Followers

Tuesday, October 27, 2009

KL Fringe:Dansteater - CETUS 6 & 7 Nov 2009

CETUS

SIRI TEATER TARI – DANSTHEATER SERIES

PROJEK KL FRINGE 2009


Pengenalan

KL Fringe Festival kembali lagi pada tahun 2009 ini dengan nama yang sedikit berbeza,“Projek KL Fringe” yang sesuai dengan keadaannya yang bersifat projek dan bukan festival, serta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai festival kecil yang mulai menumbuh akar sebelum menjadi sebuah pohon rendang, walaupun masih berada di dalam keadaan ekonomi yang muram. Pada tahun lalu festival yang berlangsung pada bulan Julai itu menampilkan empat siri seni – Teater, Muzik, Filem, Teater Tari. Tahun 2008 menyaksikan enam buah karya teater baru dipersembahkan oleh pengarah dan penulis - Hamzah Tahir, Syarul Fitri, Francis (USA), Marlenny Deenerwan, Arifwaran (Jerman) dan Zubin Mohamad. Begitu juga dengan filem, masing-masing menampilkan enam buah filem pendek dan dokumentari serta enam kumpulan muzik independen yang kuratorkan oleh Fathullah Lokman. Manakala Siri Teater Tarinya diadakan pada bulan November 2008 dengan menampilkan dua kumpulan serta dua penari solo dari Jepun serta San Francisco, USA, yang diketuai oleh Katsura Kan dan diadakan di ASWARA Music Hall. Festival Fringe Kuala Lumpur 2008 dipelopori oleh Dr.Zulkifli bin Mohamad selaku Pengarah Artistik dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Stor Teater dibawah kelolaan Wahab Hamzah. Memandangkan DBP dan Stor Teater telah menganjurkan 2 festival teater kecil – iaitu teater 10 minit dan satu lagi festival 10 minit sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2009, Festival Fringe 2009 mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada Siri Teater Tari/ Danstheater Series. Memandangkan kedudukan organisasi nirlaba ini masih baru di dalam menguruskan festival skala kecil, keputusan diambil untuk mewujudkan program-program yang berbeza dalam jangkawaktu satu tahun melalui:

Teater Tari

Filem Pendek & Dokumentari

Band Muzik

Teater

Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan pada tahun ini, kita hanya mampu mempersembahkan program “Siri Teater Tari” (Danstheater Series) yang akan menampilkan 7 pengkarya yang akan mempersembahkan karya 20-30 minit.

Objektif Program

Objektif utama program “CETUS” Siri Teater Tari – Danstheater Series, Projek KL Fringe ini adalah untuk:

  • Memeriahkan lagi kegiatan kesenian di Malaysia khususnya di ibukota Kuala Lumpur, sekali gus menarik pelancung untuk sama-sama menikmati seni dan budaya
  • Memperkenalkan dan mempopularkan genre teater tari, gabungan teater dan tari serta pengertian timur dan barat serta moden dan pasca moden
  • Mengabungkan kelompok penggiat, teater Melayu, tari kontemporari, puisi dan teater tradisional Mak Yong dan Manora
  • Mengabungkan kelompok penonton, teater Melayu, tari kontemporari, puisi dan teater tradisional Mak Yong dan Manora
  • Mempopularkan venue baru untuk seni tari kontemporari selain venue yang sedia ada
  • Mengadakan satu pertemuan antara timur dan barat, tradisi dan moden serta generasi yang berbeza
  • Mempergiatkan cabang seni persembahan iaitu seni tari, selain bentuk lain seperti teater, muzikal dan teater tradisional
  • Mengumpulkan sekumpulan penggiat yang terdiri daripada Bangsa Malaysia dari pelbagai kaum yang boleh dilihat sebagai Satu malaysia

“CETUS” Danstheater

Danstheater sebenarnya diambil dari kata Tanztheater yang berasal dari Jerman sejak tahun 1927, yang merujuk kepada Dance Theatre atau mungkin boleh dirujuk sebagai Teater Tari. Pun begitu kata Teater Tari masih berkait dengan istilah Drama Tari dan Taridra, walaupun ianya berbeza dan lebih bersifat kontemporari. Teater Asia sebenarnya mempunyai unsur-unsur drama, tari, muzik, muzikal dan sekaligus bersifat fizikal. Danstheater di sini sebenarnya merujuk kepada gabungan pemikiran, gaya, rupa dan jiwa Timur dan Barat di dalam persembahan teater tari. Ianya menghasilkan gabungan yang dipanggil “CETUS” untuk merepresentasikan pertemuan-pertemuan antara timur dan barat, moden dan tradisi, serta generasi lama dan baru dan seterusnya menjadikan sebuah persembahan teater tari untuk menarik perhatian para penggemar Tari Kontemporari yang seringnya berlandaskan Tari Barat serta para penggemar teater Bahasa Malaysia. Mungkin di sini bukan hanya berlaku satu gabungan penggemar, tetapi juga pemikiran, gaya, rupa dan jiwa yang bersifat Malaysia.

Apa yang menarik kali ini adalah gabungan para karyawan teater tari atau Dansteater yang terdiri daripada koreografer-koreografer pelbagai kaum dalam Bangsa Malaysia – Melayu, India, Cina, Borneo yang sekaligus boleh dilabelkan sebagai persembahan Satu Malaysia – One Malaysia. Hidangan karya pada kali ini juga menampilkan karyawan dari genre pemikiran tari yang berbeza, tradisi dan barat, serta menggabungkan generasi yang berbeza. Selain itu Dansteater juga akan menampilkan A.P. Dr. Ananya Chatterjea dari University of Minnesota, USA, yang juga Pengarah Artistik kumpulannya, Ananya Dance Theatre. Antara yang terpilih untuk menampilkan karya mereka pada tahun ini termasuklah:

AGI IBRAHIM - MALAYSIA

ANANYA CHATTERJEA – USA/INDIA

DAYANG MARIANA – MALAYSIA

KIEA KUAN NAM - MALAYSIA

RATHIMALAR GOVINDRAJOO - MALAYSIA

SUHAILI AHMAD KAMIL– MALAYSIA

ZUBIN MOHD – MALAYSIA


Latarbelakang Ringkas

Agi Ibrahim misalnya bukanlah satu nama baru di dalam dunia seni, terutamanya seni puisi. Seperti Allahyarham W.S. Rendra, Agi Ibrahim terkenal kerana persembahan puisinya yang begitu “animated” dan bersifat fizikal. Beliau yang juga ahli Kumpulan Anak Alam di era teater kontemporari 1970an. Beliau pernah memenangi S.E.A Write Award di Bangkok.

Karya: Tak Tun


Ananya Chatterjea adalah seorang koreografer, penari serta ahli akademik tari dengan buku tarinya “Butting Out” yang menjadikan asas tarinya dari seni tari klasik India, Odissi dari Bengal dan mengenegahkan pemikiran Pasca-Kolonial di dalam persembahan-persembahan teater tarinya di New York dan Minnesota. Kini beliau menjadi pengarah program tari di Universiti Minnesota, USA. Para penarinya terdiri daripada wanita-wanita kulit hitam asal Afrika dan Asia.

Karya: Kali Tandava – Nuclear Winter

Dayang Mariana adalah anak Sarawak yang giat memperjuangkan seni tarinya di persada teni tanah air. Beliau mendapat didikan daripada koreografer Indonesia yang terkenal, Bagong Kusudiarjo. Pernah menjadi pengajar tari di Akademi Seni Kebangsaan dan Universiti Malaysia Sarawak setelah pulang dari pengajian di Amerika Syarikat. Dayang mendapat pendidikan tentang Labanotasi di New York sebelum memenangi pingat Emas dalam pertandingan tarian kontemporari di WCOPA di Los Angeles pada tahun 2004.

Karya: Entangled

Kiea Kuan Nam adalah merupa salah seorang ahli utama di dalam kumpulan teater tari Buto Malaysia terkenal, Nyoba Kan. Sebelum itu beliau pernah menyertai Kwangsi Dance Selangor dan Kuala Lumpur serta pernah belajar dari Lee Swee Keong dan Woon Fok Sen. Beliau pernah bekerja dengan Pappa tarahumara serta Ko Murobushi dan menghadiri collaborative choreographers di Sumatera Barat dan mendapat gelaran Best Choreografer pada tahun 2006 di International Youth Dance Festival in Hong Kong.

Karya: Within the Dark Water

Rathimalar Govindrajoo yang mempunyai asas tari dari tarian Odissi dan Bharata Natyam pernah menjadi salah orang penari utama Sutra Dance Theatre di bawah pimpinan Ramli Ibrahim selama 12 tahun sebelum menari dengan kumpulan tarian kontemporari India di Britain di bawah Shobana Jeyasigh. Apabila pulang ke Malaysia beliau menari dengan Sutra dan menghasilkan karya kontemporarinya sendiri, bermula dari Star Struck. Pernah bekerjasama dengan Bilqis Hijjas dan Suhaili Ahmad Kamil di dalam menghasilkan karya tari kontemporarinya.

Karya: Rebel Without Cause


Suhaili Ahmad Kamil adalah lulusan sarjana muda tari dari Victoria College of Arts di Melbourne pada tahun 2006. Beliau mendapat tempat kedua di dalam pertandingan realiti tv “You Think You Can Dance” pada tahun 2007. Beliau mengajar dan menghasilkan karya tari kontemporari di ASWARA sambil mengajar di Sekolah Tari Aurora dan pernah bekerja dengan Rimbun Dahan, Bilqis Hijjas dan Aida Redza. Pada tahun 2008 beliau kembali ke Melbourne untuk menghasilkan karya baru di dalam program New Wave Festival.

Karya: Satu Sama dengan Dua (Extended)


Zubin Mohamad adalah Zulkifli bin Mohamad, walaupun lebih dikenali sebagai seorang sarjana teater tari dan budaya, beliau pernah belajar tari Melayu kontemporari daripada Azanin Ahmad, tari Bali dari Ibu Ni Wayan Masih, tari Jawa dari Ibu Elly Luthan, teater dari Rendra serta Mak Yong dari Primadona Mek Nab dan pemain rebab, Che Amat. Beliau mula menghasilkan karya kontemporari di Sarawak kemudiannya di Bangkok dan Jakarta. Sepulangnya ke Malaysia beliau banyak menulis dan mengarah teater fizikal serta teater tari yang berasaskan vokabulari tradisi. Terakhir menghasilkan “24102004” di Brown University, USA dan “Ballet of Liggor: Text by Mubin Sheppard” di Asia Conference di Bangkok pada Jun dan July 2008.

Karya: Conversation – Mak Yong & Manora


Program

DANCE TALK - ANANYA CHATTERJEA

3 November 2009

Selasa-Tues 8.30 Malam

Venue: ANNEX Central Market

“CETUS” Danstheater Series

6 November 2009

Jumaat – Friday 8.30 Malam

Venue: Balai Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

“CETUS” Danstheatre Series

7 November 2009

Sabtu – Saturday 8.30 Malam

Venue: Balai Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Ananya Chatterjea

Ananya: based on the Bengali na·anya , "like whom there is no other". Ananya Dance Theatre (formerly Women In Motion ) is a company of women artists of color, diverse in age, race, nationality, and sexual orientation, but uniformly committed to artistic excellence and passionate articulation of our dreams, hopes, and desires.

Ananya Dance Theatre is known for its blending of excellent artistry and high production values with community-building and social change work. Uniquely, it is also noted for seamless blending together the sculpturesque forms, strong footwork, and emotional articulation of the Odissi classical style, the purity of line and breath release of yoga, the efficiency and awareness of the power within human body of Indian martial arts traditions such as Kalarippayattu, the abstract theatrical potential of Indian ritual practices, and the urgent energy of street theater.

Drawing from the passion of women's movements world-wide toward social justice, the choreographic trend of the company's work involves dancing stories of ordinary lives to invoke a broader commentary about social justice and philosophy. Witnessing the political theater created by directors like Badal Sircar and Safdar Hashmi, and by organizations such as the Indian People's Theatre Association and Stree Shakti Sanghatana (a grassroots women's organization), who created and performed political theatre in public forums as consciousness-raising modes, Artistic Director Chatterjea was inspired to search for a dance language that could also articulate a critique. These experiences and the search for a contemporary Indian movement aesthetic started her off on her creative journey that lead to the establishment of Ananya Dance Theatre .

Our mission is to create and stage original works and powerful images inspired by the lives and work of women all around the world. Based on contemporary interpretations of the Odissi dance form, aesthetic traditions of Bengal, and practices of street theater created by women's groups, the company seeks to reach and engage diverse peoples.

Ananya Dance Theatre works with the belief that the search for excellence in artistry forges pathways to galvanize strong communities and generate forces of strength and beauty. With every project we seek to challenge ourselves in terms of artistry, execution, and production values and ultimately to question the widely-held assumption about the lack of artistic excellence in community-based artistic projects.

Ananya Chatterjea, dancer, choreographer, dance scholar, and dance educator, envisions her work in the field of dance as a “call to action” with a particular focus on women artists of color. She is Associate Professor in the Dept. of Theater Arts and Dance and Director of Dance in the University of Minnesota, Minneapolis. She is also the Artistic Director of Ananya Dance Theatre, a dance company of women artists of color who believe in the powerful intersection of artistic excellence and social justice (www.ananyadancetheatre.org). Trained initially in Indian classical and folk dance traditions, she became a well-known exponent of the Odissi style of classical dance at a young age. However, disillusioned with the commercialization that had become attendant upon Indian classical dance forms, and vitally interested in the creation of a contemporary Indian dance mode, Ananya began her explorations of form and theme in dance in the 1980’s. But, it is through her study of street theater and feminist praxis across the world that she arrived at her fierce commitment to the immediate relationship between bodily artistic practices and social justice movements. Ananya believes in the integral interconnectedness of her creative and scholarly research. Her book, Butting out! Reading cultural politics in the work of Chandralekha and Jawole Willa Jo Zollar, was published by Wesleyan University Press in 2004. At the University of MN, she teaches courses on the cultural politics of dance, the bodily production of knowledge, dance historiographies, and the choreographies of social justice art projects. Ananya is the proud recipient of grants from prestigious organizations such as the Asian Arts Initiative, McKnight Foundation, the Minnesota State Arts Board, Jerome Foundation, as well as a prestigious artist fellowship from the Bush Foundation. In 2001, she was featured as an “Artist of the Year” in the City Pages, and in 2005, she was named a “Changemaker” by the Women’s Press in Minnesota. She is also the proud recipient of awards from the BIHA (Black Indian Hispanic Asian) Women In Action organization and from the MN Women’s Political Caucus, and recently the 21 leaders for the 21st Century Award from Women’s E-News (http://www.womensenews.org/21leaders2007.cfm), a national women-centered news organization, for her work weaving together community-building and artistic excellence and creating a space for women’s voices through artistic practices. She was recently honored by the Josie Johnson Social Justice and Human Rights Award at the University of Minnesota. Recent performances include Erasing Borders Festival (New York, 2008), Bates Dance Festival (Maine, 2008); New World Theater (Amherst, 2007); Museum Theater (Singapore, 2007); Conwell Theater (Philadelphia, 2007); Contemporary Asian Dance Festival (Osaka, 2006); Indonesian Dance Festival (Jakarta, 2006); Women Artists for Peace Festival (Delhi, 2004); Harborfront Theater (Toronto, Cananda, 2003, 2004); Habitat Center (Delhi, India, 2003); National Center for Performing Arts (Bombay, India, 2003); Philippines Cultural Center (Manila, Philippines, 2003) Theaterlabor (Bielefeld, Germany, 2002); Under the Stars Festival (Kuala Lampur, Malaysia, 2002); and Nehru Center (London, UK, 2002). She has been artist-in-residence at Univ. of Surrey (2005), Performing Arts School (Singapore, 2003), and MIT’s Dept. of Theater and Dance (2001, 2002). She was selected to be a Ford Foundation Delegate to Delhi (2002) and an artist in a creativity pilot project initiated by the UK Arts Council (2001).

Kiea Kuan Nam

Freelance Artist, Administrator & Core Member of Nyoba Kan. Kuan Nam discovered dancing during his university years. He joined the Selangor & Kuala Lumpur Kwangsi Dance Troupe and trained under Mew Chang Tsing, Lee Swee Keong and Woon Fook Sen. In 2002 he joined Nyoba Kan and performed in the following productions:

‘Carmen’, ‘Eden with Chrysanthemums in Full Bloom’, ‘Happy Birthday’, ‘Qian’s’, ‘A Cherry Bludgeoned, A Spirit Crushed’, ‘The Money God Arrives’ and ‘Pheonix Rises’. In 2003/2004 he worked with Koike Hiroshi of Pappa Tarahumara on ‘Spring in Kuala Lumpur’, and Ko Murobushi in the Japan-Malaysia Technical Design Workshop. In 2005 he represented Malaysia at a Collaborative Choreographers Workshop in the West Sumatera Dance Festival. In 2006 he was awarded Best Choreographer and, under his direction, the Malaysian troupe won Best Group Performance in the International Youth Dance Festival in Hong Kong.

Title: within the dark water

Synopsis: Feminine, such a complicated and emotional. Just like a different characters but at the same time pure and gentle as water, and naive like a child.

Rathimalar Govindrajoo

Malaysian born Rathimalar Govindarajoo (Rathi) specialises in Indian Classical Odissi, Bharata Natyam & contemporary dance. One of the lead dancers of Ramli Ibrahim’s Sutra Dance Theatre who partnered Ramli himself from 1990 – 2002, Rathi has been under the wings of Sutra for more than a decade, performing in the Philippines, France, Italy, Japan, Indonesia, India and Australia.

In 1998, Rathi completed the Six Week School of the American Dance Festival (ADF) at Duke University, North Carolina, USA. After obtaining her local Mass Communication (PR) qualifications in Olympia College, PJ, Rathi became one of the pioneer full-time contemporary dancers of the renowned South Asian British-funded dance company, Shobana Jeyasingh Dance Company (SJDC) in London, UK. For five years, Rathi toured extensively with SJDC in Britain and Europe, contextualizing performances with educational and outreach work. While in the UK, Rathi also revisited Malay traditional dance and music with an upcoming Malaysian choreographer and artistic director, Maziah Omar of Nusantara in Nottingham. Rathi returns home hoping to contribute her dance experience to the flourishing performing arts scene in Malaysia and to venture into new choreographic works. Her first attempt at choreography was Star Struck, created for Sutra dancers in 2006.

Suhaili Ahmad Kamil

Suhali Ahmad Kamil is from Malaysia and graduated with an Honours Degree in dance in 2006, at the VCA where she received the De Gruchy Award(Most Potential Dance, 2004), Elfie Blake Award( Most Achievement Award, 2005) and Most Outstanding Dancer of the VCA Graduate 2005. After gaining her BA Dance (Hons) in 2006, Suhaili returned to Malaysia to teach, choreograph and dance with Malaysia's young up-coming contemporary choreographers such as Bilqis Hijjas, Loh Shee Hoe, Umesh Shetty and Rathimalar Govindalarmajoo. She was the runner-up for a reality TV show So You Think You Can Dance Season 1 in Malaysia in 2007. Suhaili currently teaches at the National Arts Academy of Malaysia(ASWARA), Skills Academy (Academy for the Autistic Children, KL) and Aurora School of Dance, KL. As part of her Honours project Suhali participated in the Sanggar Choreographic Workshop hosted by the National Arts Academy, Malaysia. Suhaili returned to Melbourne in 2008 to perform with Rogue for the Next Wave Festival and in Neil Adam's Vapor Trail as part of the VCA School of DAnce 30th Anniversary celebrations.

Zubin Mohamad

Zubin Mohamad is Zulkifli bin Mohamad, won few awards including Asia Fellow Award 2002 (Indonesia Contemporary Dance), UNESCO's Artisan of Southeast Asia 2000, Asia Research Foundation - Southeast Asian Islamic Scholars in 2003 his research on “Performing Arts and Islam in Malaysia” including few other awards from British Council, Australian High Commission, Goethe Institute, Japan Theatre Institute. He researched on Contemporary Arts (Malay Dance Theatre) through Political Economic theories and Cultural Studies focused on "Artistic Creation Management in Contemporary Malay Dance Theatre in Malaysia" for his doctorate. His research works span from heritage, tradition, contemporary, modern, post-modern to popular arts and culture. Zulkifli is a dance-performance artist, curator, writer and director of performance theatre and media. Recently he performed his post-colonial piece called “Ballet of Ligor: Text by Sheppard” at Asia Conference in Bangkok, and presented his paper thru performance of “24102004” at Brown University, Rhode Island. He is now working on two vdo projects, a dance video, “Flowering” and Wendy Rogers from UC Riverside and theatre for vdo, “Terompah Manik”.


Friday, October 23, 2009

Jamu: Mari Berjamu

Jamu: Mari Berjamu
Jamu ni bukanlah satu perkataan yang jarang dipakai, apalagi di Kelantan, bukan hanya ditempat orang main wayang kulit, mak yong atau main peteri, tetapi juga di masjid atau di surau, selalunya macam kenduri gitulah, makan free kata orang. Di Aswara ni plak Jamu tu diambil oleh Joseph Gonzales, Dekan Tari yang sudah menjawat jawatan tersebut sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Jamu ini adalah program yang dibuat untuk guru-guru tarinya menampilkan hasil karya koreografi tarinya. Dua malam lepas katanya ramai peserta seminar Indonesia di UM katanya menonton, tetapi tersilap tanggap tajuknya "jamu" pikirnya sesuatu yang bersifat tradisional. Tapi tak tahulah apa pulak tanggapan mereka setelah menonton persembahan2 kontemporari tersebut.

Walaubagaimana pun smalam saya sempatlah menonton jamu tu dalam segala kekalutan yang saya hadapi semenjak beberapa hari ni, dengan 2 seminar yang terpaksa dihadiri di UM, bukan kerana paksa, tapi keinginan sendiri tertarik dengan sabjeknya, yang juga ada hubungkait dengan sabjek2 yang saya ngajar, seminar "Dunia Melayu dan Champa" di Jabatan Sejarah dgn kerjasama EFEO Prancis, dan seminar Media dan Budaya, Malaysia-Indonesia.Kebetulan plak kena present paper, saya beri tajuk "Mencari Pendekatan Baru Dalam Pengajian Budaya:Budaya Popular, Nusantara dan Antara-Budaya. Tapi nanti kita crita hak tu dalam tulisan lain. La ni nak crita pasal Jamu dulu, hah cakap Kedah plak!!!

Smalam tu sempatla nonton karya Wendy Rogers tu sikit, professor pelawat dari UCR California, USA. Aku pun sebenarnya pernah pegi interview untuk kerja kat situ, dibayar tiket kapal terbang dan segala, bershukur jgak pegi, walaupun aku tak dapat kerjanya, eh lupa cakap aku plak, takpalah, aku lebih serasi kot, lebih dekat dgn org, terutama kawan2 kat FB nih. Kita pakai aku, bukan bermaksud kurang ajar no?. Apa yang aku sempat tgk karya Wendy tu smalam, aku suka tentang komposisinya, lepas tu ada karya Seth, gunakan wayang lagi skali, mungkin ini kerana dia sedang berproses dengan wayang untuk Rama dan Sitanya, lepas tu ada Azi, cikgu silat kat aswara tu, anak murid che gu anuar wahab, allahyarham, mungkin pertama kali buat work sebagai koreografer untuk dipentaskan dalam kalangan kontemporari bersama-sama murid2 kelasnya, lepas tu ada karya Zamzuriah, yang mukanya klasik macam muka pelakon filem melayu zaman 50annya, ada juga karya Vincent dari Batu, batu mana tak tahulah, bahaya juga nama ni, Batu ni bukan Batu Road, nama lama untuk Jalan Tunku Abdul Rahman, dan kat singapura pun ada nama Jalan Batu Road dulu, skrang pun dah tukar jugak rasanya, dan juga Wong Kit Yaw, pensyarah tari cina yang suka pakai seluar sekerat lutut bila datang mengajar ke Aswara. Nanti nak komen satu2 karyanya, tapi malam ni nak tengok lagi karya2 lain, mungkin boleh kaut semua skali baru pi crita satu2 no!!!

Sabtu malam selepas balik dari aswara, aku tak leh tido, kena tulislah sikit apa yang ada dalam kepala supaya tak lupa. Bila ada kawan tanya "ada work siapa2 yang bagus?, aku macam, tergaru-garu kepala, tercari-cari yang mana paling bagus, tapi rasanya susah sikit kit nak cakap. Tapi bak kata seorang lagi kawan, lepas keluar dari dari ET, "ermmmm, macam tak ada yang mencapat tahap marker gitu, what I mean is, tak ada new marker". Tapi pelik jugakkan, sebab ada beberapa yang senior dalam tu, atau yang senior tu dah bosan. Tak tahulah. Tapi macamana dengan yang muda2 plak? Mungkin kita boleh tengok ada yang mengeluarkan spark2 sana sini, macam Aris, Suhaili, Shafirul dan Steve. Mungkin di situ ada sedikit harapan. Tapi apapun terima kasihlah kat joseph kerana mengadakan pesta Jamu ni selama dah beberapa tahun, cuma mungkin, pengisiannya kenalah berubah2 kot, tapi kalau nak buat semua chegu yang mengajar untuk buat work, tak boleh kata apalah. Tapi mungkin ada satu hal yang perlu difikirkan, bukan semua penari boleh jadi koreografer, bukan semua koreografer menjadi penari yang bagus, juga bukan semua che gu tu koreografer dan bukan semua koreografer tu boleh jadi che gu yang bagus. Pikir2lah.

Wendy, Wayang & Silap
Bila aku tanya sorang lagi kawan, yang bukan penari, tetapi isteri seorang seniman pentas, yang dah bertahun2 menonton tari lokal dan internasional, dia kata untuk set kedua ni dia bpaling suka yang pertama, iaitu karya Wendy Rogers. Sebenarnya aku suka work tu, it is the koreografi dan jiwanya yang berjalan, para penari begitu skali menarikan piece tersebut. Aku tertarik juga dengan piece Nasi Putih Aris kadir, tapi yang digunakan tu beras ke nasi, I like the first sequence of Ismadian and partner, tapi malangnya aku kena keluar plak dari ET sebab perut memulas2, ehem ehem, tst sajalah! Kebetulan plak masa tu ada sequence kedua yang kurang memberansangkan sikit, mungkin sebab aku tak suka dengan movementnya yang sedikit lari dengan bahagian awalnya, jiwa yang berbeza, juga genrenya, seperti gerudi gitu dan ada rasa penari pole dancer gitu. Anyway, lepas tu aku tak ada kat situ.Karya seterusnya Siapa oleh Seth yang mengambil gerak2 Jawa. Yang menariknya karya ini menandakan keberangkatannya dari karya terdahulu di DBKL serta Gemala. Mungkin penggunaan kelir dan kain2 gantungan tuh sudah lama diamalkan, sejak dari zaman Suasana, Siti Dewi Seri Rama, ia masih diamalkan, tapi mungkin ia masih ingin mengatakan soal wayang. Aku suka juga bila ada wayang orang yang memaki mask yang ada gigi yang bergerak2, tapi mungkin cara dia berpakaian terlalu mengikut pakaian di Jawa, ada beberapa soalan bermain dikepala sebenarnya, adakah pernah dia belajar tari Jawa, wayang orang dsb atau mungkin dia ada hubungan dengan Jawa di Johor, mungkin itulah yang perlu digali, takut nanti kita dikatakan masih terpengaruh dengan Jawa di Tanah Jawa, maka sudah tiba masanya melihat Jawa kita, terutamanya muziknya. Piece seterusnya adalah piece Silat, yang saya mempunyai masalah, seolah2 dalam piece ini ada isu guru dan anak murid, piece juga seperti ada menunjukkan gaya bermain senjata, agak akrobatik, begitu juga dengan gaya pakaian dan koreografi yang dibuat, apa sebenarnya yang ingin dikatakan. Maka itulah koreografer itu harus tahu bukan hanya ilmu tari, tetapi juga ilmu sinografi - pakaian, make-up, rambut, tetapi juga soal pentas, dan lampu. kelir putih dalam piece ini juga bermasalah, bukan apa, tapi kerana ia dibuat berulang kali dan dibuat sebelumnya. But it is a good start for Azi.

Cheong Sam & VDO
Sebenarnya jika dibandingkan dengan malam ini, piece Wong Kit Yaw tidaklah terlalu bermasalah, ya saya suka dengan editing vdonya, cuma, itukan vdo filem HK, kenapa tidak membikin sendiri gaya vdo sendiri tetapi yang original dari kita, bila lagi nak buat piece Cina Malaysia, dan bukan Cina Hong Kong. Sebenarnya menonton piece tersebut seperti menonton dua piece yang terpisah. kalau nak dikatakan Cheongsam yang mempunyai benang merah, salah tu, kerana cheongsam Maggie Chung dalam In Mood For Love tu begitu klasi, bukan nampak goddy, dengan warna yang ginjreng serta design yang nampak murahan, seperti perempuan2 tersebut adalah pelacur2 Cina, apa yang ditonjolkan mempunyai jiwa dan gaya yang jauh berbeza. Nasib baik kita tak international sangat, kalau tidak kena bayar royalty plak, tak mampu kita. Apabila cita pasal guna vdo untuk performance ni ada sedikit kesulitan, terutamanya di dalam work Joseph, kita langsung tak menonton karya tersebut, kerana vdo yang dipaparkan begitu kuat, walaupun kualiti vdo dalam karya wong kit yaw lebih baik editingnya. satu lagi, orng2 yang dipilih dalam vdo tu agak berkecamuk, ada merce cunningham, pina bausch, michael jackson, patrick swaze, anuar wahab, itu dah ok untuk tari, tapi tiba2 nak tunjuk yasmin plak, disini macam nak adakan isu lain, tapi langsung tak ada dalam tarinya, begitu juga dengan teo beng hock, mungkin ada nada2 nak berpolitik kiri plak, tapi apa yang nak dikatakan sebenarnya? sekali sekala piece tu nampak macam nak revisit "Wirama" yang dipentaskan di IB tahun 2004 tuh semasa Emas Sepuluh, cuma skrang pakai seluar dan warna putih, lebih suci gitu........

Comik & Raya Cina
Menonton karya Shuhaili sememangnya rasa dia nak buat komedi, penggunaan air dan kemak menarik, begitu juga dengan lagu2 p.ramlee, kerana orang malaysia anggap p.ramlee macam raja komedi, tetapi seperti ada keterasingan di dalam karya tersebut, belum mendapat keserasiannya belum bercantum kerjanya, juga mempunyai dua gaya tubuh tari yang berbeza, yang boleh dan menarik, tapi karyanya seperti janggal sedikit, walaupun ideanya menarik. begitu juga dengan karya Vincent yang ada unsur2 komedi, tetapi vincent lebih bersifat muzikal gayanya. kata kawan saya, estetiknya berbeza, dia seperti terpengaruh dengan siri tv korea. Tapi rata2 penari-penarinya bagus2, walaupun dalam karya yang tidak memberansangkan. Bercerita tentang cina, walaupun Shafirul seorang Melayu Sabah yang menghasilkan karyanya setelah ayahnya, dia mengambil jalan berbeza. sesekali karyanya tapak empat seperti menonton iklan tahun baru cina bebarapa tahun lalu, mungkin kerana seluar merahnya, ikat pinggangnya serta ikat kepalanya, walaupun memakai kain songket merah minang. gerak2nya menarik, begitu juga dengan koreografi, tetapi estetika busananya yang tidak memberansangkan, apalagi bila kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari dia.

Pondok dan Lagu
Rata2 banyak karya yang kuat bergantung pada lagu, malah ramai juga yang begitu bergantung pada lagu, terutamanya muzik live yang kadang2 over powering dan menenggelamkan para penari seperti karya Shuhaimi, Zamzuriah dan Gan Chih Peh, perlukan seorang pemain flute cina berada didepan2 dekat penonton dengan penampilannya yang tidak berapa kemas dan bersedia, kerana dia sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada penari. Karya tersebut oleh Chih Peh juga seperti telah beberapa kali saya menontonnya, bukan hanya dari dia sendiri pada minggu lalu di Lot 10, menggunakan timbunan baju2 yang sama, cuma isu yang berbeza. pernah di UM saya menonton karya Junainah Lojong, seorang koreografer kontemporari yang bagus yang telah hilang dari khalayak, juga seorang pengkarya dari Jerman sewaktu saya berkunjung ke Stuggart untuk menonton Tanztheatre 2006. Cuma kali ini ditambah sofa merah yang menarik perhatian, dan gerak2 yang menarik kerana risau tentang usia yang semakin meningkat menjadi 40 tahun, usia yang sulit untuk seorang penari. Apapun shabas kerana masih mampu menari sendiri karyanya.

Pondok menjadi fokus utama dalam karya Zamzuriah, begitu juga dengan timbunan, teringatkan karya Api Dalam Sekam karya Gumarang Sakti beberapa tahun lalu di Jakarta. Pandai Zamzuriah memilih penari yang baik, cuma tarian untuk wanitanya seolah2 mempunyai genre yang berbeza dari gaya tarian lelaki, cuma kemudiannya berubah menjadi lebih kontemporari, wanitanya kelihatan lebih tradisional, tetapi ada beberapa hal yang problematik seperti percakapan2 yang perlu disusun agar lebih baik, manakala lagu2 nya juga agak meneggelamkan tari, ye benar ada tari yang menjadikan fokus utama, itulah juga yang terjadi kepada karya Shuhaimi, sepertinya ada masalah di dalam longgokan pemain muzik, iaitu masalah sinografi yang melahirkan dua benda yang bercanggah antara penari2 dan pemuzik, sayang pemuzik2nya tidak disuruh menari, kerana mereka sebenernya penari, atau sekurang-kurangnya bergerak mengambil ruang2 yang tidak digunakan dengan sepenuhnya oleh tiga penari wanita. Saya mengerti apa yang shuhaimi ingin katakan, mencari gerak2 baru dalam tarian tradisional sabah dan sarawak, itulah perlu adanya dramaturg serta sinografi.

Karya terakhir adalah karya Steve Goh yang banyak menggunakan tubuh sepenuhnya, begitu crispy dengan muzik dan busana yang baik dan momen2 yang baik, para penari juga memberikan sepenuh perhatian kepada koreografi membuatkan kita terus melihat setiap pergerakan, solo dan duetnya. Syabas Steve, semuga terus berkarya menghasilkan karya2 yang original. Syabas semuanya, terutamanya para penari yang kuat berkerja dan bertungkus lumus menjayakan Jamu.



Saturday, October 10, 2009

Siapa Syed Hussein Al Attas

Terakhir aku jumpa Syed Hussein di Seminar Pasca Kolonialisma ATMA, UKM pada tahun 2004 kot, masa tuh allahyarham cerita pasal Yang Di Jajah dan Terjajah, serta hal-hal yang harus diperkatakan di dalam masyarakat Pasca Kolonial, termasuk soal queer, tetapi isu tersebut tidak langsung disebutkan di dalam terbitan artikel-artikel yang kemudiannya menjadi buku. Apapun kelmarin 23/ 10/ 09 aku menyebut namanya dalam kertas kerja aku "Mencari Pendekatan Baru Dalam Pengajian Budaya: Budaya Nusantara, Antara Budaya dan Budaya Popular" yang dibentangkan kat seminar Media-Budaya, Hubungan Malaysia Indonesia di UM

Syed Hussein Alatas

(Wikipedia)
Syed Hussein Alatas was a founding member of the Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), which performed relatively successfully in the 1969 general elections.

Syed Hussein Alatas (September 17, 1928January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of theUniversity of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.


Syed was born in Bogor, Indonesia. His grandfather, Sayyid 'Abd Allah bin Muhsin al-Attas, came from Hadhramaut and settled in Bogor. [1][2]Syed Hussein is the older brother of Syed Muhammad Naquib al-Attas .[3] [4]
Early life


Political career

Syed Hussein was among several intellectuals who formed Gerakan in 1968 as an offshoot of the defunct Labour Party. Gerakan was relatively successful in the 1969 general election, where it campaigned on a platform of social justice and the reduction or elimination of Bumiputraprivileges outlined by Article 153 of the Constitution. Gerakan held a victory rally in the capital of Kuala Lumpur to celebrate. However, it deviated from its planned route into Malay areas of the city, where party members jeered at the Malays. Although an apology was issued the following day, the United Malays National Organisation (UMNO), a major component of the ruling Alliance coalition government, held a retaliatory rally. This rally soon degenerated into outright rioting with at least 180 people killed during the subsequent riots (although other estimates put it substantially higher). As a result, a state of emergency was declared, and Parliament was suspended; it did not reconvene until 1971.[5]

When Gerakan joined the Alliance coalition government in 1972, Syed Hussein left to help form Pekemas (Parti Keadilan Masyarakat Malaysia, or Social Justice Party of Malaysia), based on similar principles that Gerakan had been formed on.[6] However, the party collapsed in 1978 due to massive defections to the Democratic Action Party (DAP).and series of articles will come up including this one.


Syed Hussein's academic career began at the Dewan Bahasa dan Pustaka publishing house, where he worked as head of the research department from 1958 onwards. He began lecturing part-time in philosophy at the University of Malaya in 1960, and served as the Head of the Cultural Division at the University's Department of Malay Studies from 1963 to 1967. He served as the Head of the Department of Malay Studies in the National University of Singapore from 1967 to 1988, before quitting to form Gerakan. He returned to academia as the Vice-Chancellor of the University of Malaya in 1988, before becoming a professor at the Centre for General Studies in the Universiti Kebangsaan Malaysia in 1995. He later transferred to the Department of Anthropology and Sociology in 1997, before becoming principal research fellow at the Institute of the Malay World and Civilisation of the same university in 1999.[7]

Syed Hussein has authored a substantial number of books, the most well known, The Myth of the Lazy Native.[8] In 1966, Syed Hussein began pondering the question of why Western colonialists had, for four centuries, considered the natives of the Malay archipelago to be generally lazy, since Europeans had not arrived until the 17th century. His research eventually produced The Myth of the Lazy Native, a book which was published in 1977. In the book, he cited one instance of a "denigrating" view of the natives, when a German scientist suggested that theFilipinos made their oars from bamboo so they could rest more frequently: "If they happen to break, so much the better, for the fatiguing labour of rowing must necessarily be suspended till they are mended again." Syed Hussein criticized such beliefs in the book as ranging "from vulgar fantasy and untruth to refined scholarship." He also asserted that "[t]he image of the indolent, dull, backward and treacherous native has changed into that of a dependent one requiring assistance to climb the ladder of progress".[8]

According to Bruno Fernandes, a writer of an article on Alatas Syed, Alatas was a "sociologist, philosopher, academic and policy analyst" who "worked out a critical and reflexive work from the point of view of the ex-colonized countries", and while Alatas was and is today well "known in the Malayan intellectual world (Indonesia, Malaysia, Singapore, Philippines) - and (by) a "broad Malayan intellectual (Indonesia, Malaysia, Singapore, Philippines) community" , he is "broadly ignored elsewhere…." [9] The respect for Syed Alatas and his influence is also discussed in "An Intellectual Life" in Asian Analysis by Asean Focus Group and Faculty of Asian Studies at The Australian National University: "The lateEdward W Said, for example, whose book Orientalism recast post-colonial scholarship, acknowledged his debt to Syed Hussein whose critique of imperialism in his Myth of the Lazy Native (1977) and of colonial historiography in Thomas Stamford Raffles: Schemer or Reformer (1971) were pioneering efforts in Third-Worldist post-colonial responses to Western social sciences. He has been regarded as one of the founders of sociological investigation in Southeast Asia and as a mentor to many in the Malaysian Social Science and academic community, more generally. In the 1950s, he was already considering the significance of the contribution of Tunisian-born Ibn Khaldun (1332-1406) to the philosophy of history and sociology. While undertaking postgraduate studies at the University of Amsterdam, Syed Hussein founded and edited the journal Progressive Islam (1954-55), fostering his links with intellectuals within the Muslim world, including Mohammad Natsir from Indonesia, Taha Husayn and Osman Amin, both from Egypt." [10]

Citing Syed Alatas as an opponent of corruption another writer wrote,"Syed Hussein's pet domains had been Malay studies, progressive Islam and fighting corruption. Read his books if you have the time: The Democracy of Islam, Mental Revolution, Sociology of Corruption, and The Myth of the Lazy Native, among many more."; as a supporter for multiracism, "To the young, you should be reminded that Syed Hussein laid the foundation for multi-racial politics, obviously ahead of his time....."; as an academic, Syed Hussein is remembered as a man with a sense of fairness and integrity. However, Dr Lim Teck Ghee, who was a lecturer at Universiti Malaya when the Prof was VC, said: "His insistence on the principles of excellence, justice and fair play irrespective of race made him unpopular in some circles. For this he paid a heavy price.”

Syed Hussein died after a fall in his home on January 23, 2007. The cause of death was later declared to be a heart attack.He was buried atBukit Kiara Muslim Cemetery, Kuala Lumpur

Further Reading: