Followers

Thursday, January 21, 2010

Perginya Seorang Karyawan Filem-TV-Pentas & Akedemik Filem, Anuar Nor Arai, selected writings from the net




Dr Nor Arai seorang karyawan dan juga pendidik yang lantang memperjuangkan karya filem seni, telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Selangor, 20 Januari 2010 pada pukul 5.25 petang di sisi isterinya Zahrah Ibrahim. Allahyarham yang dirawat di hospital berkenaan sejak lebih seminggu lalu, meninggal dunia akibat serangan jantung. Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas Zohor kelmarin 21 Januari 2010, sebuah kehilangan yang cukup besar kepada industri seni tanah air.

Kelantangannya memperjuangkan filem berkonsep seni selain mencetuskan semangat kebangkitan filem Malaysia dari sudut akademik sudah pasti akan terus dikenang.

Allahyarham pernah mencipta sejarah dalam dunia perfileman tanah air kerana mengarahkan filem dengan durasi terpanjang iaitu selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem. Bagaimanapun filem pertama dan terakhirnya itu yang diterbitkan oleh Universiti Malaya (UM) pada 1995 tidak pernah ditayangkan kepada umum. Filem Johnny Bikin Filem yang berdurasi selama lima jam merupakan filem pertama dan terakhir arahannya. Walaupun karyanya tidak pernah dipertontonkan kepada orang ramai, namun sudah pasti satu kejayaan bermakna buatnya apabila Johnny Bikin Filem mencipta rekod sebagai filem tempatan paling lama disiapkan layak untuk disenaraikan dalam pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 2008.

Johnny Bikin Filem memaparkan kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.Filem berdasarkan skrip, lakon layar dan arahan Anuar itu membariskan pelakon seperti Zack Idris, Erma Fatimah, Wafa Abdul Kadir, Datuk Jalaludin Hassan, Omar Rojik (Allahyarham) dan M Amin (Allahyarham). Kru produksi yang terbabit dalam filem ini ialah Meor Hashim Manap sebagai penyunting, Jamal Maarif (pengarah fotografi) dan Din Osman (penggubah skor muzik).

Allahyarham atau nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai adalah anak Malaysia pertama yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perfileman dari Universiti Southern California, Amerika Syarikat dan bertugas lebih 20 tahun sebagai pensyarah bidang perfileman di UM. Selain itu, beliau pernah bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan mengajar program filem di UNIMAS.

Anuar juga pernah mengarah beberapa teater termasuk teater terakhirnya berjudul, Ronggeng Rokiah yang dipentaskan di Istana Budaya. Walaupun Allahyarham lebih terkenal dalam bidang akademik, namun namanya bukanlah asing dalam genre drama pentas.
Naskah 'Tok Selampit' karya beliau adalah antara naskah drama yang sering dikaji selain drama Vakum dan Si Pemacak yang sering pula dijadikan drama untuk latihan oleh pelajar-pelajar.

Dalam kenyataan mstar.com.my dikatakan yang Allahyarham meninggalkan 76 buah skrip yang belum diterbitkan dan beliau teringin mengarah sebuah drama karya beliau iaitu ‘Matinya Seorang Sutradara’

While browsing on the net I found the writing of Muzaffar fromhttp://sultanmuzaffar.blogspot.com, written in 2004 and another from Patrick Lim from his blog in 2006.

"Telefilem Ronggeng Rokiah telah dibuat dengan rentak yang sengaja dilambatkan. Penumpuan kepada mise-en-scène filem ini jelas dapat kita perhatikan. Watak-watak yang ada diberikan tekstur melalui tata cahaya juga arahan seni untuk filem ini. Telefilem ini adalah sebuah filem "noir", sebuah genre yang cukup popular di Hollywood pada tahun 40-an dan 50-an dahulu. Saya dapati, Dr. Anuar Nor Arai mempunyai kecenderungan untuk membikin filem-filem genre ini. Pada tahun 1995, beliau telah membikin filem noir pertamanya, Johnny Bikin Filem yang sehingga kini tidak ditayangkan kepada penonton umum.

Selain dari menggunakan tata cahaya noir yang agak teliti, mise-en-shot filem ini juga unik. Filem ini juga menggunakan teknik "handheld shot" di mana kamera bergerak mengikut pergerakan pelakon. Pergerakan kamera ini mengingatkan saya kepada teknik yang digunakan dalam filem Perancis arahan Gaspar Noe yang bertajuk Irreversible. Sedikit sebanyak, teknik ini dapat menimbulkan perasaan klaustrophobia dalam diri watak juga penonton. Sering kali juga, watak-watak seperti ditindih ke satu sudut dalam siri bingkai (frame) untuk menampakkan keadaan mereka yang tersisih yang mempunyai semacam "psychological angst" yang tidak terluah.

Sememangnya filem ini kaya dengan semiotik. Lambang-lambang yang sebelum ini terwujud dalam Ronggeng Rokiah versi teater dipindahkan ke dalam filem, seperti pili bomba, coretan-coretan di dinding dan juga tari tango di antara Usman Players dan Rokiah Ronggeng di dalam bilik sempitnya itu.

Terdapat satu adegan dalam filem ini yang panjangnya 17 minit. Hassan Muthalib telah memberitahu kepada saya bahawa inilah adegan terpanjang tanpa henti dalam sejarah filem Melayu.

Telefilem Ronggeng Rokiah melawan arus. Filem ini merupakan wahana unjuran paradigma perfileman Malaysia yang mula kita dapat cium bau perubahannya. Apa yang jelas, telefilem Ronggeng Rokiah ini jika kita dalami, mempunyai persoalan-persoalan besar melalui subteknya. Tetapi, adakah penonton kita mahu mendalami subteks yang dikemukakan kepada mereka nanti?

............... Dr. Anuar Noor Arai cuba mendampak dialektik politik bangsa Melayu dekat 50-an? Atau setidak-tidaknya, filem ini sebenarnya merupakan satu sindiran Dr. Anuar Nor Arai tentang kemelut yang wujud dalam dunia perfileman Malaysia? "

Read more: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2004/04/telefilem-ronggeng-rokiah-kekaburan.html

http://patrickmovingimages.blogspot.com
"One can be quite intimidated with Dr. Anuar, as he is as straight a shooter as one can get. He is wise in his knowledge of films and philosophy and he is rightfully opinionated in a lot of matters concerning films.

Three years ago, Dr. Anuar invited me to be involved in his Istana Budaya production, RONGGENG ROKIAH. I was initially reluctant to be involved as this was to be a major national theatre production and I had never worked on a scale this big. Dr. asked me to be the assistant director and also later played the part of Jimmy Lee in the play. Imagine, playing a part which had one of the most memorable line in the play, in front of hundreds and the "what if" crops up. What if I fumble the line? I'll be laughed at by the audience and Dr. would never want to talk to me again. Oh... The play was in Bahasa Malaysia and frankly speaking, my Bahasa was and is still very rusty. I must say that I plowed through it by taking up the challenge in working with Dr. and also my fear of having hundreds of eyes prying into me. His directing method had a vague way to it but through the many rehearsals, the actors and I slowly found our way through the written text. He brought the film noir elements to the stage which he coined Noir On Stage, with shadows, silhouettes, femme fatale and lot of people smoking including yours truly and it became one of the most successful Istana Budaya productions.

We talked about everything from SEPET, BIG DURIAN, JOHN CASSAVETES, ZHANG YI MOU to AKIRA KUROSAWA. He talked about the new generation of filmmakers being more daring and psychologically stems from their mixed parentage. I found it to be an interesting reading into the new breed of filmmakers. I will remember that Dr. once said that the Malaysian soil is not rich enough for great films to be produced yet based on the historical context as he compared Malaysia's history to China's, Europe's or Indonesia's.

A few days ago I was at Dr.'s house to collect the John Cassavetes' documentary and we had another session of dialogue. He spoke about Li Yang's Blind Shaft being very fresh and had a youthful outlook in its approach".

Read More from http://patrickmovingimages.blogspot.com/2006/04/teh-tarik-with-dr-anuar-nor-arai.html



3 comments:

Aloy Paradoks said...

alfatihah.....
sayang,,,, hanya selepas ketiadaannya..

zubin said...

masudnya ini ditulis? ini hanyalah himpunan tulisan dari akhbar dan blogs, sebagai mengenang.

Break-a-Leg said...

Dr Nor Arai was my film lecturer back in my UM days.

Sad to hear that :(