Followers

Monday, October 5, 2009

Kolaj Post-Mortem Dialog Blog+Book=Blook@FACT Puncak Perdana

From the album: 
"Lots Of Love" by Jaja Kadir
Jemput Hadir Malam Diskusi TENTANG BLOOK
anda juga blogger bukan?
mari meriahkan...!

PANEL : DR ZUL, VOVIAN & AJAMI HASHIM

MODERATOR - VITAMINISME (FASYALI)

Ingat nak buat ulasan lepas Post-Dialog, tapi mata dah ngantuk, tidur dululah

Terima kasih UITM FACT kerana menjemput saya sebagai salah seorang pembicara, tahniah Fasyali kerana menjadi moderator yang baik, yang pandai membuka bicara, serta membiarkan kami2 berbicara dan seterusnya pandai masuk balik bila kami tersasar ke atau membawa kami balik ke arah tuju utama dan membiarkan kami mencelah2 bila perlu. Itulah moderator yang baik. Tapi ingat bila anda jadi Professor nanti awak nak jadi Oprah pulak bila ada acara semacam ini. Kalau awak memang menjadi pengacara tv takpelah hehehehehe.
Rasanya topik yang dibicarakan memang menarik dan memangil orang yang kena dengan topik terutamanya Ajami dan Vovin, yang memang bloggers, saya ni bukan blogger hanya sekadar ada blog. Tapi perbincangan tersebut menghasilkan perbincangan yang menari dan saya merasakan diri saya sebagai pemerhati yang ikut hadir, especially bila saya juga sedang mengajar subjek "Cultural Studies" yang sedang hangat diajar di Barat, mungkin ini masih baru di Malaysia. Kalau kat Indonesia dah melambak2 buku tentang ini. Saya tahu satu kumpulan anak muda yang aktif ber NGO dengan wacana dan buku di Jogja, namanya Kunci Budaya, mungkin mereka juga ada hubungan ilmiah dengan USD yang juga ramai pensyarah Cultural Studies. Ada antara kita di Malaysia yang salah tafsir Cultural Studies di Malaysia, terutama Golongan Akademik Dinasur yang ketinggalan sedikit, tak seperti Allahyarham Prof Syed Hussin Al Attas yang begitu up to date dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat sehingga akhir hayatnya. Nama beliau juga hadir dalam persada akademik dunia, bukan setakat Malaysia. Itlah yang kita nak ikut jejaknya.
Sambungan.......................


Now ada beberapa hal yang saya terfikir:

1. Ruang yang disediakan begitu baik kerana lebih terbuka, saya pasti En.Norman ada campur tangan sebagi ketua program, alhamdulillah, ruang yang boleh bebas berkomunikasi. untuk kita yang bercakap pulak, eloknya rasa macam tak ada sekatan, lagipun waktu malam yang jauh dari manusia lain, tidak jauh dari situ pun ada orang boleh bom orang sampai berkecai dan kemudiannya terkenal tempat tu sebagai Mongolian Barbeque Centre.........bak kata Fadz ada demokrasi, kalau bahasa saya ada democratisation of space

2. again, moderator yang tak overated dan terbuka bukan nak menunjuk dia lebih pandai dari panel, kalau tak moderator jelah yang bercakap, tapi sebenarnya moderator boleh juga buat kesimpulan2 atau mengumpul ungkapan2, kalau nak lah, but that was fine...

3. an after thought--------kadang2 excursion juga boleh membawa kita ke satu daerah lain yang mengindahkan, munkin ini merujuk kepada komen Vitaminse

4.saya juga belajar yang orang yang ada blog itu tidak semestinya blogger, mungkin perlu ada satu buku "Bagaimana menjadi Blogger Di Malaysia?", laku tak kalau saya buat buku ini, saya jadikan satu penyelidikan saya, mana tahu mungkin boleh jadi kaya macam jutawan tu yang menulis bagaimana menjadi jutawan?

5. akan saya lanjutkan perbualan ini menjadi topik perbincangan dalam kuliah Cultural Studies saya kat Aswara....talking about Pop Culture, kebetulan saya baru saja menyentuk topik tu minggu lalu.......

Gambar2 diambil dari www.tontonfilem.blogspot.com, www.ajamihashim.blogspot.com dan gambar yang ajami cilok dari vovin........


7 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih kerana sudi hadir

Fasyali Fadzly said...

terima kasih kerana sudi hadir..

fadz said...

Dr. mmg hebat!

mapieceofart said...

thanx for coming, dr... =)

Anonymous said...

eh eh, siap boleh besambung lagi?
cpt DR.Zul!cepat!:D

wahdi said...

OMG the poster is so Pathetic :(

kekure said...

Doc,
ulas la sikit pasal Cultural Studies and Pop Culture kat blog ni