Antara Kuala Lumpur dan New York
Pameran fotografi mercu tanda New York - Kuala Lumpur merupakan suatu permulaan yang bermakna kerana pembukaan semula ruangan Central Square, annex Central Market yang berwajah baru dengan fungsi yang baru. Pameran ini pameran julung kalinya di adakan di Annex Central Market, apalagi dengan sebuah lawatan pembukaan rasmi oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Christopher J.Lafleur.
Duta J.Lafleur yang pernah berkhidmat di Prancis, Jepun, Taiwan, dan menjadi direktor di pejabat kenegaraan untuk Vietnam, Laos dan Kemboja sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara contoh untuk masyarakat berbilang kaum dan Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya yang unik kerana masyarakatnya. Apabila ditanya tentang bangunan yang menarik yang perlu dilawati di Kuala Lumpur, beliau terus menyebut Masjid Jamek, yang dibina di zaman pemerintahan British di Jalan Tun Perak. Masjid Jamek tercipta dengan ciri-ciri senibina Islam dari Mogul, Al-Hambra di Cardoba serta ukiran-ukiran arabesque dan Melayu. Yang menariknya ia juga merupakan titik pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang.
“Apabila ada tamu kedutaan, saya akan membawa mereka melawat ke kuil Hindu dan tokong Cina dekat Petaling Street dan Masjid Jamek”. Sebenarnya ketiga-tiga titik itu berada dalam jarak yang agak dekat dengan Central Market yang berada ditengah-tengah.
Takkala menyentuh tentang New York, beliau yang merupakan anak jati New York, menyatakan yang Statue of Liberty adalah mercu tanda yang penting kerana ramai rakyat Amerika terutamanya penduduk New York yang dulunya pendatang dari pelbagai daerah di Itali, Prancis, Britain, German, Asia dan sebagainya. Mereka masuk melalui kawasan Statue of Liberty, dulunya pelabuhan masuk kapal-kapal. Dan apabila kerajaan Prancis menghadiahkan Statue Liberty kepada Amerika Syarikat, itulah tapak yang paling sesuai. Selain itu beliau menyebut Central Park, Grand Central Station, Empire State, Brooklyn Bridge serta bangunan Ford Foundation dan Rockefellar Center sebagai mercu tanda yang perlu dilawati apabila berkunjung ke New York.
Sejumlah 80 buah foto mertu tanda New York yang terpilih untuk pameran ini adalah di antara 1,100 mercu tanda yang telah mengalami proses pemuliharaan bangunan yang dibina di antara tahun 1640 hingga ke 1967 dari lima buah barough. Inilah bangunan-bangunan yang mengalami proses pemuliharaan sejak tahun 1965 hingga 2005. Fotografi yang ditanpilkan adalah wajah bangunan setelah mengalami proses pemuliharaan atau pengubahsuaian.
Barbaralee Diamonstein-Spielvogel, pegawai kebudayaan di Kedutaan Amerika Syarikat, menulis yang New York mengetuai kota-kota lain di Amerika di dalam pemuliharaan mercu tanda. New York juga mempunyai banyak bangunan yang begitu berbeza sifatnya, dari rekaan-rekaan moden kepada rekaan vernakular. Mungkin banyak bangunan-bangunan indah yang terlindung dipenglihatan, tetapi hakikatnya ia merekodkan sejarah kehidupan kita dan ia sudah menyentuh segala aspek kehidupan masyarakat. Tahun ini genap 40 tahun New York merayakan undang-undang pemuliharaan bangunan dan mercu tanda.
Kuala Lumpur pula menampilkan 51 buah karya fotografi yang berbeza sifatnya, kadangkala bertingkah dengan himpunan fotografi dari New York yang begitu jelas penumpuannya, fokusnya kabur walaupun ianya menarik untuk dinikmati. Ianya lebih bersifat sinikal tentang sebuah kehidupan di kota kosmopolitan ini. Mungkin kita tidak boleh menampilkan sejumlah foto setanding dengan foto-foto dari New York, tetapi saya pasti kita boleh menampilkan mercu tanda yang lebih bermakna buat Kuala Lumpur, dari tempat penyembahan, bangunan perniagaan, bangunan kerajaan, tempat awam, toko perniagaan serta rumah persendirian yang mempunyai sejarah dan hubungan yang erat dengan sejarah perkembangan sebuah bandaraya, yang dulunya dikatakan sebagai sebuah kawasan perlombongan.
Tentunya juga kita sudah ada kampung-kampung lama di Gombak dan Dato’ Keramat, tapi malangnya rumah-rumah Melayu yang diperbuat dari kayu, senang hancur dimakan anai-anai dan cuaca hujan panas yang garang berbanding dengan bangunan batu yang lebih gagah.
Akta Warisan Nasional juga baru saja diadakan, iaitu pada tahun 2006, pun begitu kita kehilangan sebuah lagi bangunan persendirian, Rumah Bok di Jalan Ampang. Walaupun menjadi keluarga penting di Kuala Lumpur kerana perniagaan kereta Mercedez bersama Cycle & Carriage, keluarga Bok berpindah keluar dari rumah asal keluarga. Rumah Bok akhirnya menjadi terkenal kerana restauran Le Coq Dors pada tahun 1960an hingga tahun 1980an dan tapaknya yang strategis di dalam kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Foto Rumah Bok hasil fotografi Azrul K.Abdullah adalah di antara foto-foto di dipamerkan dalam NYKL yang sedang berlangsung sehingga 11 Februari di The Annex@Central Market.

No comments:
Post a Comment