|
SALORan SENI is dedicated to writings by Dr.Zulkifli bin Mohamad(Zubin Mohamad) and also others. Also serves as notice board for arts events. He has contributed to many journals including Kakiseni.com, NST, Malay Mail, Jakarta Post, Djakarta, E-ASEAN News, Jakarta-Java Kini and KOSMO. Zubin Mohamad is now writing for www.themalaysianinsider.com in Bahasa Malaysia and English.
Followers
Wednesday, January 28, 2009
YEOH JIN LENG WORKS IN NAPLES EXHIBITION
Sunday, January 25, 2009
Nuansa Melayu Kembali Dalam Filem Pop
Ternyata kelmarin, Ahad, beberapa buah suratkhabar Melayu memperkatakan tentang filem dan finas, apalagi bila finas nak mengadakan program merakyatkan seni, eloklah. Tapi rasanya tempat tuh jauh sangat. Boleh tak kalau nak merakyatkan, adakan apa yang dinamakan outreach program yang diadakan ditempat lain seperti di ASWARA, Balai Seni, Matic atau Istana Budaya, lagipun itukan juga di bawak KPKKW, ringkasnya Ministry of Culture, tak bolehkah consolidatekan harta-harta kerajaan tu supaya boleh dipakai bersama. Begitu juga dengan badan2 seperti Finas, Filem Negara dan Lembaga Penapisan Filem, tak bolehkah disatukan supaya lebih komprehensif dan kompetitif. Tapi sebenarnya bukan ini yang hendak saya katakan disini.
Nuansa Melayu, yalah nampaknya ada beberapa filem yang sedang mencari sesuatu untuk bangsanya seperti Cik Siti Wan Kembang, Mek Ani Mak Yong, Bunian, Taming Sari, semuanya sedang menyoroti bangsa Melayu. Mungkin Wayang telah membuka ruang itu. Tapi janganlah pula menjadi seperti Puteri Gunung Ledang yang baru tuh dimana watak-watak yang digambarkan dicampuradukkan dari era dan zaman yang berlainan menjadi satu, hanya kerana nak menjadikan dia artistik. Kalau begitulah hendaknya, harus dikatakan sebuah filem khayalan atau fiksyen, bukanlah berasaskan sejarah kerana sejarahnya salah, iaitu tentang siapa Hang Tuah, Sultan Mahmud Melaka, Puteri Gunung Ledang, kerana Tun Mamat yang bertemu dengan Puteri Gunung Ledang yang sebenarnya seorang Puteri Bunian, khayalan dari seorang sultan yang berfikir yang tentu ada seorang puteri di atas gunung yang selaras pandangan dari jendela istananya. Maka itulah juga istananya tentunya tinggi kedudukannya, bertingkat-tingkat dan bilik baginda berada di tingkat atas sekali. Filem sedemikian rupa boleh menyesatkan pemikiran generasi muda yang tidak ramai tahu tentang sejarah. Seorang teman orang Jepun yang berkunjung ke Melaka bertanyakan saya, yang mana benar di antara fakta-fakta sejarah yang dibaca di Muzium Melaka dan PGL yang ditonton di filem dan tentunya filem yang bersifat popular lebih memberikan minat kepada genarasi sekaran, maka itulah ia menjadi penting. Filem itu ada tanggungjawabnya sendiri. Saya juga tertarik dengan tulisan Johan Jaafar di BM tentang filem-filem yang dibukin oleh kaum Yahudi di Amerika, tetapi bukankah, kebanyakan orang Yahudi sendiri sememangnya berada di dalam industri ini kerana sewaktu mereka berhijrah ke Amerika, mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang seni dan filem, jadi di sana mereka seolah-olah menjadi pelopor filem industri. Apalagi kalau di New York yang kebanyakan penduduknya terdiri dari orang Yahudi yang kemudiannya ada yang berpindah ke LA kerana perkembangan industri filem di sana. Ya betul ada banyak filem mereka yang menceritakan tentang Nazi dan WWII yang menganyanya mereka. Apakah itu satu perkara yang perlu difilemkan supaya dunia tidak mengulangi sejarah itu, bukan untuk kaum Yahudi saja, tetapi terhadap bangsa apapun. Kebetulan mereka berada di situ di industri filem. Maka untuk kamum Melayu yang kebetulan mendapat access kepada dana filem di Finas, kenapa tidak membikin filem-filem yang boleh membawa kita ke tahap pemikiran yang cerdik!
Saturday, January 3, 2009
Kesudahan Industri Perfileman Melayu, eh Malaysia!
Setiap ujung tahun, hampir kesemua surat khabar melakukan "stock take" tentang produk-produk yang telah dihasilkan, terutamanya di dalam bidang seni, samada industri filem, muzik ataupun teater, tetapi semuanya bersifat longgokan untuk memuatkannya di dalam ruang akhbar yang disediakan, kalau tidak editor tak lulus pulak, apalagi ruang untuk seni ni agak kurang,so kite terpaksa terima sajalah, yalah kalau bercerita tentang seni yang berotak ni kurang mendapat perhatian pembaca pulak. Ini sebenarnya apa yang dipanggil "Dumbing the Audience", memperbodohkan penonton atau menganggap penonton Malaysia atau pembaca suratkhabar bodoh, walaupun kerajaan sendiri telah ada 20 universiti umum dan 20 atau lebih universiti swasta. Seperti filem, kita selalu nak mementingkan produk yang bakal dijual, kita tidak mengambil langkah untuk mencerdikkan penonton, dah kata penonton bodoh. This is really a viscious cycle. Ada pulak intelek filem kononnya, yang mengatakan pelajar filem tak nak tengok filem, hah salah siapa, kalau cakap tak serupa bikin, masa mengajar bedegang-degang, tapi bila buat filem hanjing, tapi tak dengar komen. Lagipun selalu mengikut kata hati, senang dengan kata orang, tak nak buat pertimbangan sendiri yang seharusnya rasional. Itulah sebabnya banyak orang work with orang-orang yang boleh dipercayai atau yang menyebelahinya. Dalam beberapa kenyataan menyatakan yang ramai orang Malaysia cerdik pandai yang tak nak filem Malaysia, suka tengok filem Hollywood, atau import walaupun filem itu hancus. Sebenarnya banyak orang lupa yang filem itu adalah salah satu dari produk konsumerism, ianya adalah sebuah produk dari popular culture. Setiap dari kita yang mangaku menolak globalisation dan kapitalisma menggunakan produk2, jadi susahlah nak cerita. Jadi seperti membeli baju, ada baju untuk kerja, ada baju untuk bersukan, ada baju untuk majlis keramaian formal, ada yang casual, dan bermacam-macam, jadi samalah dengan filem, apalagi bila kita mempunyai perasaan yang berbeza-beza pada hari dan waktu yang berbeza. Filem seperti lagu juga dikatakan dipilih atas pilihan setiap pengguna. maka ada hari yang kita menonton filem yang paling bodoh, dan ada hari kita menonton filem patriotik dsb, Hollywood dibentuk seperti sebuah supermarket, apalagi kalau di Amerika, it's more like Hypermarket! Jadi sebelum melawan arus pasaran dunia, kita harus melihat di mana kita, dan untuk pasaran Malaysia juga kita harus mula melihat kajian demografik atau segmentation pasaran kita!
Subscribe to:
Posts (Atom)