Followers

Friday, October 23, 2009

Jamu: Mari Berjamu

Jamu: Mari Berjamu
Jamu ni bukanlah satu perkataan yang jarang dipakai, apalagi di Kelantan, bukan hanya ditempat orang main wayang kulit, mak yong atau main peteri, tetapi juga di masjid atau di surau, selalunya macam kenduri gitulah, makan free kata orang. Di Aswara ni plak Jamu tu diambil oleh Joseph Gonzales, Dekan Tari yang sudah menjawat jawatan tersebut sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Jamu ini adalah program yang dibuat untuk guru-guru tarinya menampilkan hasil karya koreografi tarinya. Dua malam lepas katanya ramai peserta seminar Indonesia di UM katanya menonton, tetapi tersilap tanggap tajuknya "jamu" pikirnya sesuatu yang bersifat tradisional. Tapi tak tahulah apa pulak tanggapan mereka setelah menonton persembahan2 kontemporari tersebut.

Walaubagaimana pun smalam saya sempatlah menonton jamu tu dalam segala kekalutan yang saya hadapi semenjak beberapa hari ni, dengan 2 seminar yang terpaksa dihadiri di UM, bukan kerana paksa, tapi keinginan sendiri tertarik dengan sabjeknya, yang juga ada hubungkait dengan sabjek2 yang saya ngajar, seminar "Dunia Melayu dan Champa" di Jabatan Sejarah dgn kerjasama EFEO Prancis, dan seminar Media dan Budaya, Malaysia-Indonesia.Kebetulan plak kena present paper, saya beri tajuk "Mencari Pendekatan Baru Dalam Pengajian Budaya:Budaya Popular, Nusantara dan Antara-Budaya. Tapi nanti kita crita hak tu dalam tulisan lain. La ni nak crita pasal Jamu dulu, hah cakap Kedah plak!!!

Smalam tu sempatla nonton karya Wendy Rogers tu sikit, professor pelawat dari UCR California, USA. Aku pun sebenarnya pernah pegi interview untuk kerja kat situ, dibayar tiket kapal terbang dan segala, bershukur jgak pegi, walaupun aku tak dapat kerjanya, eh lupa cakap aku plak, takpalah, aku lebih serasi kot, lebih dekat dgn org, terutama kawan2 kat FB nih. Kita pakai aku, bukan bermaksud kurang ajar no?. Apa yang aku sempat tgk karya Wendy tu smalam, aku suka tentang komposisinya, lepas tu ada karya Seth, gunakan wayang lagi skali, mungkin ini kerana dia sedang berproses dengan wayang untuk Rama dan Sitanya, lepas tu ada Azi, cikgu silat kat aswara tu, anak murid che gu anuar wahab, allahyarham, mungkin pertama kali buat work sebagai koreografer untuk dipentaskan dalam kalangan kontemporari bersama-sama murid2 kelasnya, lepas tu ada karya Zamzuriah, yang mukanya klasik macam muka pelakon filem melayu zaman 50annya, ada juga karya Vincent dari Batu, batu mana tak tahulah, bahaya juga nama ni, Batu ni bukan Batu Road, nama lama untuk Jalan Tunku Abdul Rahman, dan kat singapura pun ada nama Jalan Batu Road dulu, skrang pun dah tukar jugak rasanya, dan juga Wong Kit Yaw, pensyarah tari cina yang suka pakai seluar sekerat lutut bila datang mengajar ke Aswara. Nanti nak komen satu2 karyanya, tapi malam ni nak tengok lagi karya2 lain, mungkin boleh kaut semua skali baru pi crita satu2 no!!!

Sabtu malam selepas balik dari aswara, aku tak leh tido, kena tulislah sikit apa yang ada dalam kepala supaya tak lupa. Bila ada kawan tanya "ada work siapa2 yang bagus?, aku macam, tergaru-garu kepala, tercari-cari yang mana paling bagus, tapi rasanya susah sikit kit nak cakap. Tapi bak kata seorang lagi kawan, lepas keluar dari dari ET, "ermmmm, macam tak ada yang mencapat tahap marker gitu, what I mean is, tak ada new marker". Tapi pelik jugakkan, sebab ada beberapa yang senior dalam tu, atau yang senior tu dah bosan. Tak tahulah. Tapi macamana dengan yang muda2 plak? Mungkin kita boleh tengok ada yang mengeluarkan spark2 sana sini, macam Aris, Suhaili, Shafirul dan Steve. Mungkin di situ ada sedikit harapan. Tapi apapun terima kasihlah kat joseph kerana mengadakan pesta Jamu ni selama dah beberapa tahun, cuma mungkin, pengisiannya kenalah berubah2 kot, tapi kalau nak buat semua chegu yang mengajar untuk buat work, tak boleh kata apalah. Tapi mungkin ada satu hal yang perlu difikirkan, bukan semua penari boleh jadi koreografer, bukan semua koreografer menjadi penari yang bagus, juga bukan semua che gu tu koreografer dan bukan semua koreografer tu boleh jadi che gu yang bagus. Pikir2lah.

Wendy, Wayang & Silap
Bila aku tanya sorang lagi kawan, yang bukan penari, tetapi isteri seorang seniman pentas, yang dah bertahun2 menonton tari lokal dan internasional, dia kata untuk set kedua ni dia bpaling suka yang pertama, iaitu karya Wendy Rogers. Sebenarnya aku suka work tu, it is the koreografi dan jiwanya yang berjalan, para penari begitu skali menarikan piece tersebut. Aku tertarik juga dengan piece Nasi Putih Aris kadir, tapi yang digunakan tu beras ke nasi, I like the first sequence of Ismadian and partner, tapi malangnya aku kena keluar plak dari ET sebab perut memulas2, ehem ehem, tst sajalah! Kebetulan plak masa tu ada sequence kedua yang kurang memberansangkan sikit, mungkin sebab aku tak suka dengan movementnya yang sedikit lari dengan bahagian awalnya, jiwa yang berbeza, juga genrenya, seperti gerudi gitu dan ada rasa penari pole dancer gitu. Anyway, lepas tu aku tak ada kat situ.Karya seterusnya Siapa oleh Seth yang mengambil gerak2 Jawa. Yang menariknya karya ini menandakan keberangkatannya dari karya terdahulu di DBKL serta Gemala. Mungkin penggunaan kelir dan kain2 gantungan tuh sudah lama diamalkan, sejak dari zaman Suasana, Siti Dewi Seri Rama, ia masih diamalkan, tapi mungkin ia masih ingin mengatakan soal wayang. Aku suka juga bila ada wayang orang yang memaki mask yang ada gigi yang bergerak2, tapi mungkin cara dia berpakaian terlalu mengikut pakaian di Jawa, ada beberapa soalan bermain dikepala sebenarnya, adakah pernah dia belajar tari Jawa, wayang orang dsb atau mungkin dia ada hubungan dengan Jawa di Johor, mungkin itulah yang perlu digali, takut nanti kita dikatakan masih terpengaruh dengan Jawa di Tanah Jawa, maka sudah tiba masanya melihat Jawa kita, terutamanya muziknya. Piece seterusnya adalah piece Silat, yang saya mempunyai masalah, seolah2 dalam piece ini ada isu guru dan anak murid, piece juga seperti ada menunjukkan gaya bermain senjata, agak akrobatik, begitu juga dengan gaya pakaian dan koreografi yang dibuat, apa sebenarnya yang ingin dikatakan. Maka itulah koreografer itu harus tahu bukan hanya ilmu tari, tetapi juga ilmu sinografi - pakaian, make-up, rambut, tetapi juga soal pentas, dan lampu. kelir putih dalam piece ini juga bermasalah, bukan apa, tapi kerana ia dibuat berulang kali dan dibuat sebelumnya. But it is a good start for Azi.

Cheong Sam & VDO
Sebenarnya jika dibandingkan dengan malam ini, piece Wong Kit Yaw tidaklah terlalu bermasalah, ya saya suka dengan editing vdonya, cuma, itukan vdo filem HK, kenapa tidak membikin sendiri gaya vdo sendiri tetapi yang original dari kita, bila lagi nak buat piece Cina Malaysia, dan bukan Cina Hong Kong. Sebenarnya menonton piece tersebut seperti menonton dua piece yang terpisah. kalau nak dikatakan Cheongsam yang mempunyai benang merah, salah tu, kerana cheongsam Maggie Chung dalam In Mood For Love tu begitu klasi, bukan nampak goddy, dengan warna yang ginjreng serta design yang nampak murahan, seperti perempuan2 tersebut adalah pelacur2 Cina, apa yang ditonjolkan mempunyai jiwa dan gaya yang jauh berbeza. Nasib baik kita tak international sangat, kalau tidak kena bayar royalty plak, tak mampu kita. Apabila cita pasal guna vdo untuk performance ni ada sedikit kesulitan, terutamanya di dalam work Joseph, kita langsung tak menonton karya tersebut, kerana vdo yang dipaparkan begitu kuat, walaupun kualiti vdo dalam karya wong kit yaw lebih baik editingnya. satu lagi, orng2 yang dipilih dalam vdo tu agak berkecamuk, ada merce cunningham, pina bausch, michael jackson, patrick swaze, anuar wahab, itu dah ok untuk tari, tapi tiba2 nak tunjuk yasmin plak, disini macam nak adakan isu lain, tapi langsung tak ada dalam tarinya, begitu juga dengan teo beng hock, mungkin ada nada2 nak berpolitik kiri plak, tapi apa yang nak dikatakan sebenarnya? sekali sekala piece tu nampak macam nak revisit "Wirama" yang dipentaskan di IB tahun 2004 tuh semasa Emas Sepuluh, cuma skrang pakai seluar dan warna putih, lebih suci gitu........

Comik & Raya Cina
Menonton karya Shuhaili sememangnya rasa dia nak buat komedi, penggunaan air dan kemak menarik, begitu juga dengan lagu2 p.ramlee, kerana orang malaysia anggap p.ramlee macam raja komedi, tetapi seperti ada keterasingan di dalam karya tersebut, belum mendapat keserasiannya belum bercantum kerjanya, juga mempunyai dua gaya tubuh tari yang berbeza, yang boleh dan menarik, tapi karyanya seperti janggal sedikit, walaupun ideanya menarik. begitu juga dengan karya Vincent yang ada unsur2 komedi, tetapi vincent lebih bersifat muzikal gayanya. kata kawan saya, estetiknya berbeza, dia seperti terpengaruh dengan siri tv korea. Tapi rata2 penari-penarinya bagus2, walaupun dalam karya yang tidak memberansangkan. Bercerita tentang cina, walaupun Shafirul seorang Melayu Sabah yang menghasilkan karyanya setelah ayahnya, dia mengambil jalan berbeza. sesekali karyanya tapak empat seperti menonton iklan tahun baru cina bebarapa tahun lalu, mungkin kerana seluar merahnya, ikat pinggangnya serta ikat kepalanya, walaupun memakai kain songket merah minang. gerak2nya menarik, begitu juga dengan koreografi, tetapi estetika busananya yang tidak memberansangkan, apalagi bila kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari dia.

Pondok dan Lagu
Rata2 banyak karya yang kuat bergantung pada lagu, malah ramai juga yang begitu bergantung pada lagu, terutamanya muzik live yang kadang2 over powering dan menenggelamkan para penari seperti karya Shuhaimi, Zamzuriah dan Gan Chih Peh, perlukan seorang pemain flute cina berada didepan2 dekat penonton dengan penampilannya yang tidak berapa kemas dan bersedia, kerana dia sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada penari. Karya tersebut oleh Chih Peh juga seperti telah beberapa kali saya menontonnya, bukan hanya dari dia sendiri pada minggu lalu di Lot 10, menggunakan timbunan baju2 yang sama, cuma isu yang berbeza. pernah di UM saya menonton karya Junainah Lojong, seorang koreografer kontemporari yang bagus yang telah hilang dari khalayak, juga seorang pengkarya dari Jerman sewaktu saya berkunjung ke Stuggart untuk menonton Tanztheatre 2006. Cuma kali ini ditambah sofa merah yang menarik perhatian, dan gerak2 yang menarik kerana risau tentang usia yang semakin meningkat menjadi 40 tahun, usia yang sulit untuk seorang penari. Apapun shabas kerana masih mampu menari sendiri karyanya.

Pondok menjadi fokus utama dalam karya Zamzuriah, begitu juga dengan timbunan, teringatkan karya Api Dalam Sekam karya Gumarang Sakti beberapa tahun lalu di Jakarta. Pandai Zamzuriah memilih penari yang baik, cuma tarian untuk wanitanya seolah2 mempunyai genre yang berbeza dari gaya tarian lelaki, cuma kemudiannya berubah menjadi lebih kontemporari, wanitanya kelihatan lebih tradisional, tetapi ada beberapa hal yang problematik seperti percakapan2 yang perlu disusun agar lebih baik, manakala lagu2 nya juga agak meneggelamkan tari, ye benar ada tari yang menjadikan fokus utama, itulah juga yang terjadi kepada karya Shuhaimi, sepertinya ada masalah di dalam longgokan pemain muzik, iaitu masalah sinografi yang melahirkan dua benda yang bercanggah antara penari2 dan pemuzik, sayang pemuzik2nya tidak disuruh menari, kerana mereka sebenernya penari, atau sekurang-kurangnya bergerak mengambil ruang2 yang tidak digunakan dengan sepenuhnya oleh tiga penari wanita. Saya mengerti apa yang shuhaimi ingin katakan, mencari gerak2 baru dalam tarian tradisional sabah dan sarawak, itulah perlu adanya dramaturg serta sinografi.

Karya terakhir adalah karya Steve Goh yang banyak menggunakan tubuh sepenuhnya, begitu crispy dengan muzik dan busana yang baik dan momen2 yang baik, para penari juga memberikan sepenuh perhatian kepada koreografi membuatkan kita terus melihat setiap pergerakan, solo dan duetnya. Syabas Steve, semuga terus berkarya menghasilkan karya2 yang original. Syabas semuanya, terutamanya para penari yang kuat berkerja dan bertungkus lumus menjayakan Jamu.



2 comments:

zubin said...

sebenarnya komentar ini adalah hanya untuk pemikiran saya saja secara santai2. Mungkin boleh dikupas lagi secara lebih akademik. Itu adalah yang terdaya dibuat pada malam yang sama selepas persembahan.

zubin said...

Tulisan ini memang dibuat mengikut rasa pada ketika itu dan tidak diedit2 lagi selepas tu. Tiba2 hari ini Datin Marion D'Cruz kata aku evil, aku macam terkebil2, tak paham, tapi tak reti nak jawab, bila diserang ditengah beberapa kawan, aku tahulah aku memang evil, hahahahah, esp bila dianiaya orang2 tertentu. Dalam artikel ini juga ada gaya bahasa yang bebezam tak beredit, cuba meniru gaya anak muda menulis blog.