Followers

Thursday, December 3, 2009

Karaoke Kutuk Filem Melayu Ke?

Apabila saya bertanyakan kepada seorang rakan, juri festival filem kecik, jawabnya "semua orang kuat ada dalam filem tu, mestilah best, terpilih kat Cannes lagi! Tapi nanti kita jumpa face-to-face untuk sembang panjang-panjang". Apabila ditanya kepada seorang ahli akademik, jawabnya "saya suka, nanti kita bincang". Tapi yang paling dekat dan terus menerus adalah apabila saya bertanya kepada kawan-kawan yang sama keluar menonton, ada seniman yang bermain dengan kanvas, teater dan shorts dan ada juga seorang pengarah muda yang baik tapi filemnya tak dibawa ke mana-mana(kesian!!!), ada juga beberapa lagi, tiga orang kawan-kawan yang duduk sebelah saya, dua darinya org luar, satu lelaki Perancis yang nampak mengantuk sambil penonton serta isterinya wanita Jepun yang entusiastik tak senang duduk berpusing kiri kanan sambil berbisik-bisik dengan lelaki Cina di sebelah saya, seorang seniman tari dan grafik. Oh total penonton pada hari itu adalah 15 orang. Kabarnya saudara Wahab Hamzah ada menonton sebelum waktu kita, kita tunggu kritikannya pula. Yang ini bukan kritikan, cuma ungkapan(hehehehehe). Sebelum ini saya ada juga diminta untuk mereviu filem ini oleh Co-Produsernya, Nandita Solomon, tapi saya tak nak, bukan hanya tak ada masa, takut juga saya tak suka filem tu, nanti tak ada orang nak tengok filem tu, kesian plak. Tapi saya tahu, kawan saya Sultan Muzaffar menolong mempromosikan filem Karaoke ni.

Oh nak tahu apa komen kawan-kawan yang sama menonton tu? Kata si seniman Melayu tu "babak buat karaoke tu babak nak mengutuk tahap filem-filem Melayu". Dalam hati dan kepalaku bertanya "betulke?". Menarik juga pandangan tu untuk diperbincangkan. Apa agaknya yang dimaksudkan, pakai tangkap muat? siapa ada kat situ boleh masuk main filem. Kalau begitulah gayanya golongan pembuat filem "mainstream" yang mendapat dana yang banyak dan popular akan sentiasa berperang dengan golongan "indie" yang kononnya lebih artistik dan susah nak dapat dana dan penonton serta publisiti dalam surat kabar Melayu. Tapi dalam filem papadom pun ada gurauan yang menyindir pembuat-pembuat filem lain, termasuk yang menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai tempat mencari dana dan penajaan, sedangkan filem Papadom sendiri pon begitu, Labu Labu!, biarlah Luncai Terjun Dengan Labu-labunya.

Filem ini memang menampilkan barisan pelakon-pelakon muda yang bersemangat seperti Hariry, yang begitu bersemangat sekali berlakon menjadi seorang bapa saudara, adik ipar, pembantu bar dan pekerja filem, begitu juga Mislina yang banyak tampil dalam banyak filem2 pendek termasuk filem2 Yasmin Ahmad, pilihan yang boleh mengaitkan kepada kejayaan filem-filem Yasmin seperti Mukhsin dan Talentime. Saya juga masih ingat lakonannya dalam teater "Otak Tak Centre" karya Haresh Sharma dari Singapura yang dipentaskan oleh Drama Lab beberapa tahun yang lalu, juga dalam filem pendek "Kopi Tiam Kurang Manis" karya pengarah muda Azri Abu Hassan. Asalnya, saya pun nakkan dia berlakon dalam teater saya "Selipar Jepun", tapi katanya dia kat Singapura masa tu. Biasalah orang tengah laku!!! Cakap pasal orang tengah laku, kedua-dua pelakon keluaran ASWARA Zahiril dan Amerul pun ada dalam ni. Mereka mula menempah nama dalam teater "Air-Con" tulisan Shanon Shah arahan Joe Kukatas dari ICT, dan teater tu bukan hanya menjadi favorite di KLPAC, juga memenangi anugerah Cameronian. Dan untuk Karaoke ni, Shanon Shah juga menjadi co-writer, jadi bolehlah menumpang glamor dan bakat dia. Dah tu Shanon juga yang membuat lagu-lagu dalam karaoke tu, yang dibuat seperti membuat lagu-lagu Melayu tangkap cintan tu begitu hambar pada pendengarannya. kalau tak salah si Shanon ni memenangi hadiah kat AIM, tapi dia tak jadi terkenal di tv dan radio, bisalah kat malaysia ni, nak popular kena tegap badannya. Shanon memang mempunyai suara yang baik, pandai bermain piano lagi. Kenapa agaknya dia buat lagu2 yang hambar untuk karaoke dalam filem Karaoke tu? Mungkin dia tak puas hati dengan industri muzik tanahair ni, nak buat macam mana kan? M.Nasir pun tak puas hati jugak dengan kehadiran lagu2 Indonesia, tapi dia tetap berkarya, termasuk berkarya dengan pemuzik hip-hop si Maleq yang berbakat tu. Apapun, lagu2 dan adegan2 membuat shooting karaoke dalam filem Karaoke tu melucukan dan kadang2 membuat saya ketawa, walaupun latar filem besarnya agak memurungkan, dengan warna-warna yang sebam, mungkin kerana nak dapatkan mood filem2 indie, atau memang tak cukup lampu sebab tak cukup bajet. Maka itulah saya nak tanya, boleh tak filem-filem indie dan arty ni dibuat dengan warna-warna yang lebih terang?

Saya melihat filem ini mempunyai gaya kamera dan legar yang berbeza; babak awal di dalam bar yang sibuk dan gelap yang menampilkan gelagat-gelagat manusia yang berbeza sambil mencari2 siapa watak yang sebenar, satu konsep yang menarik, kemudian gaya kamera yang berlegar dan terhenti yang lama pada satu2 tempat, dan satu lagi teknik kamera RTM dan Filem Negara. Bila sebut Filem Negara, teringat plak kat Pak Hassan Mutalib yang dulu pernah kerja kat Filem Negara, dialah yang buat filem animasi, "Sang Kancil dan Buaya", ingat lagi menonton masa kecik dalam rtm, masa tu mana ada saluran lain, kalau nak adalah dikir barat, wayang kulit dan mak yong. Skrang Pak Hassan dah jadi Sarjana Kehormat kat UITM(Tahniah untuk dia, skrang tak leh lagi dia komplen pasal orang2 ada degree yang tak sepandai dia!!!). Mungkin gaya kamera yang ketiga itu satu tribute untuk Sarjana Kehormat Hassan Mutalib yang banyak menulis tentang sejarah filem kat buku-buku filem juga yang pernah buat filem animasi Malaysia, Silat Lagenda.

Oh Sorry, back to this film, kata orang Perancis, kawan kawan saya tu "If this film is about boredom, it is a successful film, it made me bored". Saya pun tertarik juga dengan komentar dia. Mungkin itulah yang ingin dipaparkan, sebuah kebosanan terhadap vdo2 karaoke Melayu, but come to think of it, mungkin inilah peluang Shanon Shah dan Chris Chong(pengarah filem Karaoke ni) untuk memulakan perniagaan baru, vdo karaoke Malaysia (opps sorry, skrang dah tak pakai vdo, dvd). Tapi sayangnya industri muzik pun dah tak berapa nak idup kat Malaysia ni!

Bagi aku sendiri, aku tertanya-tanya sendiri, is it a good film? bagus sangatkah sampai terpilih masuk ke pengarah baru cannes film festival? atau kerana strategi yang licit oleh pembikinnya, mengambil Art Director berasal Sabah, I-Lan, mendapatkan sponsor Sabah Tourism, menjadikan Pierre Labuthe sebagai producer, orang Perancis yang menguruskan soal filem di Culture Centre, French Embassy, Bangkok, yang sebelum ini banyak terlibat dengan pengkarya-pengkarya filem art house Thailand seperti Apichatpung(eh, betul ke ejaannya). Bak kata orang putih, it is all about who you know. Seperti selalunya di dalam program2 tv ada mengatakan "Filem Kita Wajah Kita" (eh, itu slogan Finas yang lama kan? lupalah, banyak sangat slogan). Apapun, tepuk dada tanyalah selera, kalau dapat tonton filem ni tontonlah, tapi dah habis, cuma seminggu penanyangan kat GSC, kalau dah melepas, nasiblah, taklah rugi jugak.

Tup2 aku teringatla plak si Chris ni dulu penah cerita nak buat filem pasal pegi karaoke, inilah filemnya akhirnya.

Now, terasa nak pegi karaoke la pulak, katanya Red Box bagus, tapi kalau pegi melalak sorang2 boring juga, kalau pegi ramai2 berebut mike la plak!!!

2 comments:

kymberns said...

....................................................

saat omar said...

Aiseyman..rugi saya tak sempat tgk ah. nape tyg seminggu je? harap keluar DVD lah ek...

Yes Red Box lagi best haha...siap ada makan dan minum lagi. Red Box ikut kepala. KTV News ikut hour....