Followers

Saturday, January 3, 2009

Kesudahan Industri Perfileman Melayu, eh Malaysia!

Setiap ujung tahun, hampir kesemua surat khabar melakukan "stock take" tentang produk-produk yang telah dihasilkan, terutamanya di dalam bidang seni, samada industri filem, muzik ataupun teater, tetapi semuanya bersifat longgokan untuk memuatkannya di dalam ruang akhbar yang disediakan, kalau tidak editor tak lulus pulak, apalagi ruang untuk seni ni agak kurang,so kite terpaksa terima sajalah, yalah kalau bercerita tentang seni yang berotak ni kurang mendapat perhatian pembaca pulak. Ini sebenarnya apa yang dipanggil "Dumbing the Audience", memperbodohkan penonton atau menganggap penonton Malaysia atau pembaca suratkhabar bodoh, walaupun kerajaan sendiri telah ada 20 universiti umum dan 20 atau lebih universiti swasta. Seperti filem, kita selalu nak mementingkan produk yang bakal dijual, kita tidak mengambil langkah untuk mencerdikkan penonton, dah kata penonton bodoh. This is really a viscious cycle. Ada pulak intelek filem kononnya, yang mengatakan pelajar filem tak nak tengok filem, hah salah siapa, kalau cakap tak serupa bikin, masa mengajar bedegang-degang, tapi bila buat filem hanjing, tapi tak dengar komen. Lagipun selalu mengikut kata hati, senang dengan kata orang, tak nak buat pertimbangan sendiri yang seharusnya rasional. Itulah sebabnya banyak orang work with orang-orang yang boleh dipercayai atau yang menyebelahinya. Dalam beberapa kenyataan menyatakan yang ramai orang Malaysia cerdik pandai yang tak nak filem Malaysia, suka tengok filem Hollywood, atau import walaupun filem itu hancus. Sebenarnya banyak orang lupa yang filem itu adalah salah satu dari produk konsumerism, ianya adalah sebuah produk dari popular culture. Setiap dari kita yang mangaku menolak globalisation dan kapitalisma menggunakan produk2, jadi susahlah nak cerita. Jadi seperti membeli baju, ada baju untuk kerja, ada baju untuk bersukan, ada baju untuk majlis keramaian formal, ada yang casual, dan bermacam-macam, jadi samalah dengan filem, apalagi bila kita mempunyai perasaan yang berbeza-beza pada hari dan waktu yang berbeza. Filem seperti lagu juga dikatakan dipilih atas pilihan setiap pengguna. maka ada hari yang kita menonton filem yang paling bodoh, dan ada hari kita menonton filem patriotik dsb, Hollywood dibentuk seperti sebuah supermarket, apalagi kalau di Amerika, it's more like Hypermarket! Jadi sebelum melawan arus pasaran dunia, kita harus melihat di mana kita, dan untuk pasaran Malaysia juga kita harus mula melihat kajian demografik atau segmentation pasaran kita!


5 comments:

Ajami Hashim said...

"tapi bila buat filem hanjing, tapi tak dengar komen"

laserr tau tuan dokter nih! wakakakak!

fadz said...

i havent watch that said director's film, but i have the sense its not the film's problem, it is still us. Can segmentation research help? In Thailand, ppl dont watch Tropical Malady eventgh it received Cannes Jury Prize. Most art house films are "bombed" in Thailand, dats a fact. I remembered Iron Pussy, a weird klitch art house work getting rave reviews and high promotion in Thailand, still it didnt do well.

It is not a "close" problem, its happening ard the world. art house movie such as The Assasination of Jesse James cant do well, evntgh Brad Pitt is in it. Audience Favourite for best picture nominees are more likely "commercialsed" rather than art house.. only in the last ten years of the 90s (remember Breaking the Waves? fargo? Secret & Lies? Pulp Fiction? these are all very "indie", very "artsy" but modern, new, anti-hollywood type of movies) we see this trend is changing (ppl resorting to indie/non hollywood movies) sampailah TITANIC datang!!! remember?

american can say and do that, becoz they have an industry, a solid one.. we do have an industry, but were fighthing not just with Hollywood/Bollywoods but Thailand, Phillipines and Indonesia in terms of gaining an "international market". How do we solve this?

saya nampak satu perubahan sedang berlaku, lebih2 lagi dgn semangat "dunia indie" kita, malah sedang berlaku transisi indie ke perdana.. ini satu "kesegaran". Teknologi pun bertambah bagus (Cicak Man).. apa yg kita perlukan sekarang ialah sebuah lagi PGL (bukan filem berbentuk lagenda, tetapi sekurang2nya pubilisiti sebesar itu), seperti mana yg dibuat oleh Korea pada setiap tahun, mesti mereka angkat sebuah filem separa seni-komersial dengan gah, malah filem itu sendiri mmg menarik dan melawan konvensi (The Host, Taegukgi). Filem slapstik pun kita boleh buat lagi, hanya naikkan tahapnya, seperti yg berlaku dalam filem2 Mamat Khalid.

artisticklytouch said...

Pergerakan filem Malaysia saya nampak ke arah yang positif tapi harus diingat persepsi ini sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Pembikinan filem2 komedi slapstik saya rasa itu masih perlu kerana masih ada segelintir masyarakat yang gemar cerita-cerita sebegini kerana demogafi kehidupan mereka dan budaya mereka.

Saya setuju kalau kita melihat kepada Korea. Support pembikinan filem separa seni. Kita tak perlu terkejarkan Academy Award itu, lambat laun - jika kita terus gigih - mereka yang akan kejar kita

zubin said...

Hi Ajami, biasalah nak tarik perhatian dan toyoh perasaan orang, alah Dr.Rusdi pun pedas juga dalam Ibu Mertuaku, sampaikan Kassim membutakan matanya, hehehhe, did I get the film right? But frankly, kita kena luahkan kalau tak puas hati, walaupun orang tak tahu, sekurang-kurangnya, hati kita tak sakit, nanti heart attack pulak! Discussion is good, hopefully it will get somewhere. May be too you can write nicely in cinemamalaysia.yahoogrups!

2. Fadz, agree, we can't compare ourselves with Hollywood or Bollywood or even Philippines, our industry is not that big that we have film for everything, every feel. I watch indie, Hollywood commercial, european, asian, malaysian for different reason, that's what I am trying to say, I watch stupid hollywood movie in different mood for example, I am just a consumer. So bila orang buat filem yang kononnya artistik di Malaysia, tak boleh paksa semua penonton filem tengok, kalau student sendiri pun tak nak tengok, apa lagi org lain. I agree promotion plays important roles, but we don't have budget like that and not everyone in the industri are like Enfiniti, and a lot of producers too ambik duit finas and don't know what happened to it, don't you think it is abou time government should disclose kunci kira2 and akaun untung rugi, then set up management audit, baru tahu slack kat mana, we must do like them if we want to be like them! Both of Apicatpung and Michael are dear friends and I love their movies, but they are not for the common Thai people, so, it's only for arts festivals, so the same with us. may be Yasmin is trying to bring it to the people but still not selling in panggung. The problem is we have divided market not only due to class but also language division!

Artistictouch! if a film is a commercial film, it should not get the support of finas, don't you think? esp when they are market driven. Finas should only support certain film, first using Bahasa kebangsaan, malaysian identity, culture preservation etc if that is their criteria, they should define all that supaya tidak ada kekeliruan!

Pegawai Khalwat said...

Yeah, seni tak berotak. Boleh quote ni.

Nasib teater terutamanya di Penang pun sama. Bila pihak tuan punya panggung masuk campur memaksa aktivis menghasilkan karya yang lebih komersil berbanding karya yang berotak.

Sorry, off topic sikit.