Followers

Tuesday, June 26, 2007

MENCETAK DI KEBUN MIMPI

Kebun Mimpi, sebuah galeri yang baru tumbuh di Bangsar akan mengadakan pamerannya yang kedua sejak pembukaannya sepekan yang lalu. Pameran pertamanya memberikan peluang kepada pelukis Perancis yang bermastautin di Malaysia, Isabel, untuk meluahkan isihatinya sewaktu menetap di bumi kita ini. Dengar khabar banyak lukisan beliau yang berwarna terang dan garang itu, terjual dengan harga yang agak tinggi. Mungkin ini akan menyemarakkan lagi arena seni visual di Malaysia, mungkin akan ada lebih ramai lagi seniman visual dari luar negara yang bakal memamerkan karya mereka di sini, sekalu gus memberikan tekad baru juga kepada seniman-seniman kita.

Kali ini Kebun Mimpi menampilkan pameran berkumpulan, 11 orang graduan seni halus dari Kajian Seni Reka dan Seni Halus, UiTM, Shah Alam. Karya-karya Cetak yang bakal dikuratorkan oleh Saudara Juhari Said ini bakal bermula pada 29 Jun 2007. Kalau ingin sama-sama memeriahkan suasana di Kebun Mimpi, datanglah beramai-ramai ke 118, Jl Cenderai 1, Bangsar(berdekatan dengan pasaraya TMC dekat Bangsar Village) atau lawati laman web www.kebunmimpi.com.

MIND THE GAP! MIND THE GAP! MIND THE GAP

Mind the Gap, Bayu Utomo's solo show opens to public on Thursday, 28th June 2007 and continues until 14th July 2007 at Wei Ling Gallery, Brickfields. (To view some of the pictures, please visit http://www.weiling-gallery.com/mindthegap.htm)

Bayu Utomo Radjikin’s first solo exhibition since his return from a two year stint in the UK, consists of two bodies of works, 15 pieces that were created during his time spent in London, and a further 10 paintings that were subsequently made in Kuala Lumpur on his return. An artist who is profoundly affected by his surroundings, it is apparent that there is a distinct difference between the works that were executed in the UK and those done in Malaysia.

A shift was already evident from the first few pieces he made while in London. ‘Angel’ and ‘All Saints’, which were painted in reaction towards the terrorist attacks on the London transport system in July 2005, display the deep impact the incident had on him. These two paintings and the ones that followed, are introspective yet possess a freedom about them that is indicative of the way the artist felt as a Malaysian in Europe, questioning identity, integrating into a new society, and weighing up the differences between the familiar and the unknown . The London pieces are a refreshing body of works by Bayu Utomo Radjikin, akin to the break that his sojourn to London afforded him.

Settling back into life at home had its fair share of ups and downs. Within his comfort zone again, Bayu’s new works are akin to the rediscovery of an old ‘friend’, with references drawn from some of his earlier experiences and works.

This exhibition, which is aptly entitled, ‘Mind the Gap’, clearly demonstrates the impact that his environment has had on the creation of his works.

ASWAD DI SEKSA-N



ACROSS THE LINES

(Pameran Solo ASWAD AMEIR) bermula pada 23 Jun hingga 7 Julai 2007 di 67, Jalan Tempinis Satu, Lucky Garden, Bangsar(Peta di www.seksan.com).
Sebarang urusan, sila hubungi Aswad (016 2044872) atau Shahrul (019 6157790).



ASWAD HAJI AMEIR anak kelahiran Kelantan yang membesar di Kuala Lumpur, lahir pada tahun 1977. Setelah memperolehi Bachelor of Arts dari Central Saint Martins, School of Art and Design di London, beliau kembali ke tanahair pada tahun 2000 dengan mengendong harapan yang besar sebagai seorang pelukis sepenuh masa. Selain mengambil bahagian dalam pameran-pameran sekitar Kuala Lumpur, beliau turut memenuhkan waktu dengan kerja –kerja seni seperti melukis potret, membuat rekaan grafik, animasi dan video. Karya-karya instalasinya pernah dipamer sempena acara Klue Urbanscapes dan Chow Kit Arts Festival.Titik permulaan penting bagi pengkaryaan seni beliau adalah ketika ditawar untuk menjadi residen tamu di studio kepunyaan seorang arkitek, Shamsudin Alang Ahmad. Aswad berkarya di situ sejak Oktober 2001 hingga kini untuk akhirnya tampil dengan pameran solo ‘Across the Lines’. Pengalaman paling berharganya di sana sudah tentu ketika mendapat perhatian serta bimbingan beberapa tokoh penting dunia seni antaranya Latiff Mohidin.67, Jalan Tempinis Satu, Lucky Garden, Bangsar(Peta di www.seksan.com). Pameran akan berakhir pada 7 Julai 2007. Sebarang urusan, sila hubungi Aswad (016 2044872) atau Shahrul (019 6157790).

Monday, June 18, 2007

Telepuk: Etno-Teknologi Kita





Kita kadang-kadang menjadi terlalu alpa dengan dunia hiburan, leka dengan keasyikan bermesej untuk menjadikan idola akademi fantasia atau “You Think You Can Dance” kita sebagai juara dalam pertandingan atau ter-riak dengan pencapaian seorang penjual goreng pisang di Taman Tun Dr.Ismail yang kini menjadi bintang filem dalam “I Dont Want To Sleep Alone” yang ditayangkan di Cannes Film Festival yang lalu.

Mungkin juga kita akan hanya menyanjung sesuatu itu apabila ianya sudah mendapat kejayaan di luar sana, apalagi kalau ianya sudah dicanangkan di Paris, London, New York atau Tokyo. Atau mungkin juga kita akan hanya memberi tumpuan kepada sesuatu yang diimpot dari luar seperti Akademi Fantasia atau You Think You Can Dance.

Kerana itu kita sering mengalah untuk tidak lagi memerah otak kita untuk melahirkan sesuatu idea yang bernas yang boleh membanggakan kita sendiri serta bangsa. Kerana itulah kita tidak bakal menjadi insan kelas pertama, kerana kita cukup berpuas hati dengan sesuatu yang dicipta oleh orang lain. Kita sering mengambil jalan mudah, asalkan mendatangkan keuntungan.

Pernahkah anda mendengar perkataan Telepuk? Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi hakikatnya, Telepuk adalah sebuah gubahan dan ciptaan bangsa Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Telepuk adalah rekaan tekstil yang menggunakan warna-warna emas dengan desain-desain Melayu nusantara dahulu kala. Menjadi lebih terkenal pada zaman Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor yang mula membuat sendiri kain telepuk dengan permaisuri baginda.

Ramai yang mungkin teruja dengan rekaan-rekaan pakaian dari pereka luar seperti Christian Dior, Christian Lacroix, Pucci, Lanvin, Georgio Armani atau Versace. Dan kalau anda di antara yang berminat dengan perkembangan rekaan fesyen tempatan dan juga terkiak dengan baju rok(skirt)-mini warna keemasan rekaan Farah Khan di ASEANA, anda harus datang ke pameran kegemilangan Telepuk di Muzium Alam Shah di Shah Alam Selangor, yang sedang berpameran sejak 10 Mei lalu, kerana anda akan terus teruja dengan kegemilangan kerja tangan kita sendiri, rakyat Malaysia.

Rekaan telepuk ini mungkin lebih dikenali teknik pembuatannya di Bali dan Thailand, tetapi hakikatnya, kita sendiri sudah lama mempunyai teknik pembuatan sedemikian rupa. Kini tibalah masanya untuk para pereka kita untuk menghasilkan rekaan pakaian dari pembuatan kain yang kita sendiri menciptanya. Sama seperti apa yang sudah berlaku dengan martabat batik yang diangkat kembali oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmud, bekas pengerusi Yayasan Budi Penyayang. Kini batik bukan lagi sekadar kraftangan yang dijual dipasar-pasar di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, tetapi menjadi rekaan dalam pakaian Dato’ Tom Abang Saufi yang sudah bertapak di kota London.

Pendekata, orang kita pun boleh membuktikan kemampuan kalau diberikan perhatian dan kesungguhan. Tom sendiri mengikut jejak kawan perekanya Dato’ Bernard Chandran di London dan Zang Toi di New York. Ramai juga yang tidak mengetahui yang kita juga mempunyai seorang lagi pereka terkenal di New York, iaitu Yeoh Lee yang berasal dari Ipoh Perak. Pendekata kalau para pereka kita terdedah kepada rekaan kain telepuk ini tentu mereka akan melompat kegembiraan kerana bukan hanya membawa nama Malaysia ke peringat antarabangsa kerana rekaan pakaian tetapi juga membawa nama pembuat kain tempatan, yang mungkin suatu hari nanti akan juga tersenarai di dalam UNESCO World Heritage dan akan lebih dikenali dunia.


Artikel ini telah disiarkan di Kosmo Sabtu 2 Jun 2007.

Komentar Waris Jari Hantu

Hello Kawan2, dah tengok filem terbaru Shuhaimi Baba ke Waris Jari Hantu? Apa2pun bacalah komentar tttg filem itu, saya dikasikan oleh seorang bernama Ajami. Si penulis ni Fiebie dari The Colour Purple (Akak kembali Dengan Eye Shadow Ungu) kat blognya http://mentallydisturbed.blogspot.com/2007/06/waris-jari-hantu-yang-hantu.html
Enjoylah tulisannya, sangat menghiburkan.

Sunday, June 17, 2007

Dari Gangga Nagara ke Putrajaya

Kita sering melihat negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang baru bertamaddun, iaitu hanya bermula dari Kesultanan Melayu Melaka pada abad kelima belas. Ramai ahli sejarahwan kita, yang ratanya mengkaji sejarah dari perspektif kolonial, hanya melihat kepada tulisan serta naskah pensejarahan seperti Kanun Laut Melaka yang diterjemahkan oleh pihak penjajah sebagai bukti.

Kalaulah Tanah Semenanjung, Tanah Melayu yang dikenal sebagai Semenanjung Emas ini sudah didiami masyarakat awal di Perak dan Kelantan lebih dari 34,000 tahun yang lalu serta Gua Niah di Sarawak yang sudah diduduki sejak 40,000 yang lalu, tidak mustahillah kalau kita katakan yang kita sudah lama mempunyai sejarah.

Sri Gangga Nagara yang meliputi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di negeri Perak, dikenali sebagai sebuah kerajaan Melayu pertama yang ada di Tanah Semenanjung ini sejak sebelum abad kedua lagi. Pun begitu kegemilangannya runtuh sekitar tahun 1026 oleh serangan musuh dari barat. Kerajaan Langkasuka yang berubah pusatnya dari Kedah ke Pattani juga terkenal sebagai kerajaan Melayu awal di Semenanjung Emas ini. Tidak hairanlah kalau kerajaan-kerajaan ini menjadi rebutan, kerana sumber emas, kayu gaharu dan rempah ratus sudah menjadi terkenal di kalangan pedagang dan pelayar-pelayar dari Parsi hingga ke China. Apa yang lebih berharga adalah sebuah tanah besar yang memisahkan tiupan angin dari barat dan timur, sekali gus menjadi tempat berlindung untuk kapal-kapal yang berlayar dari timur jauh dan utara kita.

Menjelang abad ketiga, Kepulauan Melayu Nusantara sudah tergabung dalam sebuah kesatuan kerajaan yang dipanggil Sri Wijaya, yang terkenal pusatnya di Palembang, Sumatera. Pengaruh Sri Wijaya tersebar luas hinggalah menjadikan Chaiya di Thailand sebagai pusat regional paling utara serta persisiran laut Sumatera, Jawa, Bali, Borneo, Sulawesi, Sunda dan Semenanjung Tanah Melayu sebagai kawasannya. Sri Wijaya terkenal kerana hubungan lautnya, perundangan maritimnya serta negara-negara di bawahnya. Majapahit yang berpusat di Jawa Timur pula mengambilalih kuasa pada abad ke tigabelas hingga ke empat belas, menguasai kawasan-kawasan di bawah jajahan Sri Wijaya, memindahkan pusat pemerintahannya dari kawasan pelabuhan ke kawasan tanah tinggi di Trowulan. Tetapi, laut adalah segalanya dalam perdagangan dunia. Pelabuhan Melaka menjadi termashur pada abad ke lima belas kerana persimpangan jalan laut timur dan baratnya, menjadikan Melaka sebuah kesultanan gemilang.

Pengaruh serta penguasaan wilayah dan perdagangan sering berubah-ubah mengikut kuasa politik dan perdagangan dunia, termasuk kuasa India dan China, sebelum pengaruh Islam dan Eropah menyelinap masuk ke Asia Tenggara pada abad kelima belas. Kemasukan Islam ke kepulauan Melayu pula meraih kuasa baru dan memberi kegemilangan pada kesultanannya, terutamanya apabila Parameswara memeluk Islam menjadi Sultan Iskandar Shah pada 1414. Dunia Islam di Timur Tengah dan China menjadi semakin beriya-iya dan meluaskan tebaran berita. Walaupun Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, pengaruh Islam tetap utuh dan membumi, melahirkan kegemilangan pada Kesultanan Melayu Riau, Brunei dan Pattani.

Negara-negara moden Asia Tenggara yang melalui zaman pemerintahan kolonial Eropah berkumpul setelah kemerdekaan, mencari suara baru dan bersetuju untuk menumpukan pakatan dalam ekonomi, politik, sosial dan budaya serta perdamaian. Maka, lahirlah ASEAN (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara) pada tahun 1967. ASEAN yang kini sudah menjangkau empat puluh tahun, sudah mempunyai sepuluh buah negara anggota, yang giat berusaha untuk mengadakan zon perdagangan bebas, AFTA (ASEAN Free Trade Zone).

Islam yang menjadi titik tolak kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, kini menjadi agama rasmi rakyat Malaysia, di mana 61% penduduknya menganut ajaran Islam. Manakala rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya ini membentuk suatu bangsa yang majmuk yang merdeka, Bangsa Malaysia!.

Islam Hadari yang mengambil nilai kemodenan dalam kehidupan pula telah membawa Malaysia ke satu tahap baru dalam dunia Islam antarabangsa, terutamanya di kalangan negara-negara OIC (Organisation of Islamic Conference). Malaysia bukan hanya menjadi pusat perbankan Islam serta pendidikan moden, tetapi mencetuskan peluang baru sebagai Pusat Halal Sedunia (Halal Hub).

Pendekata, sekali lagi bumi bertuah ini mengorak langkah ke arah suatu perjalanan mencari paksi untuk titik pertemuan timur dan barat. Kini kita bukan hanya menjadi pusat pertemuan pengangkutan laut dunia di North Port, West Port dan Tanjung Pelepas Port, kita sudah mengorak langkah jauh dengan kehadiran Kuala Lumpur International Airport di Sepang, setanding dengan lapangan terbang antarabangsa terkemuka di dunia.

Dengan kemudahan dan pembangunan prasarana yang ada di sekitar pembinaan perkotaan baru Putrajaya di antara rangkaian lebuhraya, sudah tentunya kota pemerintahan yang begitu gah dengan bangunan mahkamah Palace of Justice, bangunan Jabatan Perdana Menteri, Perbadanan Putrajaya, Masjid, Istana Melawati dan jambatan-jambatan ini bakal menempa nama sebagai di antara kota terindah dunia. Dan kita tidak lagi merasa malu untuk meletakkan kota kita seperti kota-kota indah lain di dunia. Sekali gus Putrajaya juga terhubung rapat dengan Malaysia Multimedia Supercorridor yang berpengkalan di Cyberjaya, serta bandaraya perdagangan, Kuala Lumpur.

Kini, setelah dua puluh abad kita bertolak dari Sri Gangga Nagara, kita bukan hanya mempunyai 13 buah negeri, serta tiga buah wilayah terkenal, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tetapi juga mempunyai sebuah mercu tanda yang dikenali dunia, PETRONAS Twin Towers, yang masih bergelar di antara bangunan tertinggi dunia. Kita bukan hanya sudah termaktub di dalam sejarah, tetapi sudah berani membina sejarah dan terus mara membawa warga negara untuk menjadi bangsa mulia.

Artikel ini adalah salah sebuah artikel untuk Ulangtahun 50 Tahun Malaysia Merdeka dan telah disiarkan di Berita Harian 4 Jun 2007.