Kosmo Sabtu 14 Julai 2007
Tahun ini genaplah 50 tahun kita merayakan hari kemerdekaan kita dari British. Banyak acara yang telah diaturkan untuk menyambut kegemilangan ini, apalagi apabila ianya adalah suatu tanda yang kita sudah menjangkau setengah abad merdeka. Mungkin ada yang berkata yang kita sudah menyambutnya setiap tahun tanpa dilupakan. Saban tahun juga kita mengenang keperitan hidup datuk nenek dan ayah ibu kita mengharungi kehidupan sebelum merdeka setelah penjajahan British. Tapi ramai juga yang mengatakan yang kita di Malaysia tidak begitu menghargai erti kemerdekaan kita sendiri kerana kita tidak pernah berperang menuntut kemerdekaan.
Mungkin kita mengatakan begitu kerana generasi kita hanya sempat mengecap kemajuan dan permodenan sebuah kehidupan di Malaysia dan jauh sekali dari merasai kesusahan dalam peperangan. Tetapi kalau kita mampu bertanya pada orang tua kita, datuk nenek dan ayah ibu kita, pastinya kita akan membuka satu lembaran baru dalam erti sebuah kemerdekaan.
Mungkin Perang Dunia Kedua bukan perang kita. Mungkin ada yang berkata yang kita hanyalah seekor sang kancil yang tersepit di tengah-tengah apabila dua ekor gajah mengamuk. Tetapi hakikatnya, kita sebenarnya sudah dijajah oleh dua kuasa penjajah dalam masa yang sama, di mana British yang menjajah kita, dijajah pula oleh Jepun. Mungkin juga itulah perang kita yang lebih besar kerana harus bertarung untuk bebas dari kedua-duanya sekali.
Mungkin setiap tahun kita sudah berlembar-lembar menulis tentang kesusahan hidup datuk nenek dan ayah ibu kita, kita juga sudah ada filem tentang kepahlawanan kita menentang Jepun atau menentang komunis dalam Sarjan Hassan, Embun, Leftenan Adnan dan Bukit Kepong, tetapi kita jarang mendengar isihati penderitaan kehidupan mereka di zaman itu secara dekat, apalagi mendengar isihati mereka yang terlibat dalam Landasan Keretapi Maut semasa Perang Dunia Kedua. Orang tua-tua di kampong malah merujuk kepada Perang Dunia Kedua sebagai “Perang Jepun” dan bukan perang dunia.
Kita banyak mendengar khabar di kampong di tahun-tahun 1970an yang ada mangsa perang dunia kedua yang baru pulang ke kampong. Mungkin timbul suatu keanehan di situ kerana perang dunia kedua sudah lama berakhir. Tapi cerita-cerita itu hilang dari fikiran saya, sehinggalah bertemu dengan Professor Michiko Nakahara dari Waseda University dan David Boggart dari Kyoto Seika University yang mengkaji tentang Buruh Landasan Keretapi Maut di tahun 1999. Mulai dari situ saya mulai mencari cerita-cerita tentang Buruh Landasan Keretapi Maut dan menjumpai buku-buku yang ditulis oleh mangsa yang selamat seperti tulisan Gerald Reminik dan Eric Lomax. Eric Lomax malah menulis tentang Nagase Takashi yang menjadi penterjermah di Kem Landasan Maut itu. Pada tahun 1995, Nagase Takashi menulis surat kepada Eric Lomax dan meminta maaf bagi pihak Jepun. Mereka berdua akhirnya bertemu di England. Nagase Takashi sendiri sebenarnya sudah mengabdikan dirinya mengumpulkan segala maklumat tentang Landasan Keretapi Maut dan mengadakan pertemuan serta upacara peringatan di Kanchanaburi Thailand bersama-sama para veteran perang dari Britain, Austalia dan New Zealand.
Pada tahun 2000, saya memberitahu Professor David Boggart yang saya ingin menulis cerita tentang Landasan Keretapi Maut dari sudut peribadi, apalagi apabila beliau sudah merakamkan cerita-cerita tentang itu melalui ingatan dan penceritaan ibu saya. Pada tahun 2005, Selipar Jepun dihasilkan, menceritakan perjalanan seorang ibu dari Kota Bharu ke Singapura serta pertemuannya dengan saudara sepupunya yang pernah menjadi mangsa Landasan Keretapi Maut semasa Perang Dunia Kedua.
Teater yang dilakonkan oleh Mohd. Shahrul Mizad(Ijat) dan Marlenny deen Erwan (Lenny) serta di bantu oleh Korus Svarnabhumi, Dikir Putera Perdana dan Foo Chi Wei ini akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 Julai hingga 22 Julai 2007. Untuk maklumat lanjut sila hubungi http://www.svarnabhumi.blogspot.com/ dan 0192459282. Persembahan pentas yang berasaskan teater monodrama ini menyelitkan elemen-elemen muzikal dan teater tradisional Kelantan serta gubahan semula lagu-lagu 1970an dalam irama dikir barat.

1 comment:
congrats on Selipar Jepun, memang rugi siapa tak nonton. Mintak ga,bar2, nak letak dalam blog..! sekali lagi, syabas.
Post a Comment