Nuansa Melayu, yalah nampaknya ada beberapa filem yang sedang mencari sesuatu untuk bangsanya seperti Cik Siti Wan Kembang, Mek Ani Mak Yong, Bunian, Taming Sari, semuanya sedang menyoroti bangsa Melayu. Mungkin Wayang telah membuka ruang itu. Tapi janganlah pula menjadi seperti Puteri Gunung Ledang yang baru tuh dimana watak-watak yang digambarkan dicampuradukkan dari era dan zaman yang berlainan menjadi satu, hanya kerana nak menjadikan dia artistik. Kalau begitulah hendaknya, harus dikatakan sebuah filem khayalan atau fiksyen, bukanlah berasaskan sejarah kerana sejarahnya salah, iaitu tentang siapa Hang Tuah, Sultan Mahmud Melaka, Puteri Gunung Ledang, kerana Tun Mamat yang bertemu dengan Puteri Gunung Ledang yang sebenarnya seorang Puteri Bunian, khayalan dari seorang sultan yang berfikir yang tentu ada seorang puteri di atas gunung yang selaras pandangan dari jendela istananya. Maka itulah juga istananya tentunya tinggi kedudukannya, bertingkat-tingkat dan bilik baginda berada di tingkat atas sekali. Filem sedemikian rupa boleh menyesatkan pemikiran generasi muda yang tidak ramai tahu tentang sejarah. Seorang teman orang Jepun yang berkunjung ke Melaka bertanyakan saya, yang mana benar di antara fakta-fakta sejarah yang dibaca di Muzium Melaka dan PGL yang ditonton di filem dan tentunya filem yang bersifat popular lebih memberikan minat kepada genarasi sekaran, maka itulah ia menjadi penting. Filem itu ada tanggungjawabnya sendiri. Saya juga tertarik dengan tulisan Johan Jaafar di BM tentang filem-filem yang dibukin oleh kaum Yahudi di Amerika, tetapi bukankah, kebanyakan orang Yahudi sendiri sememangnya berada di dalam industri ini kerana sewaktu mereka berhijrah ke Amerika, mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang seni dan filem, jadi di sana mereka seolah-olah menjadi pelopor filem industri. Apalagi kalau di New York yang kebanyakan penduduknya terdiri dari orang Yahudi yang kemudiannya ada yang berpindah ke LA kerana perkembangan industri filem di sana. Ya betul ada banyak filem mereka yang menceritakan tentang Nazi dan WWII yang menganyanya mereka. Apakah itu satu perkara yang perlu difilemkan supaya dunia tidak mengulangi sejarah itu, bukan untuk kaum Yahudi saja, tetapi terhadap bangsa apapun. Kebetulan mereka berada di situ di industri filem. Maka untuk kamum Melayu yang kebetulan mendapat access kepada dana filem di Finas, kenapa tidak membikin filem-filem yang boleh membawa kita ke tahap pemikiran yang cerdik!
SALORan SENI is dedicated to writings by Dr.Zulkifli bin Mohamad(Zubin Mohamad) and also others. Also serves as notice board for arts events. He has contributed to many journals including Kakiseni.com, NST, Malay Mail, Jakarta Post, Djakarta, E-ASEAN News, Jakarta-Java Kini and KOSMO. Zubin Mohamad is now writing for www.themalaysianinsider.com in Bahasa Malaysia and English.
Followers
Sunday, January 25, 2009
Nuansa Melayu Kembali Dalam Filem Pop
Ternyata kelmarin, Ahad, beberapa buah suratkhabar Melayu memperkatakan tentang filem dan finas, apalagi bila finas nak mengadakan program merakyatkan seni, eloklah. Tapi rasanya tempat tuh jauh sangat. Boleh tak kalau nak merakyatkan, adakan apa yang dinamakan outreach program yang diadakan ditempat lain seperti di ASWARA, Balai Seni, Matic atau Istana Budaya, lagipun itukan juga di bawak KPKKW, ringkasnya Ministry of Culture, tak bolehkah consolidatekan harta-harta kerajaan tu supaya boleh dipakai bersama. Begitu juga dengan badan2 seperti Finas, Filem Negara dan Lembaga Penapisan Filem, tak bolehkah disatukan supaya lebih komprehensif dan kompetitif. Tapi sebenarnya bukan ini yang hendak saya katakan disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
merakyatkan seni? hehe, heheh, hehehehe hahahahahaha...
seni tu berasal dari rakyat. apa kata kalau kita buat program seni tanpa birokrasi - aku rasa ini lebih tepat.
seni bergerak dengan bebas, tanpa halangan - sama seperti internet (kehidupan kita sepatutnya). sekolah - tempat kita berkenalan dengan ilmu dan belajar membuat pilihan. selepas tamat sekolah, baru kita mencari pengkhususan dan dalam masa yang sama, kita akan mencari pilihan ilmu yang kita kenal di sekolah.
jika sains boleh diletakkan di mana-mana, seni juga harus begitu.
aku seru kepada penggiat seni, buat teater di kampung chekok, di dewan orang ramai, tayang filem kalian di kampung temong - tak perlu GSC dan TGV, tak perlu Matic dan Taman Budaya.
Jika benar kita hendak mendidik, kena didik penonton (rakyat) betul-betul. Kalau buat filem kononnya sarat dengan pengajaran, tapi duduk depan pintu pawagam, tunggu penonton datang, tak guna juga.
Buku-buku hebat dan bagus tak terdapat di khutubkhanah desa dan di kedai buku Taj (yang jual majalah mangga, urtv dan novel2 alaf 21). Internet tak semua orang boleh pakai (selagi Maxis dan Celcom dan TM masih wujud). Rakyat tak habis-habis menonton dokumentari membuat labu sayong dari dapat menonton doku revolusi 48.
sori, aku dah tulis entri aku kat sini pulak - kekekeke
That's the way I like it aha aha I like it! Kau nak tulis panjang mana pun aku tak kisah beb! laman aku laman kau, aku nak merakyatkan seni yang ada internet hehehe
Post a Comment