Sunday, June 28, 2009

Tulisan Seni Visual: Si Pahlawan Pelangi Rafiee Ghani



Rainbow Warrior - Pahlawan Pelangi:

Membaca Karya Lukisan Rafiee Ghani

 

Sewaktu mendengar ungkapan judul pameran terkini Raffie Ghani, “Rainbow Warrior”, ada beberapa perkara yang terbayang dalam kepala; pertama, filem “Hang Tuah” arahan P.Ramlee yang asalnya dibikin dalam bentuk filem hitam putih (1956) dan kemudiannya diwarnakan menggunakan tangan. Mungkin kerana perkataan “Warrior” atau pahlawan atau pendekar itu yang membayangkan Pahlawan “Hang Tuah”, seorang pahlawan yang memperjuangkan kesetiaannya kepada raja dan negaranya. Terbayang juga, judul muzikal Andrew Lloyd Webber “Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat” yang memungkinkan ungkapan kata “Technicolour” yang menghubungkan judul “Rainbow” dengan warna-warna pelanginya.  Tetapi yang paling ketara adalah palitan warna-warna cat yang terungkai di dalam lukisan para Impressionis, Pasca-Impresionis, Nabis dan Fauvism seperti Gaugin, Van Gogh, Matisse, Pierre Bonnard, Edouard Vuillard dan Paul Serusier. Apabila membaca tulisan Mulyadi Mahamood (1996) “A Stylistic Analysis of Rafiee’s Intimisme” dalam The Painted Garden, ternyata terjahan-terjahan pemikiran saya tidak jauh dari tulisan itu. Mulyadi menyentuh yang karya-karya Rafiee Ghani mempunyai satu pautan dengan para Seniman Besar Perancis yang kita namakan “Para Dewa Seni Moden”. Karya-karya Rafiee yang bertindih-tindih elemennya, antara Nabis dan Fauvisim serta antara Timur dan Barat yang Rafiee sendiri jelaskan sebagai “Timeless Quality” melahirkan sesuatu yang baru, yang juga bersifat universal.

 

Gerakan kumpulan seni yang memanggil diri mereka sebagai “Les Nabis” (Gerakan Pasca-Impressionis Avant-Garde Perancis sekitar 1890an) tidak kekal lama dan tidak diketengahkan secara menyeluruh, ianya paling menyerlah dalam karya Paul Serusier berjudul “Talisman”. Paul Gaugin menjadi penasihat untuk kumpulan ini memperjuangkan falsafah “Les Nabis” yang mementingkan pendekatan pembacaan serta pemikiran dan praktik studio. Sehingga kini kita dapat melihat yang Rafiee Ghani masih mengamalkan praktik-praktik ini, dari buku-buku lakaran kecil Moleshkines berkulit hitam kepada lakaran berwarna yang lebih besar, untuk menguji warna, sebelum dikembangkan kepada lukisan pencil atas kertas atau cat minyak di atas kanvas.

 

Dari tulisan-tulisan tentang pengembaraan dan pencarian seninya di Asia, Australia, Eropah dan Amerika, serta perbualan dengan beliau, kita dapat tahu bahawa beliau adalah seorang yang suka membaca, samada membaca tulisan-tulisan tentang ilmu seni, falsafah serta sejarah atau membaca gambaran-gambaran kenyataan tampak dan symbol yang tersurat dan tersirat. Kepada seorang seniman yang mementingkan proses berkarya, sudah tentunya beliau begitu menghargai memori, pengalaman dan ekspresi, dan itulah yang dicurahkan ke dataran kanvas atau lataran kertas. Memori-pengalaman-ekspresi itulah yang disusun rapi dalam warna-warna pelangi yang segarnya menjulang dengan penuh buak jiwa dan rasa.

 

Matisse yang terkenal kerana penggunaan warnanya yang hidup, gah dan bersifat original serta kepakarannya dalam menggunakan warna-warna secara expresif, telah menjadikan beliau salah satu ikon utama dalam seni lukis moden, samalah juga sifatnya dengan Rafiee Ghani. Oleh kerana itulah Rafiee sering dilihat sebagai Matisse Malaysia di tahun-tahun 1980an. Walaupun karya-karyanya di dalam himpunan “Hanging Garden Series” lebih bersifat Abstract Expressionism, khalayak lebih mengingati beliau kerana himpunan karya dalam “Kebun Sultan Series”, “Le Jardin Series”, “Room of Flowers”, “Oriental Afternoon” dan “Painted Garden”. Sebagai pelukis yang berbakat besar dan terlatih, beliau juga pernah menghasilkan karya-karya cat air, cat minyak serta printmaking(etching) yang meneliti pemandangan, bangunan, still life serta figura. Tetapi karya-karya terkenalnya hanya menunjuk ke arah lukisan pemandangan dalam rumah(interior) dan luar rumah(exterior) yang tidak mempunyai unsur manusia, mungkin ini adalah pengaruh gerakan abstract expressionism di Malaysia pada ketika itu yang mulai menjauh dari lukisan figura hasil dari pengajian dan pengaruh guru-gurunya di Institut Teknologi Mara, pertandingan-pertandingan seni di Balai Seni Lukis Negara serta arus penerapan nilai Islam dalam kehidupan orang Melayu Muslim di Malaysia. Rafiee tidak langsung memasukkan figura ke dalam lukisannya pada tahun 1980an dan 1990an, berlainan dengan idolanya Matisse yang akan meletakkan figura-figura wanita di dalam ruang-ruang dalaman rumah. Jika dikatakan yang Matisse melukis dari alam, termasuk figura manusia dan “still life”nya, Pablo Picaso pula lebih berkarya dari imajinasinya. Rafiee pula membawa kedua-dua elemen alam dan still life serta imaginasi ke dalam karya lukisannya, iaitu gabungan imaginasi dan observasi. Rafiee tidak pernah dilabelkan sebagai pelukis Melayu Islam yang menampilkan karya-karya islamiknya kerana telah ada ikon karya islamik ketika itu, rakan baiknya, Yusof Ghani pula dilabelkan sebagai pelukis Abstract Expressionism Malaysia.

 

Rafiee Ghani pula sebenarnya adalah seorang seniman “Nabis Islamik” tanpa mengemukakan tulisan-tulisan khat khufi dan thuluth serta rekaan-rekaan arabesque di dalam karyanya. Sebaliknya, beliau berjaya menterjemah dan menampilkan sari kehidupan kebudayaan Islam di negara-negara Mediterranean yang saling mempengaruhi antara timur dan baratnya, seberang menyeberangi Laut Mediterranean, yang banyak persamaannya dengan kehidupan dan kebudayaan warga nusantara atau Malay archipelago yang sering dibilang orang perancis sebagai Asiatik (tidak termasuk orang Afrika dan Arab). Pengaruh-pengaruh ini bukan hanya lahir dari ketaksubannya kepada Para Dewa Seni Moden Perancis, yang kebanyakannya merujuk kepada Selatan Perancis, Negara-negara seberang Laut Mediterranean seperti Nigeria, Morroco dan Algeria serta kehidupan lain di Afrika dan Pasifik. Walaupun petunjuk dan pencarian mereka kepada suatu bentuk baru di dalam dunia seni di Eropah ketika itu bersifat Orientalis, mereka telah berjaya menemukan bentuk-bentuk serta warna-warna baru. Picaso sendiri mendapat idea mengembangkan bentuknya dari patung-patung di Africa. Pengembaraan dan penjelajahan juga telah membawa Rafiee Ghani ke Negara-negara Afrika dan Eropah, sebagai pengalaman baru kepada sebuah pencarian. Rafiee Ghani telah berhijrah, bekerja dan bermastautin di Seychelles(Afrika kecil di Lautan Hindi - 1,000 batu dari Afrika, 7 jam penerbangan dari Malaysia, beberapa jam ke Johannesburg, dua jam dari Mauritius) yang agak “isolated”, sama seperti negeri kelahiran ibunya, Kelantan. Kelantan, walaupun mempunyai sejarah kerajaan hindu-buddha Chih-Tu(Tanah Merah), Langkasuka, Chermin, Sri Wijaya, Majapahit dan hubungan dengan Chola, Angkor, dan Ayutthaya serta kemudiannya mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan islam Champa, Pattani dan Melaka, menghasilkan karya seni Islam yang luar biasa dalam ukiran kayu, tenunan, songket, perak, emas, batik, permainan termasuk wau yang penuh aneka warna dengan mengabadikan ilham flora tanpa menampilkan figura manusia dan binatang di dalamnya. Warna-warna di dalam lukisan-lukisan Rafiee jelas membayangkan memori warna dari zaman kanak-kanaknya yang diabadikan dari warna-warna dan rekaan waunya, rebana ubi, wayang kulit, songket, limar, tenunan serta batik sarong. Melihat kembali zaman kanak-kanak dan remajanya ternyata ianya penuh warna, bukan hanya memori kereta merah ford milik ibunya, tetapi juga ketulan cat biru milik bapanya serta warna-warna pen magic di sekolan rendah.

 

Ternyata, memori inilah juga yang menjadi tunjang karya-karya terbaru Rafiee Ghani, “Rainbow Warrior” (Pahlawan Pelangi) yang melihat kembali zaman kanak-kanaknya melalui tubuh anaknya sebagai model utama. Ini pula mengingatkan saya kepada judul filem Hollywood pada tahun 1985, “Back To the Future” tulisan Robert Zemeckis dan Bob Gale, arahan Robert Zemeckis, lakonan utama oleh Michael J.Fox. Majoriti himpunan karya Rafiee Ghani di dalam “Rainbow Series” pula berkisar sekitar tubuh seorang kanak-kanak serta portret-portretnya yang bersifat spontan dan bersahaja tetapi punyai penuh gaya dan lagak(attitude). Sesekali kita melihat postur-postur tubuh kanak-kanak itu seperti sedang menari. Itulah yang pertama-tamanya menarik perhatian kita. Kita di Malaysia pernah dihidangkan dengan karya-karya yang terilham dari studi tentang tubuh dan tari seperti karya Amron Omar, Yusuf Ghani dan Sivanatarajah. Di Indonesia, karya-karya berunsur tari sejak zaman kolonial seperti Le Mayeur, Antonio Blanco serta pelukis Indonesia seperti Srihadi dan Affendi yang kini telah menjadi semacam tradisi lukisan tubuh dan tari. Di barat pula kita tidak dapat lari dari merujuk kepada karya-karya yang berunsur tari dari Edgar Degar, seperti karya “Dancers at the Bar” dan “ballet Rehearsal”. Tapi apa yang juga menjadi perhatian kita adalah karya-karya “Woman in Bath” oleh Edgar Degar yang hanya menampakkan bahagian belakang tubuh wanita serta studi-studi tubuh oleh Henri Matisse, Francine Van Hove dan Auguste Rodin.

 

Apa yang menarik dalam karya figura dan tubuh Rafiee Ghani kali ini adalah pemilihan kanak-kanak lelaki belum baligh sebagai sabjeknya, sekaligus seolah-olah menampilkan pendiriannya yang masih teguh berpegang kepada aliran Nabis islamiknya. Tetapi apa yang lebih menyerlah bukanlah hanya tentang studi gerak dan bahasa tubuh tetapi impian, harapan dan cita-cita seorang kanak-kanak. Bak kata Edward de Bono yang memperkenalkan “Lateral Thinking” dalam Pemikiran Kreatif, “Untuk menjadi kreatif, kita perlu menjadi seperti kanak-kanak kembali, kerana kita bebas berfikir dan berkreasi tanpa batasan-batasan yeng menyempitkan pandangan kita”. Di sini kita melihat Rafiee Ghani membiarkan dirinya membayangkan seorang kanak-kanak yang bebas berfikir dan bermimpi untuk menjadi apa saja yang dia mahu, dari menjadi seorang ahli bomba, pengutip bunga jasmin, pembisik bayang, pengamat alam, peniti buih ombak hinggalah menjadi seorang superhero yang ingin menyelamatkan dunia dari bencana. Meskipun begitu rupa impian, cita-cita, perasaan dan harapannya, bayang-bayangnya juga tetap melahirkan warna-warna seribu cahaya yang menjadi bekal hingga ke malam, kerana dia adalah seorang Pahlawan Pelangi.


Sunday, June 14, 2009

Muslim Voize Festival in NYC

Youssou N'Dour Headlines BAM's Ambitious, Overdue 'Muslim Voices' Festival

By Tad Hendrickson

Tuesday, June 2nd 2009 at 3:44pm

Dick Cheney is having a hard time letting go, but cowboy diplomacy is on the wane here in the United States—ask President Obama. Nevertheless, the Muslim culture and faith remains misunderstood, at best, and demonized, at worst, by many Americans, so to counter some of those uncertainties and misperceptions, BAM, the Asia Society, and NYU's Center for Dialogues are presenting "Muslim Voices: Arts & Ideas," an extensive festival running June 5 to 14.

The program includes music, film, and theater by more than 100 Muslim artists from as far away as Indonesia and as nearby as Brooklyn. Highlights include a live performance by Senegal's Youssou N'Dour (arguably Africa's biggest music star), who'll be represented by a new, award-winning documentary as well. There will also be Sufi music from Morocco's Aissawa Ensemble and France's Al Taybah Ensemble, Persian classical from Iranian singer Parissa, and maqam from Palestinian singer Kamilya Jubran.

"Muslim Voices" will also provide a litmus test as to how things have changed within a government bureaucracy now serving an administration more interested in dialogue with its global neighbors. In the past, the Office of Homeland Security has been particularly stingy in granting performance visas to male artists from the Middle East, Africa, and Cuba. As of press time, though, all artists for this fest have been cleared. "My inviting these artists to New York City, there has been nothing but positive-ness," says BAM executive producer Joseph V. Melillo. "It's amazing how it's gone in the opposite direction so quickly—from the extraordinary negativity in the Bush administration to this openness and positive-ness about what is possible through art and culture."

Artists feel that transformation, too. In 2003, N'Dour cancelled a U.S. tour in protest over the Iraq invasion. "At that time, canceling the tour was the only thing in my head to protest," N'Dour explains, recently speaking on the phone from Senegal. "This war was not good for the United States or the rest of the world. What I appreciate is that, since then, people are now more open and more appreciative."

While N'Dour (who's toured the States since) is famous for his highly danceable brand of music called mbalax, his 2004 album Egypt paired lyrics addressing his Sufi strain of the Muslim faith with the sounds of a distinctly Arabic orchestra. His Senegalese fans were not happy about their biggest pop star talking about the Koran and celebrating religious figures, but the album was universally acclaimed abroad and won a Grammy for Best Contemporary World Music Album, a predicament and success story explored in Chai Vasarhelyi's excellent new film I Bring What I Love, which will be screened as part of "Muslim Voices."

"The time is now to show the face of everything, but really the face of Islam," says N'Dour, hoping the film shows audiences who he is as both a Muslim and an artist. "A long time ago, I thought something like that wasn't going to happen in the United States, but in the last six years, I was thinking that we need to use what we have to promote something that is really important."

The concept of intercultural dialogue is further tested on June 13, when Qawwali singer Faiz Ali Faiz and his ensemble join Craig Adams & the Voices of New Orleans on BAM's stage for a touring project called the Gospel Qawwali Creation. "I think it's going to be controversial, because whenever you deal with two religions together, it's going to be controversial," says Adams. "But music is something that everybody understands. Whether its Qawwali or gospel, it's geared toward touching people with peace, joy, love, and happiness."

It's altogether appropriate that this festival is happening in a city once victimized by terrorism. We've seen the worst from the extremists; now it's time to experience the best from the artists. "The depth of the artistry and their own personal aesthetic is going to be a great discovery to New York City," promises Melillo. "This is one of the great cultural reservoirs that has not been researched."

For a complete 'Muslim Voices' schedule and other info, visit muslimvoicesfestival.org

Friday, May 22, 2009

Seraphine as proposed by www.robotbahaya.blogspot.com

Rabu lalu aku ke Mid Valley dengan sorang kaki wayang dari orang gomen(dulu dia nih journalist) skrang dah keje pr plak kat institusi pendidikan kewangan Islam. Nasib baik dia ada, dia yang mengajak dan mengingatkan aku. also thanks to Saat for telling me that "all artist should watch this film", exactly, memang betul, apa part yang memang sayu, about seorang gaji di perancis sekitar tahun 1912 dirumah seorang kaya dan kebetulan ada tenant, org Jerman yang kemudiannya menjelaskan yang dia tidak akan kawin dengan seorang wanita. tetapi untuk sebuah filem yang menjelaskan zamannya, ia jelas sekali dengan bahasa yang berlapik. Ini sebuah filem yang boleh membincangkan isu-isu menarik tentang seorang struggling artis atau mungkin tentang mereka-mereka yang menjadi seniman dan sekali gus menceritakan tentang seorang wanita yang taksub dengan lukisannya tapi akhirnya menjadi gila kerana banyak yang dia sendiri tidak mengerti tentang kehidupan seorang seniman dari segi politik dan ekonominya. Filem ini juga mengisahkan tentang zaman, perang dunia, kepentingan ekonomi dalam seni serta kehidupan seorang homoseksual jerman yang terpaksa lari dan hidup di Perancis bersama kakaknya. Ini sebuah filem yang gelap, malah visualnya dimulakan dalam sebuah cinematography yang begitu gelap untuk jangka waktu yang lama, sehinggalah Sepahine mula melukis dengan hati yang terbuka dan penuh percaya diri.

Tuesday, May 12, 2009

FRENCH FILM FESTIVAL AT GSC MID VALLEY KL





TitleDateTime
SERAPHINE
7 May
(Thu)
11.45 AM
2.15 PM
4.45 PM
7.15 PM
9.45 PM
8 May
(Fri)
11.45 AM
2.15 PM
4.45 PM
7.15 PM
9.45 PM
9 May
(Sat)
11.45 AM
2.15 PM
4.45 PM
7.15 PM
9.45 PM
10 May
(Sun)
11.45 AM
2.15 PM
4.45 PM
7.15 PM
9.45 PM
11 May
(Mon)
11.00 AM
1.30 PM
4.00 PM
6.30 PM
12 May
(Tue)
11.00 AM
1.30 PM
4.00 PM
9.45 PM
13 May
(Wed)
11.00 AM
1.30 PM
4.00 PM
9.45 PM

Sunday, May 3, 2009

Lat's Window to the World at MPO on Sunday Afternoon

Mohammad Nor Khalid or Datuk Mohd Nor Khalid (born 5 March 1951) is a well known cartoonist in Malaysia. Also known as Lat, many of his cartoons appear in theeditorial pages of the Malaysian newspaper New Straits Times.Lat was born in Kota Baru, Perak, not to be confused with Kota Bharu the capital of Kelantan. He had a wonderful talent for drawing as a child and drew excellent comics. At the age of 9, his gifted talent began to yield his family income. His first real book was Tiga Sekawan, a story about three friends who banded together to catch robbers. The book was published in his sixth year at Jalan Pasir Puteh Primary School inIpoh. His publisher paid him 25 Ringgit for his service. By 1968, Lat was earning 100 Ringgit a month from his work.

He later moved to Kuala Lumpur to become a cartoonist. Lat was offered to joined the New Straits Times as a crime reporter but later on became a cartoonist. He started with a editorial comic strip called 'Scenes of Malaysia' then was known for the comic strip published weekly called 'Keluarga SiMamat".His first book Kampung Boy, an autobiography of his life was published in 1979 and sold thousands of copies within three months. Kampung Boy was published in France by a French publisher. An American edition of Kampung Boy was published by First Second Books in August 2006. This was the first of his books to be published in the United States. His second American release, Town Boy, is scheduled for release in October 2007. His cartoons reflect his view about Malaysian life and the world. Others famous Lat comic book is 'Mat Som', a story of a young teenager's discovery of new world of capitalism. It shows illustrations of insight view in Kuala Lumpur city.

His cartoons have been published in several cartoon books in Malaysia and he is famous throughout the country. Lat's latest book is Dr Who?!, dedicated to Mahathir bin Mohamad, former prime minister of Malaysia and his wife Dr Siti Hasmah. .

The main theme of Lat's oeuvre is life in multi-racial Malaysia, ranging from deeply personal memories ("Kampung Boy"), political satire (often lampooning the heated debates between the two major political parties, UMNO and PAS, as well as taking a satirical swipe at every major government policy as they are announced, living life abroad from the Malaysian point of view and the ever-changing relationships between the different ethnic groups. He often mixes his social commentaries with humorous passages and slapstick. These features are found throughout his work (see bibliography).

What is striking are Lat's accounts of his own village childhood and his extended Malay family, collected in his acclaimed autobiographical books "Kampung Boy" and "Town Boy". They are the only books to have been reprinted in Japanese. They represent Lat's fond memories of the relaxed pace of traditional kampong life, and that in spite of being supportive of modern city life, Lat is proud and very fond of his deeply rural background.

Although detailed insight of life on the Malayan peninsula is required to fully appreciate the work, Lat can be recommended as an invaluable primer for the visitor and new resident alike.

Lat's unique way of drawing noses for his characters was copied as a tribute to him in an issue of Groo by Spanish cartoonist Sergio Aragones. (www.wikipedia.org)

Malaysia’s foremost cartoonist Datuk Mohd Nor Khalid, fondly known as Lat, will be joining forces with renowned conductor and composer Carl Davis and the Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) to present the world premier of Lat’s Window To The World.

The show consists of three specially commissioned animated films by Lat, with Davis and the MPO providing the symphonic accompaniment. The first film features a typical kampung scene, with a snapshot of life as seen through the eyes of a toddler looking out of his window for the first time. The second film has Lat as a school-going child in his little hometown, and is based on Lat’s Town Boy series of cartoons published in 1980. The final film will see the title character as an adult, travelling the world with his talent for drawing and yet always returning home. (www.theedgemalaysia.com)


The concert was very interesting, looking at the choices of his cartoons that got selected to be developed as moving images and animation work. Congratulations to the creative animation group, Solution Team. It is really a good effort and Carl Davis's music for Lat's work is certainly more interesting than Charlie Chaplin reconstruction work from 1918. I supposed the music sounded a bit dated for television sound. It it was a ground breaking for the rest. I could see that that many work of art after that had copied or inspired by Charlie Chaplin's work, such as Mr.Bean as well as the work of P.Ramlee with his actors like Mat Sentul, Sudin, Tompel and Sudin. Perhaps Lat too was influenced by Charlie Chaplin. But frankly, it would be great to see how Lat's work be developed into a full length orchestra work as what has been presented is rather short, left us craving for more.

Carl Davis is a native of New York, Carl Davis is in equal demand as conductor and composer for the stage, screen and concert hall. In the UK, Carl regularly conducts the London Philharmonic, the Royal Philharmonic, the Philharmonia, the Halle, the Northern Sinfonia and the CBSO. Carl is Principal Guest Conductor of the Navarra Symphony Orchestra in Pamplona, and is a regular guest conductor with the Malaysian Philharmonic and the Finnish Radio Symphony Orchestra. Carl believes that all music has an important place in the world. This is reflected in the diversification of his concert programming. Whether conducting or composing music for feature films, television, silent films, ballets and musicals as well as an Oratorio - his versatility is extraordinary.

Monday, April 27, 2009

Something Happened On the Way to Signature

Khamis lalu bila Ajami(ajamihashim.blogspot.com) mengajak para bloggers menonton preview "Mahsuri" theatre, or rather musical theatre ala Malaysia, dia dah kata "saya orang filem nak review teater" dan cepat2 dia cakap "next week jangan lupa tonton filem Malaysia terbaru yang begitu hot". Tapi kitakan penonton, teater ke wayang ke, sama aje. Lagipun kita bloggers, nak tulis apapun boleh dalam blog, orang tak boleh marah. Lepas menonton tu kita cakap2 kata yang best juga bloggers now dah naik taraf dan diiktiraf. Kita ingat tak ada orang baca blog kita, cuma mungkin colleagues atau orang yang kenal kita. Sejak petang tadi aku dok dapat sms dari Ajami tentang preview malam ni kat Signature, aku pun tak pernah menonton kat situ, dah tersesat ke Midvalley's Gold Class. Sampai kat situ Ajami( dulu kenal as blogger, kini dah jadi macam blogger relations plak) dah ada menunggu, dapatkan cd press release dan disuruh naik makan join para bloggers lain. Aku cuma kenal dua bloggers dari malam Mahsuri, bersama sorang blogger baru dan dua media MEDIA HIBURAN dan suratkhabar SINAR, dua2 milik KRANGKRAF, semuanya mesra sekali, macam dah lama kenal, apa lagi setelah berfacebook sejak sehari dua ni. Gadis dari Sinar: dulu bloggers orang tak kisah sangat, skrang dah jadi trend plak. Aku pun mencelah, ya aku pun ada menulis kat NST(RM100 untuk satu article untuk acara yang diorang tak nak attend, Malay theatre) dan Kosmo(yang bagi 300 perkataan, asalnya bagi dua halaman). Rata2 mereka kata artikel aku terlalu akademik, bagi aku itulah level yang aku funkan untuk bacaan umum). Yang bestnya dalam blog kau tulislah sebanyak mungkin, cuma mungkin tak ada orang baca. Lagipun ianya mcm diary kita, susah2 satu hari dia boleh jadi novel kita plak hehehehe). Anyway, selesai makan, minum air asam boi dan kopi kita sembang2 lepas tu terberbual dengan Gadis Cina yang comel ni nama dia Charmine(i hope that's how she spells her name). Tadinya dia bersama dengan pelakon/ model iklan Steven Yap. Charmine kata dia pun ada buat movie, tapi belum keluar, dgn KRU production. Mesra sangat orangnya, kasi card dan tanya blog kita, next time kita pun kena buat card blogger! ( alah aku ni bukannya blogger serious sangat pun, coma komen2 biasa nak puaskan hati). Now we are being appreciated, get to watch the movie for free and special seat(next to Steven Yap), and free food. I think they are quite clever, our story is fast, most of us have professional job, engineerla PRla, writerla, so watching movie and theatre ni as hobby. Eh panjang plak preamble. Selesai menonton, kita lepak kat mamak luar Gardens, cheap drinks (terlupala plak, kopi membuatkan aku berjaga, sama juga dengan teh!) Memang betul, jam tepat pukul 3pagi, mata aku terkebil2 tengok jam. Dalam kepala plak dok terpikir pasal filem SELL OUT tadi, baik aku bangun dah terus tulis. Now, how to write. Bak kata budak2 bloggers "kami tak tahu nak tulis review", tapi sebenarnya aku dok baca dua tiga blog mereka, ada yang macam tulis cerpen, tapi pendek. Aku plak suka tulis panjang(sapa nak baca?). Aku pon tak reti nak tulis macam mereka dengan bahasa mereka sendiri, uols ahaks! Ni nak kena belajar terms2 bloggers. Tadi aku dah tengok press release mereka dlm cd, now nak tengok apa yang ada dalam google. 

Tapi yang lucunya antara google results yang beribu-ribu tuh aku terjumpa tiga lagi filem yang sama titlenya, satunya dari New York Times:

The Sellout (1951)

"The Sellout," which preceded eight acts of vaudeville at the Palace yesterday, is like an old friend of fifty years standing. You know him well. It has a cast out of Metro's reliable top drawer, with Walter Pidgeon, John Hodiak, Audrey Totter, Karl Maiden and Thomas Gomez sharing the chore of propping up a pretty dreary tale of dull and familiar "good" and "bad" characters. THE SELLOUT, screen play by Charles Palmer from a story by Matthew Rapf; directed by Gerald Mayer; produced by Nicholas Nayfack for Metro-Goldwyn-Mayer. 

Lagi satu Sell Out directed by Lola Rock' n' Rolla, showed in August 2005, dan yang ketiganya Sell Out(2006) yang mendapat 3 bintang setengah, arahan Alex D'Lerma dan David Kitchens, penulisnya skrinnya, Alex D'Lerma dan David Kitchens dengan plotnya, Con man, Rico, pitches infomercial viewers a chance to become a Hollywood movie producer by investing 99¢ in his next comedy block buster, 'Sell Out: The 99¢ Movie!'.

Filem "Sell Out" Tentang/ Untuk Orang Malaysia

Sebelum menulis reviu untuk SELL OUT sempat juga baca tulisan Bang Hassan(Hassan Mutalib) dalam Malaysiancinema.yahoogroup, dia memang kreatif, maklumlah skrip writer/ Malaysian film historian. Ini petikan yang aku kira menarik:

ME:   Speaking of sold out, your Honour. Have you seen Joon Han’s Sell Out!?

NR(The Nasty Reviewer).: Not yet. But everyone’s raving about it. Including the Mat Salleh overseas. (Gives a smirk).

ME: (Noticing it). But you doubtless have your own opinion?

 ME: So what do you think of Sell Out!? You know we’re all in awe of your powers of deduction. You don’t even have to see the film, just the reviews are enough for you to come to a considered conclusion.

NR: Well, my boy, why should I only give that honour to some ‘captains’ of the industry? They never saw the film but got The Last Communist banned. That’s power for you. Now they’re passing Malaysian Gods but not allowing it to be screened publicly. All it had was interviews with pasar malam people, a windscreen cleaner, a young couple outside KLCC. I thought Malaysian politics was confusing. But this? (Shakes his head). What’s the world coming to? I think I’ll migrate to Mexico and catch the babi virus.

NR: Hmmm, yes. This fellow, Joon Han. His first short, Adults Only, got into the Venice Film Festival, fancy that. And got a Special Mention. And Sell Out! also got into Venice – and won the Young Cinema Award! Now that’s impressive! And does FINAS do anything about it? Remember how the Malaysian Embassy in Paris ignored U-Wei when Kaki Bakar went to Cannes? This Joon Han fellow is really going places. I read all the reviews. Looks like it’s a parody of the local film scene, both mainstream and indie. A bit along the lines of Mr Bean’s Holiday.

ME: But hasn’t Tian Hann already done it with First Take, Final Cut? That was hilarious. Mamat Khalid also parodied the entertainment scene with Man Laksa, Zombi Kg Pisang and Kala Malam Bulan Mengambang? Not to forget a more serious approach from Mansor Puteh with Seman and Anuar Nor Arai withJohnny Bikin Filem ( Tapi dua-dua filem ini aku belum tonton, filem2 tu masuk panggung ke atau boleh beli dvdnya kat mana2 kedai?)

 NR: Ah, but Joon Han appears to be really more creative, taking all those pot shots at certain parties who are supposed to uplift the industry – and take it to ‘global heights.’ You know, Filem Malaysia ke Persada Global or something like that. (Stops). Am I letting the cat out of the bag?

Tiba2 ada plak balasan dari Kairospirit:

i'm sorry, but Sell Out! is NOT a parody of the local film scene. it's about the very human struggle of fighting to hold on to every last bit of integrity left in this world. and FONY Corporation isn't making fun of THAT corporation. PLEASE. Finas actually did give Sell Out! a lot of help. the name FONY is more a jab at all the fancy but unoriginal brands and corporation names that we see popping up everywhere. don't read too much into everything.

Now, this is going to be difficult to review this movie. So I googled and got so many results, but these are the few that I chose

Filem yang diarahkan oleh Yeo Joon Han dan diedarkan oleh Golden Screen Cinemas ini dilakonkan Jerrica Lai, Peter Davies, Kee Thuan Chye ini telah diberikan sebanyak empat bintang ! 
Sinopsis Sell Out dari www.malaysia.movies.yahoo.com pula memberikan plotnya as:Her name is Rafflesia Pong (Rafflesia = largest flower in the world, which reeks of animal carcass; Pong = stink). She's a bottom-ranking arts show host who's disillusioned with those overrated underachievers we call "artists". He's Eric Tan (Eric = Eric, Tan = typical Chinese surname), a product designer who's just about to learn that it doesn't pay to be creative. They both work for FONY, a multinational conglomerate whose mission statement, copied from a Taiwanese company, is to be original. In the face of such pressure, Eric and Rafflesia is questioned whether they will retain their artistic integrity or will they finally sell out to fame, fortune or some other nasty thing that also starts with "F".

Ataupun kita jugal boleh terjual dengan "M" for Money atau Makanan, seperti yang dihidangkan kepada kita. Seperti kata orang tua2 perut tu kena jaga, isi perut dulu baru buat kerja. Pandai sungguh ASTRO Shaw. Tapi tukan biasalah dalam business ni, bukan macam teater, sengket tak ada duit, itulah dapat review kow2 punya, dahlah tak ada makan, tak ada special seat plak!

But for me, aku tak nak review banyak2, filem ini memang dibuat untuk orang Malaysia yang faham tentang politik bahasa dan berbahasa, penuh dengan istilahnya yang tersendiri(harapnya Mat Salleh kat luar sana fahamlah, mungkin Mat Salleh yang duduk Malaysia mesti faham punya). Walaupun Kairospirit kata jangan terlalu membaca tentang filem ini, ianya sarat dengan sindiran yang amat jelas. Masalahnya macamana nak menjadikan sindiran2 itu menarik dan membuatkan kita ketawa apabila mendengarnya. Tapi filem ini bukanlah bergantung kepada sindiran semata2, ianya ada falsafahnya yang tersendiri tentang wang dan populariti. Mereka2 yang terlibat dalam filem ini memang tepat dengan wataknya, dari Kee Thuan Chye, seorang veteran dalam English theatre dengan Lim Teik Leong yang memegang watak seorang datuk Melayu dan lain2 termasuk Jerica Lai(Rafflesia Pong), Peter Davies(Eric Tan), Hannah Lo(Hannah Edwards Leong), termasuk watak2 Tony the poet, cameraman, bomoh Cina dll. Nama2 yang dipilih sebagai nama watak yang menarik terutamanya Rafflesia Pong dan Tony ............dan nama seterusnya yang bunyinya macam bunyi Chee Bai (opps maaf mencarut!).

Kata director filem ni, ada orang kata filemnya agak panjang tapi dia tetap berdegil dengannya. Bukan kerana dia dah kata panjang, tapi saya setuju, ianya terpanjang sedikit tapi bearable kata kawan bloggerku. Sememangnya kita akan ketawa terus dalam minit awal hinggalah 3/4 filem ini berjalan, tapi ada momen-momen yang terasa sedikit statik, dan kita bertanya pada diri sendiri, how long this is going to go on?. Tapi cepat2nya bertukar balik menjadi menarik. Bagi aku ada dua tiga momen yang aku rasa lama giler:

Satunya semasa CEO mengejar salesman department store tu, naik escalator sampai beberapa tingkat, perluke nak tunjuk semua tu. Teringat filem2 Melayu lama atau drama tv yang tunjuk semua adegan perjalanan, dai naik kereta sampailah kereta hilang dari pandangan. Tapi itulah juga yang nak diparodikan agaknya, bukan hanya dalam filem Melayu 80an tetapi juga menjadi fashionable kembali di kalangan filem Indie Malaysia awal yang cuba nak meniru Wong Kah Wai, termasuk filem "In Mood For Love" serta filem2 Tsai Ming Liang. Aku rasa itu juga menjadi trade mark pembikin filem Cina di Cina, seperti sajak2 mereka yang terus berputar pada tempat yang sama. Momen lain yang agak bosan sedikit adalah apabila Miss Pong pergi ke kelinik untuk mendapatkan rawatan batuknya yang lama berlegar di situ, begitu juga dengan semasa Pong menyanyi di atas pentas di penghujung cerita. Ada juga camerashot yang tidak menjadi semasa Pong menyanyi dengan alter ego Eric Tan di klinik, di mana wajah Pong langsung tidak kelihatan, cuma belakang dan rambutnya sedangkan dia sedang mendendangkan lagunya. Kamera shot itu kemudiannya berakhir dengan wajah alter ego Eric Tan di lantai dan Pong yang hanya diwakili oleh shot dadanya memakai baju pink.

Yang menariknya apabila Pong menemuduga seorang pesakit yang hampir mati tentang politik, "What do you think about Malaysian government?" dan beliau belum menjawab, manakala kamera diarahkan kepada keluargannya yang hanya menggerak-gerakkan jari, menyuruh dia untuk tidak berkata apa2. Masa tu ramai audien bertepuk tangan, seronok menonton filem ni, kerana memang ada dialog-dialog harian yang kita temui di Malaysia samada di jalanan atau di kaca tv atau di layar perak. Pendekata tak sia-sia menonton filem ini, bukan hanya dia buat kita ketawa(bukanlah ketawa terbahak2, yang dah lama kita tak ketawa menonton filem Malaysia), sedikit berfikir dan juga menghiburkan dari lagu2 yang dihidangkan. Sayangnya kredit titlenya begitu cepat sekali, cuma nampak beberapa nama besar dalam music composition di Malaysia seperti Saidah Rastam(dikenali kerana muziknya untuk persembahan pentas M the Opera dan Storyteller serta lagu2 jinglesnya untuk iklan tv dan radio) dan Michael Verapan(jazz performer dan composer lagu2 iklan). Konsep nyanyian yang ditampilkan memang kena, apalagi orang Malaysia memang suka berkaraoke. Yang paling menarik dalam nyanyian adalah apabila dua CEO bernyanyi-nyanyi semasa bermesyuarat dengan Eric Tan(separuh Mat Salleh tu), memang lawak sangat. Begitu juga bila Tony the poet menyanyi sebelum dia terlekat nak minum air, dan meninggal! Rasanya nak gi tengok filem ni sekali lagi dengan member2, ayoh kawan2 mari menonton "Sell Out". Marahlah orang Dewan Bahasa tengok aku bercakap campur aduk Melayu-English, tapi itu relitikan bukan fantasi!