Followers

Saturday, May 31, 2008

Stirring Sepulangnya Dari Tanah Suci

Nampaknya sejak pelangnya dari Istambul, Dubai, Jeddah dan Mekkah, aku belum duduk diam, bukan hanya menonton beberapa filem2 barat yang terbaru termasuk Indiana Jones, which is owesome, the whole series of Californacation, 21, Margot at the Wedding, Savages dll. Itu belum lagi dicampur dengan menonton filem di dalam kapal terbang dari Istambul-Dubai-Kuala Lumpur. Aku dah jadi gila movie all over again. Tapi apabila mendengar kata-kata Mamat Khalid di Yayasan Kesenian Perak di Ipoh semalam, aku jadi serba salah atau mungkin juga serba salah kerana katanya menonton filem sebagai hiburan adalah berbeza dengan menonton filem sebagai budaya. Aku lantas tertanya-tanya, apakah bisa jadi kalau aku menonton kerana kedua-duanya sekali. Ok aku setuju kalau kata aku menonton di kapal terbang sebagai hiburan, tapi bisa saja aku memilih filem-filem yang hanya sekadar hiburan, walaupun kita juga memerlukan itu untuk hiburan dan itu sama sekali tidak salah. Aku hanyalah seorang pengguna barangan global, samada filem itu filem Cina, Perancis, German, Iran dan yang pasti filem Melayu atau Indonesia atau Thai tak masuk dalam senarai filem antarabangsa. Aku juga teringat kata mamat Khalid yang mengatakan yang ada filem untuk festival dan ada untuk penonton Malaysia, apalagi apabila penonton Malaysia hanya terdiri dari golongan muda dengan lulusan SPM dan berjerja di kilang, pejabat dll. Jadi kit2 yang ada kelulusan universiti ni hanyalah segelintir penonton filem Melayu. Aku juga bersalam sebenarnya. Aku tak tahu bilakan kali terakhir menonton filem Melayu di pawagam. Munngkin Muhsin atau Cinta, yang mana dulupun dah lupa. Memori kita menjadi semakin singkat di dunia siber ni, kerana kita terlalu bergantung kehidupan pada email, facebook dan sms dan phonebook. Kita menjadi memiliki hanya sedikit waktu untuk berfikir. Kita melakukan sesuatu dengan satu tindakan yang cepat. Itulah kita jadi begini.

Oh sejak pulang aku sudah menonton persembahan Oddisi Lelaki di Sutra, sangat memberangsangkan, apalagi penari dari India Rahul. Aku juga sempat menonton persembahan teater karya Namron di ASWARA, Vertigo. Sangat menarik sekali. Tapi bak kata Mamat Khalid, orang kita terutamanya orang teater sendiri terlalu menghukum para pengkarya teater, begitu juga dengan filem, kita terlalu banyak mengkritik dan bagi saya kita juga terlalu banyek komplen tentang apa yang kita tak boleh buat. Untuk itu saya cuba mengatakan pada diri saya sendiri dan pada teman2 yang kita boleh mengadakan festival seni kita sendiri, ikutilah informasi www.svarnabhumi.blogspot.com tentang fringe festival in KL, Rhetoric-retorika 11-27 Julai 2008 di DBP Kuala Lumpur

Saturday, May 10, 2008

Watching People Watching Performance

It has been a while since I watch the last theatre performance in KL. The last one being the Patung-patung Kertas "Paper Dolls" quite cleverly translated, though there's an original musical called Paper Dolls in Broadway. Then that was watching people performing the UMRAH, tawaf around Kaabah and Sai. That was indescribable! Though managed to watch and do twice, it is always calling to come for more, insyallah!. In Dubai, the works at Arabiah Travel Market was just enormous, different countries doing their performances including UAE, Tango from Argentina and also Malaysia's Trully Asia dances by Istana Budaya. We can talk a lot about that from various perspectives, economy, polutic or culturally, though some old fashion professor at the so called premier university was reluctant to acknowledge such knowledge, while people in US and UK have done it for few years, just because the lack of knowledge. Well, that's what happened when you don't update yourself with knowledge and too arrogant to accept other knowledge other than yours. So, open up! open up!

Monday, March 3, 2008

Cerita Di Zoo?


Pelakon Zoo, Iswazir


Salam para sahabat. Satu pementasan teater sempenaPenilaian Projek Akhir pelajar Jurusan SeniPersembahan (Drama) Pusat Kebudayaan Universiti Malayaakan diadakan. Butir-butir pementasan adalah seperti berikut:

TAJUK: Peristiwa Di Zoo (The Zoo Story)

KARYA: Edward Albee (Amerika 1958)

TERJEMAHAN: Roselina Khir

ADAPTASI & ARAHAN: Marlenny Deenerwan

TARIKH: 21 & 22 MAC 2008 (Jumaat & Sabtu)

TEMPAT: Auditorium Tunku Abdul Rahman, PusatPelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala LumpurMASA: 8.30 malam

MASUK ADALAH PERCUMA

PARA PELAKON: Ahmad Iswazir Ismail (pelajar dinilai)dan Ridzuan Jusoh


SINOPSIS

Kisah dua orang yang tidak mengenali antara satu samalain (Jo dan Pian), bertemu di salah sebuah kawasantaman di Zoo Negara Kuala Lumpur. Mereka memulakanperbualan, tanpa mengetahui hala tuju percakapanmereka. Mereka bercakap tentang semua perkara,termasuk kehidupan, kegembiraan, kesukaan dan tekananhidup masing-masing. Semua perbualan ini bermuladengan biasa tetapi akhirnya berakhir dengan tragedi.Tragedi inilah yang menjadi sebuah PERISTIWA DI ZOO.


Luangkanlah masa anda untuk datang dan menyaksikannya.Terima kasih.Untuk membaca catatan-catatan mengenai pementasan ini,klik http://daribawahbay%20u.blogspot.%20com/2008/%2002/ada-apa-%20dalam-zoo-%20prolog.html




Tuesday, January 15, 2008

Menonton Teater Dalam Pertandingan MAKUM

Semalam 15 Jan 2008 Jam 2.30, saya berpeluang menonton teater Trem Bernama Desire, naskah Tennessee Williams dari tahun 1947 yang diterjemahkan oleh Solehah Ishak, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Inilah pertama kali saya berpeluang menonton teater di dalam pertandingan teater MAKUM. Saya kira ianya sebuah usaha yang baik untuk mempergiatkan kreativiti berteater di kalangan pelajar-pelajar IPT Malaysia yang bukan hanya terdiri daripada pelajar-pelajar seni atau pelajar-pelajar teater dan seni persembahan. Teater yang diarah oleh Cik Rosnani Seman, pelajar sarjana teater dalam pengkhususan pengurusan seni, mendapat bimbingan daripada pensyarah teater barat dan terjemahan, Roselina Mohd Khir. Teater terjemahan ini mengandingkan sembilan pelajar seni persembahan - teater serta pelajar sarjana teater, Norhazlin yang membawa watak Blanche Dubois, seorang wanita dari kelas atasan yang jenuh mengharungi rintangan hidup yang tidak berkesudahan, dan akhirnya tertumpas lagi akan dunia igauannya yang terus mengganggu hidupnya, apa lagi apabila bertemu iparnya, Stanley Kowalski, suami kepada Stella Dubois. Ini adalah sebuah teater yang mempunyai banyak nuansa-nuansa erotik antara suami isteri, Blanche dan juga Mitch, kawan baik Stanley, yang sering berkumpul bermain poker di rumah Stanley. Blanche yang berjaya menggoda Mitch akhirnya tertumpas juga akan muslihat-muslihat dan penipuannya tentang dirinya dan kisah hidupnya. Walaupun tidak pernah menonton naskah ini dipentaskan di Kuala Lumpur, tentu ramai orang yang masih teringat akan peristiwa pembatalan pementasan Streetcar Named Desire yang dipentaskan oleh Actors Studio lebih sepuluh tahun yang lalu, kerana babak bercium di atas pentas.

Kita akan menyambung perbincangan tentang isu-isu penapisan dalam persembahan teater dan filem di Malaysia.

Wednesday, November 28, 2007

ADA APA DI DBP

Mek Mulung & Teromba
Tarikh : 4 Disember 2007 (Selasa)
Masa : 8.30 malam

Randai & Bongai
Tarikh : 5 Disember 2007 (Rabu)
Masa : 8.30 malam

Tempat Persembahan : Laman Teater DBP.
Jalan Dewan Bahasa,
Kuala Lumpur.
(Di hadapan Stor Teater DBP)

BONGAI
Bongai adalah suatu kesenian yang tidak asing bagi masyarakat di Negeri Sembilan. Bongai boleh dikategorikan sebagai lagu-lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya, dan Malaysia amnya. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Namun, dalam dekad 1980 an dan 1990 an, Bongai kurang mendapat perhatian daripada generasi muda, kerana saingan dengan lagu dan muzik moden yang semakin berleluasa ketika ini. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat lama yang pernah mengalami dan merasai kehidupan dalam zaman kegemilangan Bongai, sekitar tahun-tahun sebelum 1970an, persembahan Bongai seolah-olah menjadi suatu nostalgia bagi mereka. Paling utama ialah, persembahan Bongai mempunyai keunikannya yang tersendiri dan telah diterima sebagai identiti lagu bagi Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat di negeri ini.


Bongai akan dipersembahkan oleh kumpulan Bongai Kampung Purut, Negeri Sembilan di Laman Teater DBP pada 5 Disember 2007 mulai pukul 8.30 malam.

MEK MULUNG
Mek Mulung merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam satu persembahan. Ianya terdiri daripada unsur- unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik yang berasal dari mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman. Seimbas lalu persembahan Mek Mulung kelihatan begitu mudah, namun ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Nama mek Mulung berasal daripada perkataan ‘mek’ iaitu pada panggilan gadis- gadis, sementara perkataan ‘mulung’ pula ialah nama hutan tempat bermulanya persembahan ini. Mek Mulung dipersembahkan di dalam sebuah bangsal yang terbuka, tidak berlantai dan tidak berdinding. Ia terdiri daripada tiang, bumbung dan para sahaja. Di atas para inilah diletakkan semua peralatan ‘jamu’. Pelakon Mek Mulung kesemuanya lelaki yang memakai pakaian perempuan. Kebanyakan cerita yang terdapat dalam persembahan Mek Mulung adalah cerita- cerita yang dianggap benar dan pernah terjadi pada zaman dahulu.

Mek Mulung akan dipersembahkan oleh kumpulan dari Negeri Kedah bertempat di Laman Teater DBP pada 4 Disember 2007 mulai pukul 8.30 malam.

TEROMBA
Teromba adalah sebuah puisi tradisional yang popular di Negeri Sembilan. Teromba akan dipersembahkan di Laman Teater DBP pada 4 Disember 2007 mulai pukul 8.30 malam.

RANDAI
Intan Bagewang

Randai adalah sejenis teater rakyat yang popular di Negeri Sembilan dan ia menggabungkan seni persembahan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni persilatan. Randai lazimnya dipersembahkan di pesta-pesta atau majlis kesenian tradisional. Jalan ceritanya yang berangkai itu boleh sahaja memakan masa persembahan buat beberapa malam tetapi kini ia sudah dipadat dan disesuaikan. Randai dipersembahkan secara “Teater Dalam Bulatan” yang mana ia membawa maksud sebagai persamaan dan kesepaduan antara khalayak dan para pelakon. Persembahan Randai berupa sintesis yang bergantian antara adegan seni persilatan, tarian, nyanyian, dan lakonan. Cerita yang disampaikan melalui lakonan dan nyanyian berasal dari kisah-kisah rakyat Minang. Asalnya Randai dipersembahkan oleh orang lelaki sahaja, tetapi sejak 1960-an, orang wanita juga turut terlibat.

Randai yang berjudul “Intan Bagewang” akan diadakan di Laman Teater DBP pada 5 Disember 2007 mulai pukul 8.30 malam adalah persembahan Kumpulan Rang Budayo dari Negeri Sembilan.

Thursday, September 6, 2007

Mak Yong Di Magdalena Singapura

Mak Yong at Magdalena Fest Singapore

Mak Yong Di MagdalenaAntara Teater Wanita Antarabangsa di SingapuraSeperti “Nasib Si Burung Pungguk’, mendayu-dayu di dahan kayu, memanggil purnama di malam kelam, tiada siapa yang ingin tahu, rupa yang buruk semakin suram. Begitulah juga Mak Yong di Kelantan, terus dipinggirkan apabila diharamkan pada tahun 1991, setelah Parti Islam SeMalaysia(PAS) memenangi pilihanraya dan memerintah negeri itu. Selain tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai, Mak Yong juga dikatakan mempunyai unsur-unsur tidak Islamik dalam pembuka cerita, Mengadap Rebab. Mak Yong kini hanya dimainkan dalam cerita Dewa Muda untuk tradisi pengubatan Main Peteri di kampung-kampung terpencil.

Abdullah Nakula, historis Kelantan, pernah mengisahkan kegemilangan Mak Yong, sebagai persembahan DiRaja di bawah penjagaan Tengku Long Ghaffar, Tengku Temenggung sekitar tahun 1910 ke 1930. Tengku Long Ghaffar, mendirikan kampung seni berpagar bergelar ‘Kampung Temenggung’ di sebelah ulu Istana Balai Besar Kota Bharu, di Kubang Pasu. Kampung Temenggung dirobohkan setelah ada perpecahan di Istana Kelantan dan Tengku Long Ghaffar membawa diri ke sebuah pulau di Pattani.Mak Yong yang dikatakan mula bertapak di Kerajaan Besar Pattani (dahulunya Kerajaan Langkasuka), merangkum Kelantan dan Terengganu dalam jajahannya. Raja-rajanya bergilir-gilir bertahta dari keturunan Pattani ke kerabat Kelantan. Tapi kegemilangan Pattani adalah semasa Raja Permaisuri Hijau(1584-1616), Biru(1616-1624), Unggu(1624-1635) dan Kuning(1635-86). Sekitar tahun 1688-1690, pemerintahan Pattani berpindah ke Kelantan dan berbalik semula sampailah kerabat Pattani memerintah Kelantan sekitar 1730.

Sewaktu Peter Flores melawat Pattani pada tahun 1612 dia telah dipersembahkan dengan tarian Mak Yong dan Asyik yang dimainkan oleh wanita-wanita muda. Mak Yong menjadi seni persembahan dijajahannya di Kelantan, Besut dan Terengganu. Apabila Raja Permaisuri Biru menikah dengan Sultan Johor Riau, persembahan itu dibawa bersama ke Johor Riau. Kini orang-orang Riau masih ada serpihan seni persembahan tersebut yang masih dipanggil Mak Yong, walaupun ianya sudah dihiasi dengan tarian Ronggeng. Mak Yong Pattani juga dipengaruhi tarian Ronggeng dalam persembahannya.Khadijah Awang, Seniman Negara, yang menonton persembahan teater tari klasik Asia Tenggara pada tahun 1968, dikatakan amat malu dengan kedaifan persembahan dari Malaysia kerana pakaian dan pemain-pemainnya yang sudah tua. Sepulangnya ke Kota Bharu, beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan Kumpulan Seri Temenggung. Sebelumnya dia Khadijah adalah seorang penari Asyik yang hanya tertarik dengan seni setelah perkahwinannya pada umur 14 tahun. Ibu mertuanya, Primadona Lagenda Mak Yong, Che Gemala menjadi gurunya. Khadijah kemudiannya memodenkan persembahan Mak Yong, dengan memendekkan waktu persembahan serta menambahkan kilauan ke dalam busana. Mak Yong dibawa menjelajah hingga ke Eropah.

Khadijah Awang dianugerahkan Seniman Negara pada tahun 1999 dan meninggal dunia pada tahun 2000 dalam usia 59 tahun. Selama hayatnya beliau berusaha mengajar Mak Yong kepada generasi muda di Akademi Seni Kebangsaan, USM dan UITM serta mementaskan kreasi baru bersama Panggung Negara dan PETRONAS. Sepeninggalannya, Mak Yong terus diajar di ASK, UITM dan USM oleh pembawa-pembawa obor pelapis.Kini Mak Yong sudah menjadi sebahagian daripada khazanah dunia apabila UNESCO mengistiharkan Mak Yong sebagai World Heritage pada tahun 2005. Mungkin khazanah ini terus dipulihara, dikembangkan dan diuruskan dengan lebih baik.

Zainab Awang, dikenali dengan nama mesranya Kak Nab atau Mek Nab, adalah seorang primadona Mak Yong yang tidak kurang hebatnya kerana kelantangan suara serta lakonannya. Mek Nab lebih dikenali di daerah permainannya di Bachok, dan bermain Mak Yong sejak berumur 13 tahun. Dia diundang untuk mengajar penari-penari Suasana Dance Company oleh Ismail Kaya Bakti untuk teater tari “Cempaka Emas”(cerita Mak Yong asalnya Raja Tangkai Hati) pada 1982. Bersama “Cempaka Mas”, Mek Nab mempersembahkan tari ‘Mengadap Rebab’ dan ‘Tari Ragam’ hingga ke Hong Kong International Arts Festival dan Asia Pacific Theater Festival di Perth, Australia. Beliau mengambl keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan usahanya sebagai pemain Mak Yong.Keterbukaan Mek Nab di dalam prinsipnya mempersembahkan Mak Yong bersama teater kontemporari telah mengundangnya bekerjasama dengan Ramli Ibrahim dalam “Siddharta”(2003), Fauziah Nawi dalam “Orang Kota Bharu”(2002), Zulkifli Mohamad dalam “Tanah Serendah Sekebun Bunga”(2004). Sebelumnya, Mek Nab banyak berkerjasama dengan Taruwat Ismail Bakti dalam persembahan bersama Yayasan Seni di tahun 1990an.

Sekarang, Mek Nab menumpukan perhatiannya kepada pengajaran Mak Yong di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UITM Shah Alam.Tahun ini Mek Nab diundang untuk mempersembahkan Mak Yong di Magdalena Festival di Singapura pada 10-15 Julai, 2006, julung kalinya diadakan di Asia. Magdalena adalah sebuah pertubuhan penulis dan penggiat teater wanita dunia. Bermula dengan Magdalena Projek di Australia, sekumpulan anak muda dari Singapura mengambil keputusan untuk mendaftarkan Magdalena Singapura di bawah pendaftar persatuan dan mengadakan Magdalena Festival Teater Antarabangsa di Singapura. Magdalena dibantu oleh sekumpulan organisasi kerajaan, swasta dan individu di Singapura untuk menyemarakkan usaha mengenengahkan karya-karya wanita dari seluruh dunia, sekali gus bertukar ilmu serta saling berhubungan antara satu sama lain. Ini menghasilkan peluang untuk pengkarya wanita terus berkarya serta menjalinkan networking antara Asia Tenggara serta seluruh dunia.

Presiden Magdalena Singapura, Verena Tay mengungkapkan “kita harus bersatu serta berkongsi pengalaman dan belajar dari satu sama lain”. Antara nama-nama besar yang hadir di Magdalena Singapura termasuklah Jadranka Andjelic (Serbia), Ang Gey Pin (Singapore), Geddy Aniksdal (Norway), Rob Baum (US/Australia), Rosa Casado (Spain), Cristina Castrillo (Switzerland), Ananya Chatterjee (India/USA), Elizabeth de Roza (Singapore), Kerensa Dewantoro (Australia/Indonesia), Antonella Diana (Italy), Jill Greenhalgh (Wales), Bruna Gusberti (Switzerland), Deborah Hunt (Puerto Rico), In Source Theatre (Singapore), Low Yuen Wei (Singapore), Luh Luwih (Bali), Yani Mae & Women Community Bandung (Indonesia), Indija Mahjoeddin (Australia/Indonesia), Raka Maitra (India), Rita Matu Mona (Indonesia), Mime Unlimited (Singapore), Noorlinah Mohamed (Singapore), Philippine Educational Theater Association (PETA), Anita Ratnam (India), Anette Röde (Norway), Sally Rodwell (New Zealand), sacredCOW (Australia), Svarnabhumi Studio (Malaysia), Claire Wong (Singapore/Malaysia), Joanna Wong (Singapore), Wu Wen Cui (Taiwan), Anna Yen (Australia). Ang Gey Pin misalnya, pernah bekerja di Workcenter Jerzy Grotowski dan Thomas Richards, Italy, sejak 1998. Geddy Aniksdal (lahir tahun 1955) adalah seorang actor, director dan pedagogis di Grenland Friteater of Porsgrunn, Norway.

Rob Baum pula mempunyai lebih dari 15 tahun pengalaman dalam pergerakan ekspresif seorang actor, kombat pentas serta psikologi tubuh. Beliau mengajar drama dan teater di Monash University, Australia. Rosa Casado adalah seorang aktivis, kreator dan pemain, hasil kerjanya menggali kemungkinan menulis semula realiti yang mencungkil cara baru dalam berfikir serta mengembangkan ruang kepelbagaian. Deborah Hunt, sejak 30 tahun yang lalu memproduksikan karya asal teater yang menggunakan topeng, patung dan bayang, dia banyak berkerja di New Zealand dan New York. Indija Moehiddin, campuran Australia-Sumatera telah menumpukan karyanya dalam mengembangkan teater tradisi Randai ke masyarakat Australia. Dia telah menulis dan mengarah “The Horned Matriarch: Story of Reno Nilam” (1998) serta karya untuk remaja Mr Stupid (Pak Pandir and his Waterbuffalo). Projek randainya yang terbaru termasuklah “Arthurian Randai Project” (2003) dan “The Ballad of Boldenblee” (2004). PETA, sebuah pertubuhan terkenal dari Filipina sejak tahun 1967 mendedikasikan kerja teaternya untuk masyarakatnya. Anita Ratnam pula adalah nama besar dan pemenang anugerah televisyen di Kota Raya New York di tahun 1980an, kembali ke Chennai (Madras), India dan mempelopori ARANGHAM (1992), menghubungkan tari dengan seni lainnya, mendirikan Arangham Dance Theatre (1993), portal dunia tari www.narthaki.com (2000) dan acara tari kontemporari tahunan The Other Festival (1998). Tidak ketinggalan adalah Joanna Wong, seorang pemain dan pengarah Cantonese Opera dari Singapura yang menjadi terkenal di China.Festival yang berjalan mulai 10-15 Julai ini akan menampilkan pelbagai aktiviti termasuk demonstrasi persembahan teater, bengkel teater, forum dan dialog teater serta persembahan-persembahan terpilih yang akan bermain di beberapa venue di Kota Singa itu. Mek Nab dan Svarnabhumi Studio akan mengadakan demonstrasi persembahan Mak Yong serta bengkel Mak Yong di Muzium Negara Singapura. Demonstrasi Mak Yong akan mempersembahkan cerita Fakir Abdullah Raja Adil, sebuah cerita yang jarang dibawa oleh kumpulan-kumpulan Mak Yong di Malaysia, walaupun kita dikatakan ada 12 batang cerita Mak Yong yang terkenal. Kita sering disogokkan dengan cerita-cerita Anak Raja Gondang, Raja Laklin, Raja Tangkai Hati dan Dewa Muda.

Tan Sri Mubin Sheppard pernah menerbitkan cerita-cerita Mak Yong dalam penerbitannya di tahun 1960 dan 1970. Tapi Prof.Ghulam Sarwar Yusuf banyak mengkaji dan menulis tentang teater tradisional Mak Yong.“Fakir Abdullah dan Raja Adil” mengisahkan Fakir Abdullah yang hodoh dan miskin tetapi mengimpikan untuk menemui Raja Adil dan meminta untuk menjadi raja di negeri itu selama sehari setelah bertukar wajah yang sempurna. Walaupun dihalang oleh puteranya, Raja Adil membenarkan Fakir Abdullah menjadi raja untuk tempoh sehari, malangnya selepas sehari semalam Fakir Abdullah enggan melepaskan tahta. Beliau menghalau Raja Adil dan beliau terus memerintah. Fakir Abdullah akhirnya diserang oleh putera Raja Adil dan bertukar kembali menjadi buruk. Mek Nab dan kumpulannya akan mengadakan demonstrasi “Buka Panggung”, “Mengadap Rebab”, “Pecah Cerita”, “Peran” serta “Tari Ragam”.

Demonstrasi akan mempersembahkan sebahagian dari persembahan sebenar dengan memendekkan waktu persembahan. Apa yang menarik dalam persembahan Mak Yong juga adalah lakaran pentasnya yang bersifat ‘invisible’ dan ‘imaginary’. Walupun dulunya Mak Yong dipersembahkan dalam Istana mengadap raja dan orang kebesaran, ruangnya bertukar ke bangsal yang didirikan di kampung. Tapi ruang yang yang sesuai adalah berbentuk arena seperti juga panggung eksperimen. Itulah kelebihan dan keunikan Mak Yong, dan ini menyenangkannya untuk dibawa berjalan, dengan hanya tujuh pemain musik serta lapan pemain termasuk Raja, Permaisuri, Putra Putri, Peran, dan Dayang-dayangnya. Walaupun bahasa perantaraan Mak Yong adalah bahasa Kelantan-Pattani dialek, bengkel akan diadakan dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan peserta dari seluruh dunia memahami cerita dan struktur-struktur permainan dan latihan. Mak Yong di Magdalena Singapura sekaligus mengimbau ke zaman Raja Permaisuri Biru di Abad Ketujuh Belas Johor Riau sekaligus menyaksikan dunia menatapnya dalam ruang realiti kosmopolitan. ________________________________________________________________________
Dr.Zulkifli Mohamad adalah pengasas pertubuhan seni dan budaya, Svarnabhumi Studio, yang mengkaji teater tradisional Mak Yong, Wayang Kulit, Manora, Asyik, Silat, Randai, Terinai dan mengembangkan teater tradisi baru Malaysia. AxiA (Arts Xchange in Asia) pula adalah organisasi tanpa-untung yang dipelopori untuk mempromosikan pertukaran seni dan budaya di kalangan seniman, penulis dan pengkaji di Asia. Beliau adalah alumni Asia Fellow, Islamic Scholars of Southeast Asia, SEASREP Foundation, Southeast Asian Artisan (Toyota Foundation/ UNESCO) serta volunteer UNESCO World Heritage Education. Email: Zubin_Mohamad@yahoo.com. Blog: http://Svarnabhumi.blogspot.com.