Followers

Thursday, May 24, 2007

Suara Dunia Tari UMa




Suara Dunia Tari UMa

UMA adalah sebuah kumpulan seni tari kontemporari yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2007, manakala KESUMA yang ditubuhkan sejak tahun 1971 ini pula adalah sebuah kumpulan seni tari yang ditubuhkan oleh para pelajar sendiri di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan mempunyai begitu ramai alumni di seluruh negara. Di antara nama-nama yang pernah bersama KESUMA termasuklah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Di bawah visi dan kepimpinan Prof.Dr.Mohd Anis Mohd Nor sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, beliau telah berjaya mengumpulkan para pakar seni tari kontemporari di Malaysia dan Indonesia seperti Datin Marion D’Cruz dan Sukarji Sriman. Merekalah di antara yang menjadi tunggak Jabatan Seni Tari yang baru melancarkan program sarjana muda tari pada tahun 2005. Sebelumnya Jabatan Seni Tari di Universiti Malaya hanya menawarkan program pasca sarjana dalam seni tari.

Acara dua hari pada 4 dan 5 April lalu menampilkan persembahan tarian tradisional Malaysia dan nusantara pada malam pertama. Mereka menampilkan tarian asyik, inang, asli, tarian piring dari Sumatera Barat, Jaipongan dari Jawa Barat, tarian rakyat Sabah, tarian India dan Cina. Tarian-tarian ini dipersembahkan oleh KESUMA yang diwakili oleh pelajar-pelajar sarjana muda seni tari. Pelajar-pelajar sarjana ini bukan hanya mempelajari tarian-tarian rakyat dan klasik Melayu, tetapi juga tarian Cina, India, tarian rakyat Sarawak dan Sabah, Minang, Jawa, Sunda termasuk tarian ballet, moden dan kontemporari.

Pelajar-pelajar sarjana tari ini juga didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran muzik untuk tari seperti bermain gamelan. Ayub Ibrahim, pemenang anugerah komposisi terbaik dalam filem di Anugerah Berita Harian Popular 2006 menerusi lagu-lagu dari filem “Qaisy dan Laila”, menegaskan yang keputusan untuk bermain gamelan adalah keputusan pelajar-pelajar sendiri. Mungkin suatu masa nanti, sarjana-sarjana muda ini bukan hanya menari pada irama gamelan, tetapi sekali gus bermain gamelan dengan komposisi-komposisi baru untuk masyarakat urban abad ini.

Suara Tari, program tari kontemporari pada 5 April pula menampilkan kumpulan UMa Dance Company yang mempersembahkkan karya-karya koreografi seni tari pelajar-pelajar sarjana seni tari serta pengajarnya. Suara Tari menampilkan beberapa karya kontemporari seperti “In Different Spaca Again” oleh Junainah M.Lojong, “Suatu Ruang” oleh Hamid Chan, “ Battlefield” oleh Revathi, “That Time” oleh Leng Poh Gee, “Angin-angin” oleh Sukarji Sriman serta sebuah karya improvisasi yang menampilkan lima koreografer sebagai penari-penarinya.

Junainah M.Lojong dan Hamid Chan adalah dua koreografer yang pernah tampil dalam produksi LALAK terbitan Svarnabhumi Studio dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2005. Kedua-duanya juga adalah graduan diploma tari dari Akademi Seni Kebangsaan. Junainah, juga pernah berlakon dibawah pengarah teater alternatif Namron, dalam persembahan pertama “Laut Itu Lebih Indah” yang dinominasikan untuk Boh Cameronian Award 2006. Manakala Revathi pula banyak menghasilkan tulisan-tulisan tentang tari di suratkhabar Inggeris selain menjadi jurulatih tari persendirian.

Sukarji Sriman yang merangkap pengarah artistik Uma Dance Company mula bertugas di Pusat Kebudayaan sejak penubuhan program sarjana muda seni tari. Beliau yang sebelum ini mengajar di Institut Kesenian Jakarta sepulangnya dari pengajian sarjana tari di Smith College, Massachusset di Amerika Syarikat adalah di antara koreografer-koreografer terkenal di Indonesia, seangkatan dengan Boi Shakti, Tom Ibnur dan Martinus Miroto. Karya beliau “Circle of Bliss” pada tahun 1990 melonjaknaikkan nama beliau di Indonesia sebelum diundang ke Amerika Syarikat di American Dance Festival. Sukarji seterusnya terlibat dalam banyak acara dunia termasuk Triangle Art Programme pada tahun 1997 yang melibatkan residensi di tiga buah negara di Amerika Syarikat, Jepun dan Indonesia.

Sememangnya ini sudah menjadi taridisi yang mungkin diciptakan oleh para koreografer sebelumnya seperti Sardono Kesumo, Gusmiati Suid, Faridah Utoeyo dan Bagoeng di mana ramai para koregrafer tari kontemporari Indonesia mempersembahkan karya mereka di American Dance Festival dan disokong kuat oleh Asian Cultural Council. Inilah sesuatu yang jarang sekali berlaku kepada kita di Malaysia. Apakah penggiat tari kita di Malaysia lebih mementingkan diri sendiri? Mungkin kerana itulah Jakarta boleh menjadi gelanggang seni tari kontemporari terkenal di Asia Tenggara sehingga mengundang ramai peminat, pelajar dan peneliti tari kontemporari dari seluruh dunia sejak Martha Graham.

Karya tari Sukarji “Angin-angin” versi I pernah dipersembahkan di Sanggar Koreografi di Akademi Seni Kebangsaan pada tahun 2006, dan versi terbarunya pula akan dibawa ke Singapura untuk dipersembahkan di World Dance Alliance Conference pada Jun ini.

Pendekata, Uma Dance Company, sarjana muda dan sarjana tari ini sudahpun mengukirkan nama di bidangnya. Harap-harapnya sarjana-sarjana tari ini mampu mencipta nama di dalam industri kreatif Asia yang semakin mencabar dan mungkin lebih dari itu, mengorak langkah ke dunia seni di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya jabatan ini mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melahirkan penari dan koreografer berkaliber di abad 21, malah lebih dari itu, melahirkan para pemikir seni dan seniman dunia di Malaysia.

1 comment:

candra said...

Masih Binggung Cari BO Judi Slot yang Terpercaya? Ingin Kemenangan Cepat Cair ?

Di Di sinilah tempatnya Kasino88, Agen judi Slot dan Live Casino yang Aman dan Terpercaya. Proses Deposit dan Withdraw hanya dalam 2 menit. Semua Jenis Game Slot Terlengkap, dan hanya menggunakan 1 ID sudah bisa mainkan semua Games nya . Di Kasino88 lah Situs Paling Terekomendasi Banget Untuk Kalian !

Tersedia Juga berbagai Promo menarik :
- Bonus New Member 30%
- Bonus Next Deposit 10%
- Bonus DEPOSIT Slot Games 100%
- Bonus Cashback Up 10%
- Bonus Rollingan 0.8%
- Bonus Referral

Ayo buruan Tunggu apa lagi, Buruan Gabung Sekarang !!
Info : www.kasino88*.com (BINTANG DI HAPUS)
WA : +62822-9967-1032

slot online
judi online
live casino
judi bola
agen judi