah pusat perniagaan terawal orang Melayu di ibu kota Kuala Lumpur pada waktu itu. Tapak awal Pasar Minggu adalah di Jalan Raja Muda Musa iaitu bermula dari persimpangan Jalan Daud sehingga ke hujung Jalan Raja Muda Musa menghadap Jalan Raja Abdullah (Di kenali sebagai Jalan Hale pada pada waktu itu), kemudian berpindah di Jalan Raja Abdullah pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pada tahun 50an, sekali lagi tapak Pasar Minggu di pindahkan ke Jalan Raja Alang (Di kenali sebagai Jalan Perkins pada waktu itu) dan akhirnya peniaga-peniaga Pasar Minggu di pindahkan ke tapak sekarang dan di majukan oleh kerajaan negeri Selangor pada waktu itu dan PKNS di beri tanggungjawab sebagai pemaju, lebih kurang akhir tahun 60an dan setelah siap telah di rasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada April 1967. Itulah serba sedikit pengenalan tentang Pasar Minggu, Kg. Baru, Kuala Lumpur. 

 'MATI' nya Pasar Minggu itu sendiri lebih kurang pada lewat 80an, lebih kurang 1988-89, di mana kita tidak dapat lagi menyaksikan kebanjiran pengunjung antarabangsa mahupun tempatan, tiada lagi pertunjukan-pertunjukan budaya di pentas Pasar Minggu dan restoran Rasa Sayang jua telah tidak beroperasi. Pasar Minggu sewaktu awal 70an sehingga awal 80an memanglah sangat terkenal di mana sewaktu awal pembinaan Pasar Minggu itu sendiri mempunyai mercu tandanya iaitu pintu gerbang yang di bina pada awal pemindahan dari Jalan Perkins ke tapak sekarang ini dan sehingga sekarang mercu tanda itu masih kekal tersergam sehingga ke hari ini dan bukan itu sahaja malah Pasar Minggu juga mempunyai pentas budaya, pejabat pelancongan dan juga sebuah restoran yang yang bernama 'Rasa Sayang' khas untuk pelancong-pelancong antarabangsa yang datang melawat Pasar Minggu pada waktu itu. Pasar Minggu memang tercatit dalam peta pelancongan dunia ,dan sehingga kini masih ada pelancong-pelancong antarabangsa yang datang mengunjungi Pasar Minggu tetapi malangnya hanya dapat melihat kedai-kedai yang sebahagian besarnya telah bertukar menjadi penempatan. (www.beliapasarminggu.blogspot.com)

Rahman B adalah di antara orang-orang terkenal yang pernah membuah persembahan di Pentas Pasar Minggu Kampung Baru. Rahman B adalah seorang tokoh pentas yang memulakan kariernya lebih 50 tahun dulu, kira-kira sama dengan zaman permulaan S.M. Salim dan terkemudian sedikit berbanding dengan P. Ramlee.

Kalau anda pernah menonton filem Iman yang sejak beberapa tahun dulu kerap ditayangkan di skrin TV, dengan adegan pertunjukan silat yang diselitkan sebagai satu acara dalam satu majlis orang kampung. Dua orang yang bersilat itu ialah Rahman B dan adiknya, Rahim B.

Filem tahun 1953  itu  disiapkan di studio Shaw Brothers di Jalan Ampas, Singapura. Awal tahun itu, Sandiwara Bintang Timur menghabiskan masa selama sebulan di Beserah, Kuantan. Tiap-tiap malam Rahman B dan ahli-ahli keluarganya serta anak-anak bangsawan lain mempersembahkan lakonan bangsawan. Kisah-kisahnya berkisar daripada peminangan Puteri Gunung Ledang hingga kepada cerita sedih Selendang Delima. Rahman B bukan saja menjadi orang muda (istilah lama untuk maksud hero), tetapi juga sebagai penyanyi yang ditunggu-tunggu dan diminati. Nyanyian diseling-selingkan antara babak-babak bangsawan. Satu malam, Rahman memakai kot berwarna putih dan coklat, mendendangkan lagu Hamidah menurut stail P. Ramlee.

Rahman B digandingkan dengan adiknya, Rohani B, selaku seri panggung atau primadona. Sebagai murid berusia 10 tahun di Abdullah School, Kuantan,  begitu banyak nama ahli-ahli bangsawan Sandiwara Bintang Timur itu yang memakai abjad B. Kalau P. Ramlee, R. Azmi dan S.M. Salim memakai abjad sebelum nama sebenar, mereka itu pula memakai abjad selepas nama. Itu sebabnya terdapat nama Saniah B, Rokiah B, Rohaya B dan Minah B yang menjadi pendukung utama bangsawan itu selain daripada adik-beradik yang bertiga itu.

Abjad B itu adalah untuk nama Bakar, tauke bangsawan itu. Beliau ialah bapa Rahman, Rahim dan Rohani. Namun begitu, Bakar juga ada abjad, iaitu M. Jadilah beliau Bakar M. Sebagai tokoh bangsawan sebelum Perang Dunia Kedua, beliau pernah berlakon di samping Sharif Medan, hero dalam filem Buluh Perindu. Itulah filem Melayu yang pertama dibuat dalam warna sepenuhnya dalam tahun 1952.

Berbalik kepada persembahan silat dalam filem Iman, elok disebut bahawa itulah teknik bersilat yang dipamerkan oleh kedua adik-beradik itu di pentas bangsawan Sandiwara Bintang Timur. Itulah juga teknik bersilat yang paling baik - rancak dan realistik -  di pentas. Teknik itu dijadikan ikutan untuk adegan pertarungan antara Hang Tuah (P. Ramlee) dan Hang Jebat (Ahmad Mahmud) dalam filem Hang Tuah, terbitan 1955. Sebagai penerima Anugerah Seni Negara, Rahman B boleh menoleh kembali bahawa penghambaannya kepada seni bangsawan . (www.utusan.com.my)


Sememangnya tempat ini sangat menarik, beberapa kali aku ke sana sejak 2006. Kebetulan pula ada dua orang kawan aku yang datang dari situ, satunya wartawan dan satu lagi artis seni visual. Walaupun kita sering ke Kampung Baru untuk makan2 nasi lemak, tomyam, nasi campur, celup2, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih2 Kelantan, itulah yang specialnya buat aku. malah aku sering juga buka puasa di sana bulan ramadhan. Yang paling menariknya ketika bertemu dengan Pentas Pasar Minggu. Aku tak tahu banyak soal ini asalnya, kemudian bercakap dengan beberapa orang di situ termasuk ketua kampung. Yang menariknya di belakang Pentas tu kelihatan Twin Towers KLCC, ianya seperti sebati, berada di antara dua mercu tajam bumbung ala-ala Minangkabau, entah kenapalah bumbungnya dipilih begitu, mungkin pada masa itu memang ramai orang Minang yang tinggal di situ. Tapi kini ianya menjadi bumbung yang unik. Apalagi dengan sedikit ukiran yang menarik. Di sekelilingnya pula terdapat beberapa tukang jahit. malah aku pernah tempah dua helai baju Melayu aku di situ, satu Cekak Musang satu lagi Teluk Belanga, cantik sangat jahitannya. Malah di situ juga ada sebuah kedai menjual barang antik, unik sangat, apu pun tak tahu siapa pengungjungnya, mungkin adalah kadang2 yang datang tersesat ke situ. Pertama aku ke situ tempat itu mengingatkan aku pada kawasan di Jakarta, mungkin kerana rumahnya agak rapat2.


Pernah aku terpikir nak buat satu projek seni kat situ, mungkin projek ini harus dijalankan secepat mungkin!!!


2 comments:

saat omar said...

nice post...
Dr, nanti student drama Sunway Universiti College akan pentaskan Bernard Shaw's Pygmalion..tarikh lupalah plak. kalau saya ada masa terluang, saya akan cuba pergi tengok...saje nak 'intip' students drama Sunway camne hehehe.

zubin said...

Saya pun tak pernah tengok diorang, ada beberapa kali kedengaran depa buat international texts and some devise play, yalah yang ajar kat situ semuanya professional dlm industry, budaknya tak tahulah plak, should go, let me know ok!