SALORan SENI is dedicated to writings by Dr.Zulkifli bin Mohamad(Zubin Mohamad) and also others. Also serves as notice board for arts events. He has contributed to many journals including Kakiseni.com, NST, Malay Mail, Jakarta Post, Djakarta, E-ASEAN News, Jakarta-Java Kini and KOSMO. Zubin Mohamad is now writing for www.themalaysianinsider.com in Bahasa Malaysia and English.
Followers
Monday, January 28, 2008
Tuesday, January 15, 2008
Menonton Teater Dalam Pertandingan MAKUM
Semalam 15 Jan 2008 Jam 2.30, saya berpeluang menonton teater Trem Bernama Desire, naskah Tennessee Williams dari tahun 1947 yang diterjemahkan oleh Solehah Ishak, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Inilah pertama kali saya berpeluang menonton teater di dalam pertandingan teater MAKUM. Saya kira ianya sebuah usaha yang baik untuk mempergiatkan kreativiti berteater di kalangan pelajar-pelajar IPT Malaysia yang bukan hanya terdiri daripada pelajar-pelajar seni atau pelajar-pelajar teater dan seni persembahan. Teater yang diarah oleh Cik Rosnani Seman, pelajar sarjana teater dalam pengkhususan pengurusan seni, mendapat bimbingan daripada pensyarah teater barat dan terjemahan, Roselina Mohd Khir. Teater terjemahan ini mengandingkan sembilan pelajar seni persembahan - teater serta pelajar sarjana teater, Norhazlin yang membawa watak Blanche Dubois, seorang wanita dari kelas atasan yang jenuh mengharungi rintangan hidup yang tidak berkesudahan, dan akhirnya tertumpas lagi akan dunia igauannya yang terus mengganggu hidupnya, apa lagi apabila bertemu iparnya, Stanley Kowalski, suami kepada Stella Dubois. Ini adalah sebuah teater yang mempunyai banyak nuansa-nuansa erotik antara suami isteri, Blanche dan juga Mitch, kawan baik Stanley, yang sering berkumpul bermain poker di rumah Stanley. Blanche yang berjaya menggoda Mitch akhirnya tertumpas juga akan muslihat-muslihat dan penipuannya tentang dirinya dan kisah hidupnya. Walaupun tidak pernah menonton naskah ini dipentaskan di Kuala Lumpur, tentu ramai orang yang masih teringat akan peristiwa pembatalan pementasan Streetcar Named Desire yang dipentaskan oleh Actors Studio lebih sepuluh tahun yang lalu, kerana babak bercium di atas pentas.
Kita akan menyambung perbincangan tentang isu-isu penapisan dalam persembahan teater dan filem di Malaysia.
Kita akan menyambung perbincangan tentang isu-isu penapisan dalam persembahan teater dan filem di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)