Sebenarnya Pop Islam bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah seni, seni Islam dan sejarah Islam. Saya sendiri pernah menulis tentang ini di dalam suratkhabar KOMSO pada tahun 2006. Mungkin kita perlu melihat kembali pengaruh Revolusi Islam di Iran pada akhir 1970an, pengaruh yang juga telah menggegarkan dunia Melayu di Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand dan Malaysia. Sekitar tahun-tahun tersebut kita juga telah melihat satu semangat kebangkitan Islam melalui muzik yang dipanggil Nasyid, malah ada kumpulan-kumpulan nasyid yang lahir di Malaysia dan Singapura seperti Al-Jawahir dan sebagainya. Malah kumpulan tersebut terdiri daripada penyanyi2 wanita. Jika kita merujuk kepada suara dan aurat mengikut para alim ulama dan Islam ortodoks, mereka akan mengatakan ianya haram. Seni Islam Pop bukan hanya merujuk kepada seni halus atau seni visual tetapi juga lahir dalam seni muzik popular, seni filem yang semamngnya bersifat seni popular. Bila melihat Seni Islam Pop kita tidak dapat memisahkannya dengan Budaya Pop, kerana kehidupan kita di abad ke 21 tidak dapat tidak begitu terpengaruh dengan media dan globalisasi. Di dalam budaya pop, media, budaya konsumer dan fesyen begitu mempengaruhi Seni Pop, termasuk Pop Islam.
Kebangkitan semangat Pop Islam kembali menyemarak semula selepas peristiwa pengeboman Twin Towers di New York dan Pentagon di Washington DC pada 11 September 2001. Islam menjadi musuh dunia dalam sekelip mata, bersama-sama Osama Ben Ladin dan kumpulan2 pengeboman berani mati dan pengikut fahaman ortotoks Islam yang melihat Jihad dari pandangan yang salah. Pop Islam sebenarnya adalah suatu bentuk baru yang ingin merubah imej Islam sebagai sebuah agama perdamaian, dan bukan agama yang inginkan peperangan dan berlandaskan kekejaman. Percikan-percikan seni Islam pop ini berada di mana-mana, dari Iran, Mesir, Morocco, Tunisia, Turki dan malah negara-negara di Asia Tenggara sendiri telah mengamalkan polisi mengambil jalan tengah, moderation. Polisi inilah juga yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Abdullah Badawi melalui Islam Hadarinya. Sebenarnya konsep ini pun bukanlah sesuatu yang baru, tetapi diperbaharui semula. Abdullah dilihat sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi pendamai antara dunia Barat dan Islam.
Konsep Pop Islam ini terus berkembang dengan aliran muzik di dunia Islam. Nama2 seperti Raihan, Rabanni di Malaysia dan beberapa nama besar di dunia seperti Mahir Zain, Sami Yusof, Amir Diab, Rachid Taha menjadi memangkin kepada muzik Pop Islam. Di Malaysia sendiri, timbul pula nama2 baru seperti Yuna dan Najwa Latif yang bertudung tetapi mendendangkan lagu2 pop untuk peminat2 Islamnya yang terdiri daripada remaja belasan than serta remaja duapuluhan, menjadi peminat besar mereka. Yuna malah mengorak langkah ke luar dunia Melayu dengan menyanyikan lagu-lagu Inggeris dan merakamkan lagu-lagu ciptaannya di Amerika Syarikat.
Novel Islami Indonesia yang ditulis oleh Habiburahman, Ayat-ayat Cinta, menjadi sangat popular di Indonesia dan Malaysia, malah novel tersebut dijadikan filem yang kemudiannya diikuti dengan novel-novel lain serta filem-filem lain yang bercorak Islami. Malah ada yang menyatakan yang filem box office Malaysia, Ombak Rindu, cuba untuk mengaut keuntungan daripada peminat-peminat dunia pop islam. Mungkin ada banyak lagi karya-karya yang bersifat sedemikian rupa. Tapi rupa yang bagaimana? Apakah ianya berbeza sifatnya dengan seni Islam yang selama ini dianuti oleh para Orientalis melalui dunia "Hikayat Seribu Satu Malam" atau seni visualnya yang bersifat arabesque yang hanya merujuk kepada seni bina, keramik, hamparan, seni ukir, kaligrafi dan pakaian berjubah serta burqa. Apakah kaum orintalis ini yang ditentang oleh pelopor Pasca-Kolonialisma Edward Said sewaktu merujuk kepada teorinya di dalam Orientalism.
Sedutan temubual dengan Sami Yusof: http://www.youtube.com/watch?v=Dws-be02S94