Pertama kali aku ke Makam Mahsuri(sebelum pembinaan Kompleks Makam Mahsuri)pada tahun 1986 bersama staff Lembaga kemajuan Ikan Malaysia atau Majuikan(kelas tak nama tu, Majuikan, kita boleh memajukan ikan, bukan nelayannya!!!). Mesti orang pelik dengar aku kerja kat Majuikan, memanglah akukan asalnya graduan Diploma in Accountancy, selepas setahun lebih buat macam2 dalam kegawatan ekonomi di tahun 1985 dari jadi tukang buat akaun kat syarikat saudara, juruaudit dalam kat Kota Bharu dan peniaga stall menjual wau bulan, batik sarong di central market kat depan AP Gallery milik Allahyarham Rahime Harun dan Zarina Ariffin. Tapi aku ingat lagi Pengarah ITM Datuk Nik Rashid puji semangat Melayu yang buat keje sendiri bila tak dapat kerja, maklumlah kat ITM buat MEDEC keusahawanan, alah keluarga aku pun orang2 berniaga juga. Eh, lupa, ni cerita Mahsuri!!! Masa tu pegi ke Langkawi, masih kosong, masih tak ada apa, makamnya cuma makam marmar saja, pagarpun tak ada cuma (Marmar Langkawi) yang dibina oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman, yang kebetulan orang Kedah. Tapi kemudiannya ada dikatakan yang makam Mahsuri yang sebenarnya ada di Ulu Melaka, tidak jauh dari makam sekarang, kalau berjalan tengah bendang padi. Sempatlah jugak aku pegi Ayer Hangat serta Beras Terbakar, Pekan Kuah lainnya kita bermain kat Pantai Cenang dan Pasir Hitam, masa tu Pelangi Beach Resort pun belum ada lagi, cuma ada satu chalet yang diusahakan oleh orang Melayu, best sangat pantainya takada orang kat situ. Aku kembali lagi ke Langkawi pada tahun 1989, kali ini dengan sekumpulan akitek serta landscape akitek yang mendapat projek dan ditugaskan untuk membuat landscape Pelangi Beach Resort, iaitu Malik Lip & Associates. Akitek yang sama juga ditugaskan untuk membuat Makam Mahsuri. Aku kebetulan bersedara dengan akitek utama tu, Nik Malik, orang Kelantan, yang kebetulan, juga seorang penggiat tari bersama Suasana Cultural Centre(www.azanin.net). Yang menariknya, aku melihat bagaimana sebuah makan kecil dibina dan perbesarkan menjadi sebuah kompleks pelancongan. Daripada membina sebuah rumah orang Melayu orang Langkawi, yang dibeli dari sebuah kampung di Langkawi, mungkin Kampung Chenang dan kemudiannya dipindahkan ke Ulu Melaka. Yang uniknya, rumah-rumah orang Langkawi ini ada rupa rumah Melaka. Ini juga sesuatu yang perlu dikaji, mungkin telah ada kajian sedemikian rupa. Kalau tak salah Tun Perak pernah tinggal lama di Kedah, tapi tak tahulah kenapa, nanti kene check buku sejarah. Mereka juga membina rumah padi, tempat simpat alat-alat membuat padi serta sebuah telaga yang memang sudah lama ada di situ, tetapi dilandskapkan dengan cantik. Makam juga dibina lebih besar dengan pagola-pagola yang melingkari keliling makam serta ditanam tujuh jenis bunga haruman putih seperti melur, cempaka, susun kelapa dsb. Dibina sebuah pintu gerbang yang canti sebelum masuk ke makam tersebut. Sekarang ini aku tengok bentuk senibina tersebut seperti yang ada di istana-istana di kelantan atau Pantai Timur. Walaupun ada juga berkunjung ke Langkawi lepas tu, tapi aku dah lama tak ke Makam Mahsuri. Ada juga aku kerja di sana musim cuti ITM, membantu mengurus butik di Jeti Kuah dan Pulau Brasbasah. Lepas tu ada plak satu kawan ni buat Rumah Melaka di Kampung Chenang dan kemudiannya membuka sebuah restoran Prancis-Jerman. Mungkin masanya untuk kembali melawat ke makam Mahsuri, untuk melihat
pembinaan semula sejarah.
Mahsuri pada dulunya dikatakan sebagai sebuah lagenda, tapi bisalah orang Melayu ni dah suka menulis, jadi kita tidak ada bukti tulisan, cuma tradisi lisan. Kini kisah tersebut telah sejarahkan sekitar awal abad ke 18. Kisah Mahsuri juga telah difilemkan dalam filem Melayu hitam putih di tahun 50-60an dan setelah itu telah banyak juga kisah tersebut dipentaskan sebagai Bangsawan, drama Melayu serta tarian India. Kini Mahsuri kembali lagi di Istana Budaya sebagai sebuah teater Melayu Muzikal Malaysia yang bakal berlangsung pada 24-26 April. Mungkin dengan pementasan ini, akan mengajak rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda untuk melancong ke Langkawi, sekaligus mencari sejarah dan lagenda lama di pulau tersebut.
3 comments:
bila doc nak pergi tengok? buleh g saing
awak datang ke malam tadi?
Orang kata makam asal mahsuri yang kat depan makam marmar tu, nisannya batu sungai, dilindungi pokok melur kalau tak salah.
Post a Comment