Followers

Tuesday, August 5, 2008

Filem Wayang Hatta kelir Kaku



Sekadar memetik kata Ajami Hashim9www.bicaraskrip.blogspot.com) "Wayang - kepincangan Yang Sempurna"

Ajami mengatakan yang menonton filem WAYANG karya oleh Professor Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat dan mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.

Dengar khabar Wayang mendapat peluang untuk dipertontonkan kepada khalayak pada 7hb.Ogos 2008. Tahniah juga kerana mendapat pencalonan yang banyak di FFM2008. Selain mengaut anugerah2, harapnya filem ini dapat box office di pawagam di Malaysia atau dapat perhatian dari festival luar negara.

Nampaknya tahun ini Malaysia menyaksikan filem-filem yang dekat dengan budaya Melayu tradisional seperti Wayang dan Susuk. Wayang Kulit Kelantan sudah mendapat perhatian media perdana apabila inyanya diharamkan oleh Kerajaan PAS yang memerintah kelantan pada tahun 1991/92. Nik Aziz juga sudah mengharamkan cerita-cerita Ramayana dan meminta agar para dalang beralih arah mencari cerita-cerita baru yag tidak terkait dengan Ramayana atau lebih kepada Cerita Mahraja Wana di Kelantan. Tentunya filem Wayang ini akan mendapat sambutan dan sokongan kerajaan pusat yang memeberi sokongan padu akan proses pemuliharaan seni persembahan Wayang Kulit, apalagi setelah Mak Yong mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage. Sebenarnya, walaupun persembahan wayang kulit diharamkan di Kelantan, ianya masih dibenarkan untuk dipertontonkan kepada para pelancong dan pengunjung negeri pada setiap Sabtu di Gelanggang Seni di Kota Bharu. Pun begitu aktiviti pertunjukan masih berjalan di kampung2 yang terpencil secara sembunyi2 dan tidak diketahui pihak berwajib. Pendekata wayang juga sudah menjadi undeground di Kelantan. Disini dititipkan you tube wayang yang masih aktif, antaranya Dalang Saupi.

YouTube - Wayang Kulit Kelantan - Eteng Nak Jual Tanah

more wayang kulit kulit at http://salampantaitimur.com.
4 min 45 sec - 

Rated 4.9 out of 5.0


www.youtube.com/watch?v=AFyD77USui8

YouTube - Wayang Kulit - by Dalang Saupi

Wayang Kulit Kelantan - Bunga Andani & Andana (Bhg1-ep1). in ...
3 min 11 sec - 

Rated 4.9 out of 5.0


www.youtube.com/watch?v=qlcDdOCKM58


Bersambung.......

No comments: