Followers

Saturday, August 15, 2009

Tiga Budak Melayu Sesat Jalan

Beberapa bulan lalu saya dengar yang Uitm dah menyiapkan sebuah filem feature berjudul "3 Budak Melayu". Salah satu lagi sebab kenapa saya nak tengok filem tersebut adalah kerana penulis lakonlayarnya, Hatta Azad Khan(saya lebih suka memanggilnya begitu daripada memanggilnya sebagai seorang Professor Dr, kerana beliau ingin bekerja sebagai seorang seniman bukan sebagai seorang professor filem). Bukan apa, beliau baru juga menayangkan filem terbarunya Wayang setelah lebih sepuluh tahun tidak membuat filem setelah Mat Som. Sebagai penggiat teater, saya begitu tertarik dengan karya-karya pentasnya seperti Jebat, Kerusi dan Mayat yang dihasilkan di akhir tahun 1970an, di zaman kemeriahan karya-karya teater kontemporari yang menghidangkan karya alternatif.

Ok ok, apapun skrang ni bukannya nak cite pasal penulisan-penulisannya yang lalu, tetapi tentang  filem "Tiga Budak Melayu: Sebuah filem Malaysia". Saya bertuah kerana mendapat copy dvd filem ini, filem terbitan UITM: FACT, honour showcase 2009 arahan Faizal Lockman Hakim atau Mamu Hakim. Saya tak tahu samada filem ini dah masuk ke mana-mana pertandingan di Malaysia atau di luar negeri. Kalau dah ada masuk dan memenangi apa-apa tahniahlah. Saya ni plak bukannya seorang pengajar pembuatan filem atau teori pengajian filem atau pembuat atau produser, tetapi hanyalah seorang penonton dan peminat filem Melayu yang suka mengamat keunikan filem kita. Tapi maaflah kalau bahasa saya tidak memenuhi citarasa sastera tinggi kerana dulu saya sekolah Melayu dan bila masuk ke ITM pada tahun 1982 semua matapelajaran diajarkan di dalam Bahasa Inggeris kecuali Agama Islam. Itulah kebaikannya berada di Zaman Mahathir, skrang ni dah berneza lagi zamannya, Zaman Najib. Pembuatan filem serta topik-topik filem juga sudah berubah sejak zaman peralihan dari Zaman Mahathir ke Zaman Abdullah dan kini Zaman Najib. Dunia juga sudah berubah, kita sudah berada di Zaman Global, Zaman Teknologi Maklumat, the Third Millenium. Gaya penceritaan dan gaya kamera juga sudah banyak berubah.

Tidak dapat tidak filem ini sememangnya terkait dengan politik yang sedang melanda negara, terutamanya ketika Malaysia sedang melanda suatu krisis baru, iaitu krisis etnik bangsa Malaysia, semasa Malaysia sedang bertukar arah mencari perdana menterinya yang baru, krisis persoalan siapakan masyarakat pribumi, siapa melayu dan siapa rakyat Malaysia yang perlu mendapat haknya. Sehinggakan pelajar-pelajar Uitm tergerak untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran, iaitu seramai 5000 orang pada bulan Ogos 2008 yang menuntut bahawa Uitm hanyalah untuk bumiputera apabila isu itu dijolok oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor(PKR). Sekurang-kurangnya pelajar sudah mula berfikir kembali setelah lama mendiamkan diri atau didiamkan oleh Akta Universiti, yang mengakibatkan masalah graduan tidak berfikir, tetapi hanyalah semata-mata graduan untuk mendapat kelulusan di dalam bidangnya, sesuatu yang sangat menyedihkan!

Kerana itulah tajuk filem "Tiga Budang Melayu" menarik perhatian saya, kerana berfikir yang pelajar Uitm sudah mula berfikir kembali. Permulaan filem itu agak menarik dengan statemen2 tentang masalah pelajar Melayu dan golongan muda Melayu, yang dikatakan malas, lembab dan hodoh. Tetapi ternyata rujukan-rujukan yang dinyatakan bukannya tertumpu kepada 3 budak melayu yang menjadi tumpuan utama, sebaliknya merujuk kepada pelajar2 di dalam kelas 3 budak Melayu. Dari situ mungkin boleh dikatakan yang 3 budak Melayu yang menjadi fokus adalah pelajar-pelajar yang pintar, cepat dan cantik. Tetapi sebenarnya bukan itu yang terjadi. Filem ini bukanlah menceritakan tentang kebodohan, kemalasan, kelembapan dan kehodohan mereka. Filem ini juga bukan menonjolkan kelainan di dalam pembentukan identiti bangsa Melayu, samada mereka datang dari Utara, Selatan, Timur, Tengah di Tanah Melayu(Semenanjung Malaysia) atau Malaysia Timur(Borneo). Filem ini juga bukan bercerita tentang budaya Melayu yang berbeza, kampung versus bandar, dan bukan juga tentang keturunan yang berbeza, yang mempunyai darah India, darah Cina, darah Siam, atau darah Indonesia. Filem ini juga bukan menceritakan 3 budak Melayu yang membuat approach yang berbeza di dalam pembikinan filem, samada dari segi estetikanya ataupun pembiayaan filem mereka. Tetapi filem ini menceritakan 3 budak melayu yang ingin menyiapkan projek akhirnya, tetapi bukan juga menceritakan bagaimana ingin menyiapkan filem tersebut dari segi cerita atau estetikanya, tetapi tentang macamana nak membeli sebuah kamera. Kenapa tidak nyatakan di dalam judulnya, seperti "kamera" atau judul seperti "Saiful Nak Bikin Filem". Opps! maaf, nampakya judul itu kurang original kerana sudah ada yang pakai "Johnny Bikin Filem" wlaupun filemnya belum masuk2 lagi ke pawagam sejak tahun 1995.

Saya melihat filem ini seperti terlalu banyak masalah yang dihadapi, dari skrip dan ceritanya yang sudah keluar tajuk, teknik kameranya yang outdated, yang kelihatan seperti format sebuah drama tv tempatan, make-up yang melampau, terutamanya untuk lelaki, sound yang teruk, lagu yang terpotong-potong dan melompat-lompat dari satu adegan ke satu adegan yang lain, serta lakonan yang begitu mendatar yang langsung tidak melahirkan sesuatu ekspresi dalam lakonan. Ternyata pengambilan pelakon tambahan seperti Zaidi Omar, Liza Othman dan Radhi Khalid membuang masa mereka, terutamanya jika mereka tidak dibayar. Saya rasa untuk lakonan dan penampilan sedemikian rupa filem ini tidak perlu mengambil mereka. Lakonan Umi Kalsom(pensyarah Uitm) sudah mencukupi untuk tugas tersebut, maka tak perlulah memakai star-star dalam lakonan.

Saya juga menjadi agak bosan dan marah sikit dengan lawak-lawak bodoh yang ditampilkan seperti menjadi orang buta untuk membuat duit, seolah-olah menghina kaum buta yang mencari makan dengan cara tersebut. It's about time we move on from these kinds of jokes, supaya fikiran Melayu semakin maju. Kadangkala saya melihat luahan-luahan rasa tidak puas hati penulis lakonlayar di dalam filem ini yang membuat komentar tentang filem-filem Melayu di Malaysia, seperti filem-filem komedi Razak Mohiddin yang menjadi box office di pawagam, atau filem Mamat Khalid yang memenangi anugerah di festival filem malaysia dan mendapat anugerah di festival luar negara. Saya rasa seseorang pengarah filem atau penulis lakon layar yang ikhlas tidak harus memikirkan tentang di mana pasarannya atau seperti kata pepatah "Don't Count the Chicken Before They Are Hatched". Seorang penulis lakon layar atau pengarah filem harus menulis atau membuat filem tentang sesuatu yang dekat dengan dirinya agar lebih committed dan yakin. Apalagi apabila membuat sebuah filem untuk projek akhir pelajar. Saya sendiri tertarik dengan projek akhir Rudy Soejarwo "Bintang Jatuh" yang kemudiannya disambar produser filem Mira Lesmana dan Riri Reza untuk mengarah filem "Ada Apa Dengan Cinta" yang menukar arah industri filem Indonesia di tahun 2000.

Setelah menonton filem ini, saya berfikir panjang, dan bertanya apakah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar filem masa kini, kerana saya merasakan yang pengarah filem ini seperti menjadi hilang punca, bermula dari tajuk yang berbeza dan kemudiannya berjalan menyimpang-yimpang ke arah yang merata-rata dan kemudiannya berakhir dengan sesuatu yang jauh berbeza lagi. Saya juga bertanya kenapa tidak tiga budak melayu itu membuat filem-filem pendek yang berbeza tetapi digabungkan dalam satu filem dengan topik awal yang sama atau tiga orang watak yang berbeza yang akhirnya bertemu dan bersatu dalam satu cerita. tentunya pelajar-pelajar ini sudah banyak menonton filem-filem, samada filem Hollywood, Bollywood, Kollywood, Hong Kong, Korea atau Mollywood, yang merujuk kepada filem Melayu Studio Jalan Ampas, Ulu Kelang, P.Ramlee, Romai Noor, Jins Samsuddin, Rahim Razali, Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, Khabir Batia, Amir Muhamad, James Lee, Tan Chui Mui, Woo Min Jin, Depak Kumaran atau filem siapapun.

Sebagai pengarah filem yang cerdik, seharusnya beliau sudah pandai mendekonstruksikan skrip/ lakon layar/ cerita dengan menggunakan teknik-teknik penceritaan yang berbeza. Pengarah haruslah belajar menjadi keras dan tidak terpengaruh dengan penulis lakon layar, produser atau penonton. Itulah pengarah yang berjaya menegakkan karyanya. Kerana menjadi seorang pengarah filem yang baik bukanlah sekadar memiliki sebuah kamera!!!

12 comments:

amer zaman said...

apakah ini sebuah lagi eksperimental dari hatta azad khan?

Dari segi estetik filem ini sebagai filem, hanya dalam 20 minit pertama,
saya kira.

saat omar said...

haha Dr Zul...

Tapi kalau ada kekurangannya, itu disebabkan kerana nak menangani skrip yang dituliskan oleh Boss sendiri bukan kerja yang mudah...
Ibarat menarik benang dari tepung, benang tak boleh putus, tepung tak boleh berselerak...begitulah kira-kiranya hehe...Ada perasaan berhati2 dalam melaksanakan projek ini dan itu mungkin menyekat sedikit kreativiti mereka kot....kot.

http://demimasa2.blogspot.com/2009/05/3-budak-melayu.html

Ni review yang dulu...

Actually ianya satu percubaan yang berani juga. Terutama bila meletak nama Bangsa sebagai tajuk cerita..

zubin said...

Terima kasih Amer dan Saat. Saya tertarik dengan komen Amer tentang eksperimental, tetapi bagi saya seorang penonton, experimental itu bukan hanya bereksperimental untuk mencari kamera atau mencari wang untuk membeli kamera, tetapi juga gaya lakonan, gaya berbahasa, serta gaya kamera dipacak dan efeknya, gaya penceritaan, termasuk editing, banyak rasanya yang hendak dan boleh dieksperimenkan.

Saya juga setuju kata Saat tentang "Menarik Rambut Dari Tepung", apakah di dalam pendidikan juga harus ada monopoli dan nepotism, imperialism dan penjajahan, termasuk penjajahan minda murid-murid. Apakah seharusnya skrip untuk projek showcase ini ditangani oleh pensyarahnya, siapa yang showcase. Itu dari satu sudut, dari sudut lain pula, showcase itu merujuk kepada pembuatan dan pengarahan filem, bukan penulisan skrip.

Tetapi apabila saya merujuk kepada seorang pengarah filem yang pernah memenangi anugerah, beliau berpendapat yang pelajar harus menangani segala urusan filem bermula dari mencari cerita dan pembentukan skripnya, lakon layar. Dan seseorang guru tidak harus mahukan anak2 muridnya menjadi seperti dia, tetapi sebaliknya membuka ilmu untuk menjadi lebih luas dan diinterpretasi dengan lebih bebas. Sebenarnya itulah yang saya katakan, pengarah yang bijak harus boleh menrekonstruksikan atau mendekonstruksikan sesebuah naskah, tergantung gaya dan caranya yang tersendiri.

bin filem said...

"tiada filem yang hampeh, cuma pengarah filem yang hampeh." - Truffaut

*bukannya penulis lakon layar ya.

TRuE-ffatt_84 said...
This comment has been removed by the author.
fadz said...

Hatta patut belajar sesuatu dari Diary of the Dead arahan Romero.

Di dalam filem dalam filem dalam filem itu, seorang pelajar filem sedang membikin filem seram, di mana dia dibimbing oleh dekannya. Dekannya yang banyak merokok dan minum wiski yang bergerak diam dan mengalun baik dan benarnya filem, tanpa benar-benar mengganggu pembikin itu melakukan "craft"nya: tenaga pengajar hanya untuk mengajar dan itu saja. Malah, sampai ke akhir, dekan itu menyokong tindakan anak muridnya merakam dokumentari "realiti" sekali gus mengecamnya kerana "terlalu involve". Sehingga pembikin itu mati dibaham zombi: ciptaan estetika atau keindahan hanya boleh dirakam, bukan diperintah.

julie said...

to dr zul:

thanks untuk kata2 anda...yup saya salah seorang crew yg terlibat. memang benar apa yg anda katakan...

setuju juga dengan kata2 en saad...
kadang-kadang kita sebagai seorang pelajar dan IPTA terutamanya...kreativiti itu terbatas, dengan masa yg diperuntukkan, budget yg sanggat minimal, terikat dengan skrip yg diterima, mengejar dateline, mengejar markah yg akan diperolehi, bekerja dengan ahli produksi yg ramai tetapi amatur, dan banyak lg masalah....

jalan cerita mengikut kehendak penulis skrip, dan sedikit perubahan lakon layar oleh pengarah yang masih lagi belajar.....

ye kreativiti kami mmg tersekat dan sekurang2nya kami berjaya menyiapkan filem ini walaupun hasilnya tidak memuaskan bagi beberapa pihak....

terima kasih kerana berkongsi pendapat dan hope pendapat anda diambil kira oleh beberapa pihak lain dalam menghasilkan karya mereka pada masa hadapan......

sekurang2nya teguran ini sangat berguna bagi kami dimasa hadapan.....

zubin said...

Dear Julie dan org yang terlibat dalam filem itu:
Seperti saya katakan, saya bukan seorang pengajar filem teori atau pengajar teknik pembuatan filem, tetapi cuma seorang yang suka menonton filem, apa lagi filem Malaysia dan nusantara. Anda semua tidak harus mengatakan yang "sekurang-kurangnya" filem itu siap" kerana tugas anda bukan hanya untuk menyiapkan dan seharusnya anda harus menyiapkan kera adalah yang telah ditugaskan dan itu adalah tanggungjawab anda sebagai student untuk mendapat markah untuk subjek tersebut. Itu namanya melapaskan batuk ditangga. Anda harus sedar, duit yang ada guna di utim itu adalah duit rakyat Malaysia, para pembayar cukai. So gunalah dengan sebagus mungkin.

TRuE-ffatt_84 said...

"sebagus mungkin" tu apa Zubin? saje tanye. apa yg tak bagusnya?

Md Indera said...

Masalah utama adalah skripnya yang hampeh... Filem 3 Budak Melayu ini adalah karya 'dangkal' yang mempersenda figur-figur yang berada di Fakulti... Itu sahaja.

Sebelum filem adalah skrip. Kalau skripnya sudah sesat, visualnya pasti akan lebih tersesat...

Kasihan Mamu. Kasihan Hatta. Dan lebih kasihan adalah pelajar-pelajar TEKA.

JHaZKiTaRo said...

good one.. salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. :)

zubin said...

Apakah Melayu2 itu masih terbelenggu dibawah penjajah? Masih malas dah masih tergolong sebagai "The lazy Natives"? Guna wang rakyat sebaik mungkin adalah menyumbangkan hasil seni kepada bangsa dan pelajar lain di Malaysia