Sebenarnya masih ramai di antara kita yang menganggap bahawa negeri matahari terbit itu, Jepun, masih mengamalkan cara hidup tradisi. Tetapi pada dasarnya kehidupan sebegitu sudah agak asing di Tokyo dan di kota-kota besar di Jepun. Rata-ratanya sudah menganuti kehidupan serba moden, walaupun persembahan-persembahan tradisional seperti kabuki, bunraku dan teater noh masih hadir di teater-teater nasional. Realitinya agak sukar juga mencari khalayak muda untuk menonton teater-teater tradisional tersebut. Anak-anak muda di Jepun begitu terpengaruh dengan kehidupan moden yang bersifat urban seperti permainan komputer, komik mangga, skateboarding dan lain-lainnya.
Di dalam Konferensi Tari Kontemporari Asia di Tokyo baru-baru ini, Institut Teater Jepun yang menjadi menganjur utama, tampil aktif untuk membincangkan perkembangan koreografi teater tari kontemporari di Asia. Selain Jepun sendiri, beberapa buah negara lain turut diundang, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan India. Antara mereka termasuklah para pengkritik dan sejarawan tari serta para koreografer muda Asia.
Apa yang menarik dalam acara ini adalah sesi persembahan video dan kritikan terbuka serta bengkel tari para koreogafer muda. Karya-karya mereka diperdebatkan oleh para pengkritik serta penonton yang rata-ratanya terdiri dari para aktivis tari dan teater. Antara para penari-koreografer Jepun yang di ketengahkan oleh penganjurnya, Mikiko Clara Goto dan Daisuki Muto di Studio Morishita itu termasuklah Mika Arashiki, Yutaka Joraku, Natsuko Tezuka dan Yukio Suzuki.
Dengan fikiran terbuka, mereka menerima hakikat pada karya-karya mereka apabila mereka dikritik dengan hebatnya. Apa yang menakjubkan adalah penerimaan mereka tentang kritikan yang diberikan serta keterbukaan dan kemampuan mereka mengupas hasil kerja mereka sendiri. Tetapi sebenarnya mereka sedang memberikan pengertian sebenar tentang hasil karya mereka.
Yukio Suzuki misalnya masih terpengaruh dengan kreativiti-kreativiti di dalam seni tari buto, walaupun sudah berani mencari ruang-ruang baru. Joraku, penari yang bermula sebagai seorang pematung lemudiannya mencari makan sebagi seorang aktor persembahan di kelab-kelab malam, menggunakan simbol-simbol berpakaian cara Jepun kuno di dalam persembahannya. Manakala Mika Arashiki dan Natsuko Tezuka pula dilihat seperti terpengaruh koreografi teater tari kontemporari barat, tetapi sekali gus menyuntik indentiti Jepunnya secara langsung atau tak langsung. Natsuko begitu tertarik dengan bahasa tubuh serta kajian anatominya di dalam diri manusia Jepun. Mika Arashiki, walaupun menggunakan teknik-teknik tari kontemporari barat, tetap menampilkan gaya berfikir Jepun, yang dikatakan tampil begitu comel, yang mungkin terpengaruh dari komik mangga, permainan komputer dan gaya hidup remaja kota.

No comments:
Post a Comment