WEDNESDAY, JUNE 18, 2008
Sinopsis Tok Perak : Yang Mencari dan Menanti
Tok Perak : Yang Mencari Dan Menanti – Drama Sepintas Lalu merupakan kesinambungan dari teater Tok Perak yang pernah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975 dan 1979.
Teater Tok Perak yang terbaru ini mengisahkan tentang seorang penjual ubat, Tok Perak yang muncul semula selepas 34 tahun hilang di dunia terbuka, katanya kerana ingin mencebur diri dalam negara yang tentu lebih matang dan makmur setelah lima puluh tahun merdeka dan ingin membuka langkah baru menjaja hikmat dan nikmat zahir batin kepada manusia abad 21.
Seperti biasanya, Tok Perak berjaja dari tempat ke tempat di seluruh negara, dan dari tempat ke tempat dia menemui berbagai perkara dan bermacam kisah yang menghalang kegiatannya, menentang tingkah lakunya, membantah kata-katanya hingga dia ditangkap dan dihukum “kerana mengacau dan mengganggu ketenteraman awam”.
Tok Perak pergi ke sebuah taman di pinggir kota memikirkan kejadian terhadapnya. Dia berjumpa dengan seorang pelakon bekerja sebagai tukang kebun kerana tiada tempat dia boleh berlakon tetap. Sambil mereka berbual suasana bergolak membawa ribut. Tok Perak dan pelakon pergi berlindung di pondik tukang kebun sambil awan-awan berpusing-pusing, pokok-pokok tercabut dan segala binaan dan bangunan bergoncang.
Redanya ribut Tok Perak dan pelakon keluar beredar ke sana ke mari melihat kesan ribut melanda. Yang paling hebat – beberapa bangunan dan binaan runtuh dan banyak kaum kerabat tercampak keluar dari tempat kediaman dan tapak amalan biasa. Tok Perak berkata kepada pelakon, “Diharap ribut memberi peluang keadaan dan kaedah lama diganti dengan pembawa baru supaya kita dapat berkhidmat sempurna”.
Tok Perak muncul kali ini dalam suasana negara yang baru, yang berbeza dengan kemunculannya 34 tahun yang lalu. Bagaimana Tok Perak berhadapan dengan suasana negara yang baru ini? Dan apakah yang berbeza pada diri Tok Perak? Tok Perak watak yang cukup terkenal telah menjadi ikon teater Melayu moden. Dia bukan penjual ubat biasa, malah dia adalah seniman yang melihat dan menafsir dunia sekelilingnya dengan ilmu (hikmat) dan pengalamannya. Dia muncul 34 tahun lalu ketika negara baru lepas menghadapi pergolakan sosial dan kini muncul semula pada ketika negara baru lepas menghadapi ribut kepimpinan. Apa yang akan berlaku? Apa yang dicari oleh Tok Perak dan apa yang ditemuinya?

SUNDAY, JUNE 15, 2008
Penulis dan Pengarah Teater : Syed Alwi Syed Hassan
Dato’ Syed Alwi adalah tokoh drama tanah air kelahiran Taiping, Perak. Syed Alwi mendapat latihan profesional di sebuah University of Minnesota dalam Jurusan Ijazah Seni Teater dan Penulisan. Beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan buat sementara waktu sebelum menyambung kembali pembelajarannya di London Film School. Beliau kembali ke Malaysia dan menceburkan diri dalam bidang industri hiburan termasuklah bidang penerbitan, pengarahan, pengajar dan juga pelakon.
Sebagai dramatis Syed Alwi mula bergiat dengan drama Inggeris pada tahun 1950-an. Antara drama beliau dalam bahasa Inggeris yang terkenal ialah Going North, the More We Get Together dan Day of Efil. Bagaimanapun apabila beliau beralih menghasilkan drama-drama Melayu, drama-dramanya telah mendapat perhatian dan kritikan yang cukup menarik. Antara dramanya yang cukup terkenal ialah Alang Rentak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Desaria (1978). Dramanya menyulami gaya realistik dan komedi daripada segi perwatakan, dialog dan aksi. Malah drama Tok Perak dianggap teater multimedia yang pertama di Malaysia. Skrip drama Alang Rentak Seribu telah memenangi Hadiah Karya Sastera pada 1973 dan Tok Perak pada 1974. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah skrip serta turut menerima anugerah budaya daripada negara United States, Malaysia, Sweden, Australia, France dan Yugoslavia. Pada 2002 beliau telah menerima Anugerah Seni Negara daripada Kerajaan Malaysia.

TUESDAY, JUNE 10, 2008
Sejarah Pementasan Tok Perak (1975 & 1979)
Syed Alwi pernah mementaskan Tok Perak sebanyak dua lagi. Kali pertama di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Kali kedua juga di tempat yang sama pada tahun 1979.
“ Their insistant discharge reveals tehe inner conflict experienced by medicine man. While entering into society by adopting into a family, Tok Perak cannot so easily shed off his lust for adventure. Thus Tok Perak becomes a powerful metaphor for the dual nature of man. His unfettered movement towards self-expression is achieved at the cost of loneliness. Yet Tok Perak’s desira for and uncluttered life-style is subtly balanced by his need to belong to a family, to society.”

- Utih : New Straits Times : 24 Ogos 1975 -
“ Syed Alwi cuba menyelami jiwa seorang ‘outsider’ yang kerap dipandang hina oleh lojinya, impiannya, dorongan-dorongan hidupnya. Sambil mengupas pengarang sedar bertapa mustahilnya mengenal seorang manusia itu dalam serba komplexsitinya – terutamanya seorang manusia seperti Tok Perak yang sentiasa memainkan Tok Perak."

- Mat Solo : Berita Harian : 24 September 1975 –
“ Hikmat Tok Perak, “ Hikmat bukan sebarang hikmat,” diperlukan untuk menghidupakan Tok Perak. Konsep teater yang tersirat dalam drama ini tidak mudah dijelmakan dengan sepenuhnya – walaupun benar konsep ini tidak boleh dikatakan eksperimental. Bahasa beraneka nada, dan perlu disampaikan dengan makna yang berlapisan. Tujuan pengarang meminta nada lakon beraneka corak, yang kompleks (terutamanya peranan yang akan dimainkan oleh penulisanya sendiri.). Unsur-unsur teater seperti tarian, gerak bayang, filem, nyanyian dan muzik perlu disulam dengan teliti untuk menyampaikan dimensi-dimensi makna dan
semangat drama ini.”
- Salleh Joned : Mingguan Malaysia : 2 November 1975 -
“ ‘ Aku bukan sasterawan! ’ Bantahan ini juga membawa pengertian yang lain, jika kita fikirkan imej ‘sasterawan’ yang biasa difahamkan dinegeri ini. Syed Alwi boleh dikatakan seorang ‘outsider’ dalam dunia sastera Melayu, kerana dia bukan sasterawan dalam pengertian yang biasa. Lebih tepat mengatakan bahawa Syed Alwi ialah Tok Perak dikalangan sasterawan kita yang berjiwa domestik. Dalam gaya hidupanya, dalam minatnya sebagai manusia dan seniman, Syed sentiasa dipinggir masyarakat sastera Melayu.”
- Salleh Joned : Berita Minggu : 9 November 1975 –
“ The conflict is an eternal human conflict – between the need for love and permanence and the longing to remain and untrammeled free – striding individual. In exploring this conflict, Syed Alwi’s ” Tok Perak” penetrates into regions seldom traversed, lighting up dark recesses of the human psyche, revealing significant shapes and patterns, coming close to and inturtive understanding of the mystery of being.”
- Adibah Amin : New Sunday Times : 9 November 1975 -
“ Tok Perak seorang pencari. Pencari identity diri. Pencari kedamaian. Pencari kerukunan. Pencari kasih sayang. Pencari kepercayaan. Tok Perak dengan permasalahan dan komitmen-komitmennya yang tersendiri sebagai manusia. Tok Perak sekaligus menjadi pencari, peramal dan pelindung. Tok Perak sekaligus dibenci, dihina tapi akhirnya disanjung.”
- Johan Jaaffar : Berita Harian : 18 November 1975 -
" Malam itu Tok Perak macam seorang perenung yang tenang dan sabar, seorang yang lelaki yang bijaksana. Bukan seorang pemborak ( cuma sekali ketika berjumpa dengan Baru dia jadi pemborak ), bukan seorang percarut walaupun sekali dua dia mencarut, bukan seorang permutarbelit, dan bukan katak di bawah tempurung. Ada dua sebab kenapa terjadi begitu. Pertama : waktu Tok Perak di luar kehidupan impiannya terlalu pendek. Kedua : lakonan Syed Alwi. Dan rupanya ada lagi sebab ketiga : gambaran impian Tok Perak tidak banyak ( bukan tidak ada ) diganggu oleh cara hidupnya di dunia nyata. "
- Dinsman : Dewan Sastera : Disember 1975 -
No comments:
Post a Comment