Menjenguk Keluar Mencari Laut
Konsep mengembara sememangnya bukanlah sesesuatu yang baru terinvensi, pepatah Melayu pun ada mengatakan “Jauh Berjalan Luas Pemandangan”, malah Rasulullah (s.a.w) pun pernah bersabda “Belajarlah Walaupun Sampai Ke Negeri China”. Kerana itulah Noor Mahnum Mohamed, 42, berasal dari Kelantan, sanggup mengembara, dan terakhir beliau ke Sydney, Australia selama tiga bulan untuk lawatan belajar.
Mahnum yang memenangi anugerah Australian Hign Commission, Residensi Seni Visual di Gunnery Studio di Sydney, Australia, merasakan tiga bulan berada di sana terlalu singkat, tetapi cukup untuk merindui negeri tercinta serta makanan-makanan kegemarannya. Sebelum ini, Mahnum, yang lebih dikenali sebagai ‘Anum’ pernah belajar selama lapan tahun di Braunschweig, Germany untuk mendapatkan sarjana muda dan sarjana seni halusnya. Malah pernah memenangi anugerah Alpirsbach di sana. Beliau juga pernah belajar seni percetakan di Florence, Italy selama setahun.
Anum sudah banyak juga mengadakan pameran solo dan berkumpulan di merata di Germany, Italy serta beberapa galeri terkenal di Kuala Lumpur, termasuk Bali Seni Lukis Negara, Petronas Galeri dan Valentine Willie Fine Arts. Sebelum menjelajah ke Australia, Anum pernah menjadi residen artis di Rimbun Dahan, ruang seni milik Hijjas Kasturi dan Angela Hijjas. Rimbun Dahan juga banyak mengendalikan residensi dan pertukaran seniman-seniman dari Australia.
Pameran solo senilukis yang sedang berlangsung di Australian Hign Commission, Kuala Lumpur di Jalan Yap Kwan Seng, pada 13 September hingga 12 Oktober ini mendapat tema “Looking Out” atas pemerhatian-pemerhatiannya yang dirasakan begitu singkat. Dalam kesingkatan waktu, Anum tetap merasakan sesuatu yang mendalam di dalam pengamatannya di Sydney. Cahaya dan cahaya langit mendominasi pengamatannya tentang penempatan singkatnya di Sydney, malah itulah yang menjadi tema lukisan-lukisan Anum untuk pameran solo ini.
Terdapat 15 buah lukisan berukuran antara 25.5 X 16.5 sm ke 122 X 122 sm, yang dipamerkan di ruang ofisial yang berciri keselamatan lengkap dengan pegawai-pegawai keselamatan serta gerbang sensor keselamatan. Anum kelihatan tenang dan gembira dalam baju Cheongsam menerima para tetamu dari rakan seniman, wartawan, pengamat seni serta pegawai-pegawai kedutaan.
Lukisan-lukisan cat minyaknya mendominasi hasilkerjanya yang banyak menampilkan lukisan-lukisan landskap. Ternyata Anum begitu tertarik dengan cahaya dari langit, sekali gus melihatkan langit Sydney yang begitu membiru. Apa yang menarik dalam koleksi lukisan ini ialah cara Anum membingkaikan lukisannya, di mana beberapa lukisan seperti terbingkai dengan penglihatan dari jendela kereta atau jendela galeri. Mungkin dari sutulah terlahirnya “Looking Out” atau memandang ke luar!
Tidak semua lukisannya berpandukan penempatannya di Gunnery Gallery, tetapi juga residensinya di Rimbun Dahan serta pemandangan dari perjalanan pulang ke kampung halaman, Kelantan untuk menyambut Hari Raya!
Nam Ron, bintang teater dan dunia lakonan yang banyak bermain dengan isu-isu dan gaya berteater alternatif, sudah membintangi beberapa filem termasuk Paloh arahan Adman Salleh dan Gubra arahan Yasmin Ahmad. Kini beliau kembali lagi dengan naskah terbarunya, yang juga menjenguk keluar melihat laut dan bulan.
“Laut Lebih Indah Dari Bulan” yang dipentaskan di Stor Teater DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 7-10 September lalu menampilkan sebuah tajuk yang penuh makna disebalik namanya. Laut adalah nama seorang suami dan Bulan adalah nama seorang isteri. “Laut Lebih Indah Dari Bulan” adalah sebuah drama monolog yang menampilkan watak seorang wanita yang setia dengan menanti seorang suami, seperti setianya Bulan menanti dan memancarkan cahayanya ke laut.
Laut yang dilakonkan oleh Marlenny Deen Erwan ini diproduksikan oleh Alternative Stage, yang sebelum ini banyak memproduksikan drama-drama berbentuk alternative. “Laut Lebih Indah Dari Bulan” adalah sambugan kepada persembahan “Aku Ingin Menjadi Bintang” yang pernah dipentaskan di Malam Anugerah Cameronian.
Ruang kecil Stor Teater DBP direka menjadi sebuah ruang kosong, dengan sampah dan kertas yang bertaburan, dinding sekelilingnya yang kemerahan, serta lantainya yang berhias lakaran-lakaran maze, seolah-olah mewakili emosi seorang isteri yang menderita kesepian, kemarahan kerana suaminya sudah berlaku curang, malah dipenjarakan kerana membunuh seorang wanita muda bernama Indah!
Marleneny, memulakan lakonannya dengan menceriakan bagaimana dia mula bertemu dan berdating dengan suaminya sehingga berkahwin dan sanggup berhenti kerja. Lanonannya membuatkan kita begitu fokus dengan gaya percakapan orang Melayu Sabah, yang jarang kita dengar di Semenanjung, serta pergerakan tangannya seperti menari gerakan tangan dalam persembahan Mak Yong, seolah-olah dia ingin memulakan sebuah cerita, yang indah, sekaligus mungkin menyayat hati.
Marlenny, sememangnya seorang pelakon yang berbakat besar! Dengan memakai tudung putih dan rambut yang sedikit terkeluar, seolah-olah dirinya sudah tidak terurus lagi, serta baju kurung biru, seperti seorang suri rumah yang setia. Emosinya bertukar dan setiap kali itulah mood lampunya bertukar. Kita seperti diajak bergerak bersama-sama beliau yang menapak di ruang-ruang kosong yang sudah pudar cahaya cintanya.
Inilah sebuah lagi ceritera yang lahir dari kota dan surbabia kita, cerita sukaduka yang merekodkan kisah hidup dan lapisan sejarah masyarakat kita yang mungkin jarang terbela!
Walaupun kita tidak dihidangkan dengan brosur yang indah-indah, emosi dan cerita, kisah hidup seorang Bulan tetap indah dalam ingatan. Syabas Dewan Bahasa kerana berani menampilkan suara-suara kecil yang penuh makna untuk kehidupan seorang warga sekali gus meninggalkan warna yang indah dalam dunia seni!.

No comments:
Post a Comment