Dalam dua minggu ini aku bertuah kerana berpeluang menyaksikan dua buah teater, satunya "Ribut" arahan Rohani Yusouff, pengarah drama veteran yang sedang menyiapkan phdnya dalam pengajian Teater dan Ilmu Islam di UIA. Katanya teater ini adalah projek akhir pengijazahan untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya, Pengajian Teater di Pusat Kebudayaan, di mana seramai 5 pelajar dinilai termasuk Rosman, Ijat, Eliza, Juhara dan sorang lagi pelajar perempuan yang rupanya ada iras2 wajah Yasmin Ahmad(maaf ya tak tahu nama, lagipun aku cuma menonton pada malam full-dress rehearsal). Aku sebenarnya tertarik dengan karya ini yang mana karya asalnya adalah dari karya William Shakespeare.
The Tempest adalah sandiwara komedi atau roman karya William Shakespeare yang ditulis sekitar tahun 1610-1611. Mulanya tidak begitu diminati oleh orang-orang, namun pada abad keduapuluh sandiwara ini mendapat pujian dari para kritikus dan ahli, hingga disebut sebagai salah satu karya terbaik Shakespeare. Terjemahan ke dalam bahasa Indonesianyaberjudul Prahara dan dilakukan oleh Trisno Sumardjo. Sandiwara ini menceritakan tentang Prospero, Adipati Milan dan penyihir ulung yang digulingkan oleh lawannya akhirnya terdampar di pulau tidak berpenghuni. Angin ribut telah membawa musuh-musuhnya ke pantainya. Prospero menghadapi dilema yang sulit, apakah ia akan menggunakan kemampuan sihirnya untuk memperoleh kembali jabatannya, atau ia akan membalas dendam kepada musuhnya?
Watak-watak dalam The Tempest
- Prospero, Adipati Milan yang digulingkan
- Miranda, Putri Prospero
- Ariel, roh pelayan Prospero
- Caliban, pelayan Prospero, anak nenek sihir Sycorax
- Antonio, saudara Prospero dan Adipat Milan saat ini
- Alonso, Raja Naples
- Ferdinand, Pangeran Naples
- Sebastian, saudara Raja Alonso
- Stephano, Trinculo, para pelayan dan badut Raja Alonso
Apa yang menarik lagi tentang karya Ribut ini adalah adaptasinya yang menjadikannya sebuah teater yang bernafaskan atau berlabelakangkan kehidupan keluarga besar Cina. Tetapi sewaktu menonton aku tak tahu keluarga ni berada di Taiping atau di Taipei, mungkin kerana settingnya yang buat dalam aura kontemporari dengan sebuah gerbang merah yang agak simpel dan dibelakangnya dipaparkan tayangan slide - bunga berkembang yang mula dari kuncupnya serta awan gelap yang berarak sewaktu berlaku ribut besar. Dengarnya drama ini diadaptasi oleh Rohani Yusouff. Aku pernah terbaca Ribut terjemahan Shakespeare ini pernah dipentaskan di Taman Budaya Kuala Lumpur dalam suasana yang lebih dekat kepada Tempest yang asal. Tempest juga pernah dipentaskan di Lambang Sari keluaran Teater Kini kepunyaan Datin Sabera Shaik tidak berapa tahun lalu. Alangkan eloknya kalau kita melihat semuanya dan membuat suatu perbandingan agar dapat kita belajar sesuatu darinya. Apapun, apa yang dapat aku katakan tentang teater Ribut di ASWARA ini adalah penampilan pelakon-pelakon wanita yang hebat, bukan kerana semua pandai menangis, tapi kerana lakonan mereka boleh dirasakan, apalagi pakaian mereka yang lebih dekat dengan jiwa yang dilakonkan. Tapi apapun tahniah kepada pelajar-pelajar yang dinilai kerana mementaskan penilaian akhir mereka untuk tatapan umum, sayangnya kita tak boleh memberikan markah dari perspektif penonton. Tapi nanti banyak pulak kerja penilai nak mengira dan menghitung markah mereka. Selamat maju jaya dan terus berteater dan menghasilkan naskah-naskah baru serta adaptasi karya-karya nasional dan internasional.